Resepi steamboat sememangnya dinanti-nantikan oleh penggemar masakan hidangan gaya Cina dimana daging mentah, ikan dan sayur-sayuran dalam periuk khas steamboat sehingga mendidih di meja. Jenis makanan steamboat berbeza mengikut ramuan dalam kuah steamboat itu.
Hidangan steamboat yang selalu dipesan merangkumi daging, ikan, sayur-sayuran, mee, telur, cendawan dan tauhu. Di bawah ini kami bawakan 3 resepi steamboat yang anda perlu cuba.
1) Resepi Steamboat Kuah Tom Yum
Bahan-bahan:
- 1 liter air
- 1 liter stok ayam
- 4 sudu besar pes Tom Yum
- 2 sudu besar susu sejat
- 4 sudu besar sos ikan
- 8cm lengkuas (hancur)
- 2 tangkai serai (dihiris)
- 2 keping daun ketumbar (dihiris)
- 8 keping daun limau purut
- 1 ulas bawang merah (dihiris)
- 4 biji cili merah (dihiris)
Kaedah Penyediaan:
- Dalam periuk besar, satukan air, stok ayam, serai, daun ketumbar, daun limau purut, bawang merah, cili dan didihkan.
- Panaskan hingga mendidih dan masukkan pes tom yum, sos ikan dan susu sejat.
- Terus reneh hingga rasa naik, kemudian hidangkan.
2) Resepi Steamboat Kuah Satay
Bahan-bahan:
- 800g kacang tanah (goreng)
- 16 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 tangkai serai (hancur)
- 8cm lengkuas (hancur)
- 3 sudu besar pes udang
- 100g udang kering
- 30 biji cili kering
- 8 sudu besar gula perang
- 2 sudu besar jus asam jawa
- 1 liter air
- Garam, secukup rasa
- 14 sudu besar minyak
Kaedah Penyediaan:
- Kisar bawang, bawang putih, pes udang, udang kering dan cili kering hingga rata.
- Tumiskan semua bahan kisar dengan lengkuas dan serai hingga wangi.
- Masukkan air, diikuti kacang tanah, asam jawa, gula merah dan garam.
- Didihkan selama 20 hingga 30 minit, sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api sekiranya kuah menjadi pekat seperti yang anda mahukan.
- Sedia untuk dihidangkan.
3) Resepi Steamboat Sup Kimchi
Bahan-bahan:
- 2 liter air
- 600g kimchi     Â
- 100 g ikan bilis
- 4 sudu besar gochujang
- 4 sudu besar minyak bijan
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 batang daun bawang (dihiris nipis)
- Kicap soya (secukup rasa)
Kaedah Penyediaan:
- Satukan kimchi, ikan bilis, gochujang, minyak bijan serta bawang putih cincang.
- Didihkan air, masukkan ikan bilis dan daun bawang.
- Rebus 10 minit, atau sehingga wangi.
Senang bukan ketiga-tiga resepi steamboat di atas? Jadi anda boleh mencuba sendiri di rumah. Jika anda mahu mencuba di rumah, ramuan untuk steamboat terpulang kepada anda. Gunakan apa sahaja yang ada. Elakkan pembaziran. Selamat mencuba!
SUMBER:
1) https://www.wingingtheworld.com/malaysian-steamboat/
2) https://giant.sg/10-best-steamboat-soup-recipes-6-dipping-sauces