Roti sarang lebah disebut “Khaleat Nahl” dalam bahasa Arab yang sebenarnya diterjemahkan menjadi sarang lebah. Ia sangat popular di Iraq dan beberapa negara timur tengah yang lain. Sekali makan, pasti nak lagi!
Kemanisan sos butterscotch benar-benar melengkapi menu hidangan ini. Jom, cuba resepi roti sarang lebah yang dikongsi dibawah ini.
RESEPI 1: ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH
Bahan Doh:
- 4 cawan tepung roti/ tepung gandum
- 1 sudu teh yis kering
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan plain yogurt – suhu bilik
- 1/2 cawan minyak minyak jagung
- 1 cawan air suam
Bahan Tabur:
- Almond flakes
- Sunflower/pumpkin seeds
- Butterscotch
Bahan Sapuan:
- Kuning telur
- Susu cair
- Esen vanila
- Sedikit pewarna kuning telur
Langkah-langkah Penyediaan:
- Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
- Dalam mangkuk adunan, satukan garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat di tangan.
- Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tidak melekat di tangan. Boleh menguli menggunakan mixer.
- Uli sehingga doh menjadi elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
- Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup macam dalam oven atau microwave yang TAK di ON. Bila doh dah naik, tumbuk tumbukkan supaya keluar anginnya
- Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing (dalam 20 gram) dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Buat sehingga habis. Memang doh lembik tapi jangan risau kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak jer. Biarkan doh naik 2X ganda. Lumur bahan sapuan. Pastikan sapuan ini tidak meleleh ke dasar loyang kerana ianya akan membuatkan roti anda melekat dan susah ditanggalkan bila telah masak.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementara menunggu doh naik ON kan oven pada suhu 180-200C api atas bawah.
Sos Butterscotch
Bahan bahan:
- 1 cawan gula perang
- 1 cawan whipping cream/ susu cair
- Secubit garam
- 1 sudu kecil vanilla essence
- 50 gram butter
Langkah-langkah Penyediaan:
- Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair atau larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream/susu cair perlahan-lahan sambil mengacaunya.
- Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati padamkan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
RESEPI 2: ROTI SARANG LEBAH DENGAN CHEESE
Bahan-bahan:
- 2.5 cawan tepung dibahagikan kepada 1 cawan dan 1.5 cawan, diukur menggunakan sudu dan diratakan rata
- 1 sudu gula
- 1 sudu yis
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar yogurt biasa
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan minyak zaitun atau minyak sayuran lain
- 120-150 g krim keju
- 1 biji telur dipukul pada suhu bilik
- 1/2 sudu besar biji bijan
- 1/2 sudu besar biji nigella
- 1/4 cawan madu
Langkah-langkah Penyediaan:
- Mulakan dengan memanaskan ketuhar anda hingga 375F
- Untuk membuat doh 10 minit, campurkan air suam dan yis ke dalam mangkuk selama 2 minit.
- Dalam mangkuk, tambahkan 1 cawan tepung (tidak semuanya), campurkan air dan yis, yogurt, dan gula. Gaul sebati, kemudian tutup dengan bungkus plastik dan ketepikan selama 10 minit
- Sementara itu, potong krim cheese menjadi kiub. Gunakan kira-kira 5-7 gram setiap bebola doh, ikut citarasa anda.
- Selepas 10 minit, campuran akan kelihatan sedikit berbuih. Masukkan tepung selebihnya (1.5 cawan), minyak zaitun, dan garam dan gaul rata menggunakan sudu untuk sebatikan adunan.
- Kemudian gunakan tangan anda untuk menguli doh selama beberapa minit. Ini akan menjadi doh semakin lembut dan gebu.
- Bentuk doh menjadi bebola yang sama saiz. Lebih kurang kira-kira 45g setiap bebola doh
- Bentukkan doh dengan tangan anda dan letakkan kiub keju di tengah, kemudian tutup doh.
- Letakkan bebola doh yang disumbat keju ke dalam loyang yang sudah disapu minyak dan tepung. Pastikan anda meninggalkan ruang di sekitarnya kerana doh akan mengembang di dalam ketuhar. Boleh gunakan 2 loyang 9 inci untuk 17 bebola.
- Sapu bebola dengan telur kemudian taburkan pada biji bijan dan biji nigella
- Bakar selama 25 minit kemudian bakar api atas selama beberapa minit sehingga kekuningan
- Sapu madu sebaik-baik sahaja keluar dari ketuhar.
RESEPI 3: ROTI BUTTERSCOTCH GEBU
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum (protein tinggi)
- 1 sudu serbuk yis
- 1/2 garam halus
- 1 baking powder
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan plain yogurt
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 cawan air suam
- Jika suka anda boleh letak almond flakes, pumpkin seeds atau biji bijan untuk topping
Langkah-langkah penyediaan:
- Campurkan gula dengan air suam. Kacau rata. Kemudian masukkan yis. Biarkan sehingga berbuih. Ketepikan. (jika tidak berbuih, bermakna ia tidak menjadi. Sebaiknya tidak digunakan kerana doh roti akan jadi tidak mengembang. Bermakna, kena guna yang lain.)
- Kemudian tuang tepung gandum yang sudah diayak dengan baking powder ke dalam larutan yis tadi.
- Tambahkan garam dan plain yogurt.
- Gaul merata sambil mengulinya. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga ia tidak melekat di tangan.
- Uli sehingga adunan tersebut elastik.
- Bila dah rasa sempurna, biarkan doh tadi mengembang dua kali ganda. Letak di tempat yang sedkit panas atau tertutup.
- Apabila anda mendapati doh tersebut telah mengembang,picit-picitkannya supaya anginnya keluar.
- Kepalkan adunan tersebut dah bentukkan bulat-bulat kecil dengan tangan anda yang telah disapu dengan minyak. Kemudian susun rapat di dalam loyang yang juga telah disapu dengan sedikit minyak.
- Buat sampai habis. Doh tersebut memang agak lembik dan sentiasa melekat di tangan anda. Itu perkara normal.
- Kemudian, taburkan dengan almond flakes atau pumpkin seed. Itupun jika anda suka. Biarkan doh seketika, sehingga naik dua kali ganda.
- Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 celcius dan bakar selama 10-15 minit. (api atas bawah)
- Jika terlebih masak, roti akan menjadi keras. Jadi, hati-hati.
- Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terus curah sos butterschotch di atasnya.
- Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
SUMBER
https://www.hungrypaprikas.com/honeycomb-bread/
https://www.aziekitchen.com/2014/12/roti-sarang-lebah-yang-menjadi-pujaan.html