Sering kali kita dengari bahawa sup ketam mampu merawat denggi. Sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat kita pastikannya.
Namun saya yakin bahawa semua pembaca pasti tidak dapat lepaskan peluang sekiranya diberi peluang untuk mencuba sup ketam.
Jangan risau lagi. Walaupun ketika berkurung di rumah, anda dapat mencuba dan merasai kelazatan sup ketam yang akan dikongsikan. Semoga Berjaya!
Resepi 1
Bahan-bahan:
- 1 pound daging ketam
- 2 cawan susu
- 6 sudu kecil mentega
- 2 cawan krim putar pekat
- Garam
- Lada hitam
Cara-cara untuk menyediakan
- Cairkan mentega di dalam periuk atau kuali leper
- Masukkan daging ketam, krim putar pekat dan susu
- Didihkan melebihi haba sederhana-tinggi
- Perlahankan haba setelah campuran mendidih
- Renehkan selama 20 minit
- Padamkan api dan tambahkan garam serta lada hitam
Resepi 2
Bahan-bahan
- 1 bawang saiz sederhana yang telah dipotong
- 2 sudu besar mentega
- 3 cawan sup ayam
- 3 cawan jagung
- 3 kentang yang telah dikupas dan dipotong kecil
- Daging ketam
- 1 cawan susu full cream
- 1/4 sudu kecil lada hitam
Cara-cara untuk menyediakan
- Tumiskan bawang dan mentega di dalam periuk
- Masukkan sup ayam, jagung dan kentang ke dalam periuk dan didihkan
- Perlahakan api, tutupkan periuk dan renehkan selama 15 minit
- Tutupkan api dan biarkan periuk menyejuk
- Masukkan daging ketam, susu dan lada hitam ke dalam periuk
- Pastikan hidangan di masak menggunakan api yang rendah sehingga panas dan kacaukan hidangan
Resepi 3
Bahan-bahan
- 3 sudu besar mentega tidak bergaram
- 3 sudu besar tepung serbaguna
- 4 cawan krim half&half
- 1 sudu kecil Dijon mustard
- 1 sudu kecil serbuk perasa Old Bay
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/8 sudu kecil lada hitam
- 1/2 pound daging ketam
Cara-cara untuk menyediakan
- Cairkan mentega di dalam periuk menggunakan api sederhana-rendah
- Tambahkan tepung dan gaulkan selama 1 minit sehingga sebati
- Gaulkan dan tambahkan sedikit demi sedikit.
- Tambahkan Dijon mustard, serbuk perasa Old Bay, garam dan lada hitam
- Didihkan dan gaulkan sekali-sekala untuk mengelakkan tepung mendap ke bawah periuk
- Setelah sup mula mendidih, rendahkan api dan renehkan tanpa menutup periuk selama 30 saat sehingga larutan menjadi pekat
- Masukkan daging ketam dan gaulkan
- Tambahkan perasa sekiranya perlu dan jika sup terlalu pekat, tambahkan air supaya menjadi kurang pekat
Berikut adalah resepi mudah sup ketam untuk anda cuba sediakan untuk ahli keluarga atau teman serumah anda. Selamat mencuba resepi ini!
SUMBER:
https://www.onceuponachef.com/recipes/crab-soup.html