Kali ini kami akan kongsikan resepi sate. Sebut sahaja pasal sate, pasti semua yang mendengar akan kecur liur. Rasa ayam panggang yang sedap ditambah lagi dengan kuah kacangnya yang melengkapkan rasa, menjadikan ia menu hidangan kegemaran ramai.
Untuk anda yang sedang mencari resepi sate ayam, di sini kami ada kongsikan 3 resepi sate ayam yang lazat untuk anda. Jadi, teruskan membaca ya!
Resepi Sate 1
Bahan-bahan:
- Paha dan kaki ayam tanpa kulit dan tulang dan dipotong kiub kecil – 1kg
- Timun dipotong kecil – 1 batang
- Bawan merah dipotong empat – 1 biji
- Minyak masak
- Lidi buluh direndam dalam air sejuk selama 2 jam
Perapan ayam
- Minyak masak – 3 sudu besar
- Bahagian putih serai – 2 tangkai
- Bawang putih – 2 ulas
- Serbuk kunyit – 2 sudu teh
- Serbuk cili – 1 sudu teh
- Garam – secukupnya
- Gula atau madu – 2 sudu besar
*Campur dan gaul semua bahan perasa dalam satu mangkuk. Tambah air jika perlu.
Kuah kacang
- Kacang tanah panggang tanpa garam yang telah dihancurkan dan dikisar – 1 cawan
- Pulpa asam jawa – 1 sudu besar
- Minyak sayuran – 1/4 cawan
- Air – 1 cawan
- Garam – secukupnya
- Gula biasa atau gula merah – 2 1/2 sudu besar
- Ketumbar – 1 sudu teh
Pes rempah kuah kacang:
* Semua bahan dipotong kasar dan dikisar halus. Tambah air jika perlu.
- Cili merah kering yang direndam dalam air suam – 8 biji
- Bawang putih tanpa kulit – 3 ulas
- Bawang merah tanpa kulit – 4 ulas
- Bahagian putih serai yang dipotong 3 bahagian (hanya satu bahagian yang akan dikisar) – 1 batang
- Lengkuas yang dikupas – 1/2 inci
Cara-cara memasak:
Ayam:
- Perap ayam dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman. Kemudian, cucuk daging ke lidi buluh.
- Bakar sate selama 2 ke 3 minit untuk setiap sisi hingga betul-betul masak.
- Sapu sate dengan minyak semasa memanggang.
- Hidang dengan timun dan bawang. Siap!
Kuah kacang:
- Dalam mangkuk kecil, masukkan pulpa asam jawa ditambah 1/4 cawan air suam. Ketepikan selama 15 minit. Perah jus dari pulut asam jawa dan simpan jus nya sahaja.
- Panaskan minyak dengan api sederhana dan masukkan pes rempah kuah kacang.
- Masukkan juga baki 2 bahagian serai dan masak pes hingga naik wangi dan bau pedas.
- Tambahkan kacang tanah, jus asam jawa, garam, gula, serbuk ketumbar dan kicap manis dan kacau sebati.
- Kecilkan api ke sederhana rendah dan kacau pes selama 10 – 15 minit sehingga jadi pekat mengikut cita rasa anda.
- Setelah selesai, asingkan minyaknya dan sos kacang. Rehatkan pes kacang di suhu bilik.
- Hidang dengan sate ayam.
Resepi sate 2
Bahan-bahan:
Sate ayam
- Paha ayam tanpa kulit dan tulang dipotong 1 inci – 1.8 kg
- Serai tanpa kulit (bahagian bawahnya diambil 8 inci & tangkainya dipotong jadi 2 inci) – 3 batang
- Bawang merah bersaiz besar dicincang kasar – 2 biji
- Bawang putih – 2 ulas
- Gula perang ringan – 1/3 cawan
- Serbuk ketumbar – 1 1/2 sudu besar
- Jintan putih – 1 sudu besar
- Serbuk kunyit – 1/2 sudu teh
- Sos ikan asia – 2 sudu besar
- Garam – 1 1/2½ sudu besar
- Minyak kanola – 2 sudu besar (boleh lebihkan untuk memanggang)
Kuah kacang
- Minyak kanola – 1/4 cawan
- Bawang merah bersaiz medium dihiris nipis – 4 biji
- Bawang putih dihiris nipis – 2 ulas
- Serai tanpa kulit (bahagian bawahnya diambil 8 inci & tangkainya dipotong jadi 2 inci) – 1 batang
- Cili jalapeno dihiris nipis – 1 biji
- Halia segar dicincang – 1 sudu besar
- Kacang tanah panggang tanpa garam – 1 1/2 cawan
- Santan tanpa gula – 1/2 cawan
- Gula perang ringan – 2 sudu besar
- Sos ikan asia – 2 sudu besar
- jus limau segar – 2 susu besar
- kicap – 1 sudu besar
- Serbuk lada merah – secubit
Cara-cara memasak:
Sate ayam
- Masukkan serai, bawang merah, bawang putih, gula ayam, ketumbar, jintan manis, kunyit, sos ikan, garam dan 2 sudu besar minyak kanola ke dalam pengisar. Kisar hingga jadi pes.
