Oreo merupakan snek ataupun makanan ringan yang amat digemari oleh semua yang menikmatinya. Apatah lagi apabila ia dijadikan pemanis mulut seperti puding oreo, lapisan bawah untuk keju kek ataupun banyak lagi pemanis mulut boleh dicampur dengan oreo.
Dengan kombinasi oreo dan bahan-bahan yang berbeza untuk dijadikan pemanis mulut. Berikut merupakan 3 resepi puding oreo yang boleh dilakukan di rumah:
Puding Milo Oreo
Bahan-bahannya:
- 10 gram serbuk agar-agar bersamaan 1 paket
- Susu segar sebanyak 800 ml (ikut jenama kesukaan sendiri)
- Gula pasir sebanyak 2/3 cawan
- Biskut oreo 8 keping dibuang krimnya (nak letak banyak pun boleh)
- Serbuk milo sebanyak 2 sudu besar
Cara-cara membuatnya:
- Pertama sekali serbuk agar-agar mestilah disatukan bersama susu segar dan gula pasir di dalam periuk. Kemudian masak dengan menggunakan api yang sederhana sehinggalah ia mendidih. Gaul dengan sebati campuran tersebut.
- Lalu ambil biskut oreo dan buangkan krim yang terdapat dalam biskut oreo tersebut. Seterusnya hancurkan biskut sehingga agak kasar tetapi tidak jugak terlalu halus.
- Dengan meletakkan sedikit air di dalam acuan supaya pudding nanti mudah untuk dikeluarkan.
- Kemudian masukkan biskut oreo yang telah dihancurkan sebentar tadi dan masukkan ke dalam acuan.
- Lalu asingkan sebanyak 1/4 agar-agar susu untuk dicampurkan bersama serbuk milo.
- Selepas itu tapis agar-agar ke dalam acuan.
- Kacau adunan agar-agar di dalam acuan dengan hanya menggunakan garfu agar Oreo tidak menjadi mendap di bahagian bawah acuan. Setelah itu ketepikan ia.
- Agar-agar susu yang telah diasingkan sebentar tadi sebanyak seperempat hendaklah dipanaskan di atas api dan serbuk milo dimasukkan. Gaul sehingga sebati.
- Akhir sekali, tapi dan tuang dengan perlahan dan sedikit demi sedikit di atas lapisan agar-agar Oreo sebentar tadi. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.
Puding Milo Aiskrim
Bahan-bahannya:
- Agar-agar bertali sebanyak 25 gram (dipotong dengan kecil)
- 5 cawan air disediakan
- Satu tin susu cair
- Satu cawan gula
- Satu sudu the esen vanilla
- Satu biji telur
- Biskut oreo sebanyak 1 paket dikisar dengan halus
- Ais Krim sebanyak satu cawan (dalam sebanyak 5 ke 6 senduk mengikut perisa ais krim kesukaan sendiri)
Cara-cara untuk membuatnya pula:
- Pada mulanya masukkan agar-agar bertali bersama 5 cawan air yang telah disediakan tadi ke dalam periuk sehingga ia larut.
- Kemudia boleh masukkan gula dan gaul sehingga sebati
- Setelah itu kisar telur, susu cair, esen vanilla dan ais krim yang digemari yang telah disediakan tadi. Kemudian satukan ia dengan adunan agar-agar yang dimasak untuk kita menyediakan Puding Oreo Aiskrim.
- Seterusnya gaul dengan rata dan akhir sekali boleh masukkan biskut oreo yang telah di kisar dengan halus sebentar tadi ke dalam campuran dan gaul ia sehingga sebati. Lalu boleh matikan api sekiranya semua sudah sebati.
- Selanjutnya sedia kan loyang untuk dimasukkan acuan yang telah disediakan.
- Tuangkan adunan Puding Oreo Aiskrim tersebut didalam Loyang dan boleh sejukkan didalam peti pembeku.
- Siap dan sedia untuk dihidang !
Puding Oreo Red Velvet
Bahan-bahan
- 10 gram serbuk agar-agar bersamaan 1 paket
- Susu cair sebanyak 400 ml (ikut jenama kesukaan sendiri)
- Gula pasir sebanyak 250 gram
- Biskut oreo red velvet 8 hingga ke 10 keping dikisar kasar (nak letak banyak pun boleh). Sediakan 3 keping untuk menjadi sebagai lapisan bawah.
- Serbuk milo sebanyak 2 sudu besar
- Air sebanyak 600 ml
- Satu sudu red velvet emulco
Cara-cara membuatnya:
- Pertama sekali serbuk agar-agar mestilah disatukan bersama air dan gula pasir di dalam periuk. Kemudian masak dengan menggunakan api yang sederhana sehinggalah ia larut dan mendidih. Gaul dengan sebati campuran tersebut.
- Setelah mendidih masukkan susu cair dan kacau sehingga rata dan panaskan untuk seketika kemudian boleh tutup pi.
- Dengan meletakkan sedikit air di dalam acuan supaya puding nanti mudah untuk dikeluarkan. Susun lapisan oreo,lalu tuangkan satu lapisan bancuhan agar-agar cukup sekadar menutupi keseluruhan biskut oreo.
- Lantas lebihan agar-agar oreo didalam periuk sebentar tadi mestilah dimasukkkan oreo yang telah dikisar halus bersama red velvet emulco dan gaul sehingga rata.
- Kemudian ketika lihat lapisan agar-agar bahagian bawah sudah beku sedikit acuannya.Lantas tuangkan acuan red velvet diatas adunan yang sudah beku sedikit. Tuang dengan perlahan-lahan kerana boleh jadi acuan di lapisan bawah belum keras. Tuangkan atau sendukkan ia sedikit demi sedikit campuran agar-agar red velvet tersebut sehingga lah habis.
- Seterusnya biarkan gar-agar sejuk dengan menyimpan ia didalam peti sejuk Setelah beberapa jam di dalam peti sejuk boleh siap sedia untuk dihidang.
Selepas melihat ketiga-tiga resepi ini pasti anda merasa mudah untuk disediakan bahan-bahan dan juga cara membuatnya juga tidak susah. Puding oreo sebagai pemanis mulut, antara pemanis mulut yang paling tidak banyak mengambil masa untuk sediakan ia.
Pelbagai resepi boleh dicuba dan juga pelbagai bahan juga boleh diletakkan mengikut citarasa sendiri. Bukan sahaja boleh dinikmati dengan sendirian malah boleh dapat dinikmati bersama keluarga. Pasti mereka berasa seronok dengan kelazatan dan kemanisan pemanis mulut tersebut dan pasti mereka tidak sabar untuk menikmatinya.
Semoga setiap perkongsian memberikan manfaat untuk anda yang sedang membacanya dan juga dapat menambahkan pengetahuan tentang pemanis mulut menggunakan oreo . Selamat mencuba !
SUMBER :
https://cookpad.com/my/recipes/15208878-%F0%9F%91%A9%F0%9F%8D%B3puding-oreo-red-velvet