Tapai pulut atau dalam bahasa cina adalah jiuniang merupakan manisan berbentuk sup atau puding. Pada asalnya, manisan ini akan dicampurkan arak sehingga dipanggil arak manis atau arak beras manis. Tetapi, pada masa sekarang, tidak perlu menambah arak. Hanya perlu menggunakan proses penapaian.
Tapai pulut sangat sesuai untuk dimakan ketika musim sejuk di mana proses penapaian akan mudah terhenti. Mengikut sejarah, tapai ubi sering dihidang ketika Pesta Dongzhi iaitu pesta musim sejuk untuk memberikan penghargaan kepada nenek moyang.
Pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada tapai pulut. Antaranya melancarkan peredaran darah ketika musim sejuk mahupun musim hujan atau tengkujuh.
Resepi Tapai Pulut Pertama
Bahan-bahan:
- 400 gram beras yang telah ditapai
- 100 gram tepung pulut beras
- 50 mililiter air panas
- 2 sudu besar tepung ubi kanji atau tepung tapioca
- 800 mililiter air
Cara-cara untuk menyediakan:
- Gunakan mangkuk besar dan masukkan 100 gram tepung pulu beras ke dalamnya
- Tuangkan 50 mililiter air panas ke dalam mangkuk besar
- Gaulkan sehingga menjadi doh
- Apabila doh sudah terhasil, ulikan doh tersebut selama 1 hingga 2 minit
- Doh yang telah diuli dibentukkan menjadi silinder dan dipotong kecil
- Taburkan sedikit tepung pulut beras ke atas potongan kecil dan bentukkan menjadi bebola kecil
- Didihkan air dan rendamkan bebola kecil sehingga terapung
- Tambahkan beras yang telah ditapai dan didihkan selama 2 minit
- Campurkan tepung ubi kanji atau tepung tapioca dan sedikit air sehingga membentuk larutan
- Tambahkan beras yang telah ditapai dan kacau sehingga pekat
- Hidangkan semasa panas
Resepi Tapai Pulut Kedua
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- Air
- 1 cawan air
- 1 cawan beras koji
Cara-cara untuk menyediakan:
- Tambahkan 1 cawan beras ke dalam periuk nasi
- Tambahkan air sebanyak 2 cawan beras dan hidupkan periuk nasi
- Keluarkan mangkuk periuk nasi daripada tempatnya dan beras tersebut akan bertukar menjadi bubur
- Tambahkan 1/8 cawan air dalam satu masa sambil kacaukan bubur tersebut
- Suhu bubur tersebut mestilah mencapai 60 darjah celcius
- Tambahkan 1 cawan beras koji dan gaulkan sehingga sebati
- Tambah air jika perlu untuk melarutkan campuran bubur tersebut
- Letakkan semula mangkuk periuk nasi ke dalam periuk nasi untuk mengekalkan kehangatannya
- Tutupkan periuk nasi menggunakan tuala dan biarkan penutup periuk nasi terbuka untuk mengekalkan kehangatannya
- Biarkan selama 8 sehingga 10 jam, gaulkan sekali-sekala dan periksa suhu untuk 2 sehingga 3 jam pertama
- Pastikan suhu campuran tersebut kekal dalam linkungan 50 sehingga 60 darjah celcius
- Setelah 8 jam, campuran tersebut akan mengeluarkan bau wangi
- Pindahkan mangkuk periuk nasi ke dalam air sejuk untuk mengurangkan suhu campuran tersebut
- Setelah campuran menjadi sejuk, hidangkan dan nikmati juadah tersebut
Resepi Tapai Pulut Ketiga
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung pulut beras
- 1/2 cawan air panas
- 1/2 cawan air sejuk
- 1/8 sudu kecil pewarna makanan (Pilihan warna mengikut citarasa peribadi)
- 150 gram halia tua
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 2 helai daun pandan
Cara-cara untuk menyediakan:
- Kupaskan kulit halia tua dan potongkan menjadi cebisan tebal
- Tumbukkan secara halus untuk mengeluarkan aromanya
- Basuhkan daun pandan dan ikatkan menjadi simpulan
- Didihkan air di dalam satu periuk
- Masukkan halia tua dan daun pandan ke dalam air panas tersebut
- Tutupkan dan biarkan mendidih selama 10 sehingga 15 minit
- Tambahkan gula dan biarkan mendidih selama 5 minit
- Tutupkan dan rendahkan suhu pemanas dan biarkan selama 5 minit sehingga kesemua gula telah larut dan mengeluarkan bau manis
- Alihkan halia dan daun pandan daripada campuran
- Sirap Halia telah siap dibuat
- Masukkan tepung pulut beras ke dalam satu mangkuk besar dan campurkan air panas
- Gaulkan campuran sehingga doh terhasil
- Tambahkan air sekali-sekala ke dalam doh
- Ulikan tepung setelah menambahkan air
- Gaulkan dan ulikan sehingga doh yang licin terbentuk
- Bahagikan doh ke beberapa bahagian yang kecil untuk membentuknya menjadi bebola yang berwarna-warni
- Tambahkan pewarna makanan dan ulikan doh sehingga warna sebati
- Lakukan perkara yang sama kepada doh yang lain dan gunakan warna perwarna makanan yang disukai
- Bentukkan menjadi bebola
- Letakkan bebola tersebut ke dalam pinggang yang mempunyai tepung untuk mengelakkannya melekat dan tutup untuk mengelakkannya kering
- Didihkan air di dalam satu periuk dan pastikan sukatan air boleh menenggelamkan bebola tersebut
- Masukkan bebola ke dalam air panas dan bairkan selama 3 minit untuk masak
- Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan bebola tersebut melekat satu sama lain
- Apabila bebola tersebut telah timbul, tambahkan 1 cawan air sejuk untuk memastikan bebola tersebut telah masak
- Tutupkan sehingga bebola tersebut timbul semula
- Alihkan bebola daripada dalam periuk dan letakkan di dalam mangkuk besar yang mengandungi air sejuk selama 1 minit
- Alihkan bebeola daripada air sejuk dan masukkan ke dalam Sirap Halia
- Juadah sedia untuk dihidang dan dijamu
Selamat mencuba resepi ini!
SUMBER:
https://www.orientalmart.co.uk/blog/glutinous-rice-balls-with-fermented-rice-wine-recipe