- Pindahkan pes dari pengisar ke dalam mangkuk. Masukkan ayam dan gaul rata.
- Cucuk ayam ke lidi 12 inci dan sejukkan sate selama 30 minit hingga 1 jam.
- Panggang ayam hingga betul-betul masak selama 10 ke 12 minit.
Kuah kacang
- Panaskan minyak kanola dalam periuk sederhana dan goreng bawang merah, bawang putih, serai, jalapeño dan halia dengan api kecil. Kacau dan masak selama 10 minit atau hingga kecoklatan dan naik bau.
- Masukkan bahan yang telah digoreng ke dalam pengisar dan tambahkan baki bahan-bahan untuk kuah kacang. Masukkan 1/2 cawan air dan kisar hingga pes terbentuk.
- Keluarkan dari pengisar dan pindahkan ke periuk. Masak dengan api kecil, kerap selalu selama 20 minit atau hingga pes jadi pekat dan pecah minyak. Tambahkan 1/2 cawan air perlahan-lahan dan gaul sebati.
- Kecilkan api supaya kuah kacang kekal suam. Siap!
Resepi Sate 3
Bahan-bahan:
Perapan ayam – campurkan semua bahan dalam satu mangkuk
- Ketumbar – 1 1/2 sudu teh
- Serbuk jintan putih – 1 1/2 sudu teh
- Kunyit – 1 1/2 sudu teh
- Paprika manis atau biasa atau pedas – 1 1/2 sudu teh
- Serbuk cili – 1 1/4 sudu teh
- Serbuk kari – 3 1/2 sudu teh
- Garam – 1 1/4 sudu teh
- Gula – 2 sudu teh
Ayam
- Paha ayam tanpa kulit dan tulang dipotong kepingan 1 inci – 750g
- Bawang besar diparut – 1/2 biji
Kuah kacang
- Minyak – 2 sudu besar
- Lada burung dicincang halus – 3 ke 6 biji
- Bawang besar dipotong dadu – 1/4 biji
- Bawang putih dicincang – 4 ulas
- Stok ayam – 1 cawan
- Kacang tanah panggang tanpa garam, dicincang – 3/4 cawan
- Kicap manis – 2 sudu teh
- Kicap gelap – 3 sudu teh
- Santan lemak penuh – 400g
- Mentega kacang tulen – 2 sudu besar
- Jus limau nipis – 2 sudu besar
Perasa (pilih satu sahaja)
- Daun limau purut – 3 helai ATAU
- Bahagian putih serai yang ditumbuk hingga terbuka – 1 tangkai
Hiasan
- Kacang tanah dipotong kasar
- Daun ketumbar
- Cili segar dicincang halus
Cara-cara memasak:
Sate ayam
- Dalam satu mangkuk, masukkan 3 1/2 sudu besar perapan ayam dan bawang merah. Kemudian, masukkan ayam dan perap sekurang-kurangnya 3 jam dan lebih baik sejam.
- Panaskan 1 sudu besar minyak dengan api kuat dan masukkan ayam. Masak hingga kecoklatan dan pindahkan ke mangkuk. Ketepikan dan tutup.
Kuah kacang
- Panaskan 1 sudu besar minyak. Masukkan cili, bawang merah dan putih. Tumis selama 2 minit hingga bawang jadi lut.
- Masukkan baki perapan ayam dan masak seminit. Pindahkan semua bahan yang telah ditumis ke pengisar.
- Di pengisar, masukkan stok ayam dan 1/2 cawan kacang. Kisar halus. Ketulan kacang mungkin masih ada tapi anda boleh biarkan sahaja begitu.
- Pindahkan bahan kisaran ke kuali dan tambah baki bahan kuah kacang yang belum dikisar. Gaul rata.
- Masukkan daun limau purut yang telah direnyukkan sedikit ATAU serai. Masukkan juga ayam yang telah dimasak ke dalam kuah kacang.
- Kemudian, pasang api sederhana rendah dan reneh hingga pekat selama 15 minit. Angkat dari kuali.
- Masukkan jus limau secukupnya. Boleh hiasakan dengan bahan pilihan anda. Siap !
Akhir sekali,
Proses mamasak sate mungkin mengambil masa yang agak lama, tetapi ia pasti berbaloi masa dan tenaga anda kerana hasilnya yang begitu lazat. Jadi tunggu apa lagi? Selamat memasak sate ayam!
Sumber:
https://rasamalaysia.com/recipe-chicken-satay/
https://www.foodandwine.com/recipes/chicken-satay-peanut-sauce