Now Reading
3 Resepi Tembikai Susu Yang Anda Perlu Tahu

3 Resepi Tembikai Susu Yang Anda Perlu Tahu

tembikai susu
https://www.rotinrice.com/honeydew-sago-dessert/https://savoryspin.com/honeydew-melon-smoothie/

Kebanyakan orang Malaysia suka jadikan tembikai susu sebagai pencuci mulut atau snek. Bentuknya bujur dan sedikit besar berbanding tembikai lain.

Permukaan luarnya yang licin dan pejal yang matang dari warna kehijauan kepada putih kekuningan, kurang keras dan licin dengan sedikit rasa melekit. Isinya rangup dan sedap berwarna hijau pucat tetapi bahagian bawah kulit ia pula sedikit gelap.

Anda biasa makan tembikai susu macamtu sahaja atau jadikan ia sebagai smoothie. Tapi kalini, kita ada tiga resepi tembikai susu yang anda patut tahu. Gerenti sedap!

1. SORBET

Waktu memasak: 30 minit

Kalori: 124kcal

Bahan-bahan:

  • 1 biji tembikai susu
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu kecil sirap mapel atau madu

Cara-cara:

  1. Potong tembikai susu kepada ketulan bersaiz 1” dan ratakan di atas loyang.
  2. Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 4-6 jam.
  3. Masukkan tembikai susu beku bersama dengan jus lemon dan pemanis pilihan ke dalam pengisar.
  4. Tambahkan beberapa sudu besar air untuk proses mengisar yang lebih lancar.
  5. Anda boleh juga gunakan pemproses makanan kalau anda tiada pengisar berkuasa tinggi. Kisar sehingga halus.
  6. Masukkan semula ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
  7. Skop sorbet anda dan hidang!

Nota:

  • Pengisar berkuasa tinggi memudahkan kerja anda untuk mengisar bahan yang keras seperti tembikai susu beku.
  • Kalau boleh cairkan sedikit tembikai susu beku itu sebelum mengisar. Boleh juga gunakan pemproses makanan berkualiti tinggi sekiranya ada.
  • Tembikai susu perlu dibekukan di atas loyang supaya ia tidak melekat antara satu sama lain. Untuk memudahkan proses mengisar, tambah sahaja sedikit air. Buat anda yang vegan, gunakan agave sebagai ganti.

2. DADA AYAM PANGGANG BERSAMA SALSA HONEYDEW

Waktu memasak: 60 minit

Kalori: 350kcal

Bahan-bahan:

  • 1 & 1/3 cawan tembikai susu (dipotong halus dikupas bersama biji)
  • 1/4 cawan daun ketumbar
  • 1/4 cawan bawang merah (didadu halus)
  • 2 sudu besar jus limau
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu kecil kulit limau (disagat halus)
  • 1 sudu kecil cili serrano / cili padi (dipotong halus bersama biji)
  • Semburan minyak sayuran
  • 4 bahagian dada ayam tanpa tulang (bersama kulit)

Cara-cara:

  1. Gaulkan tembikai susu, daun ketumbar, bawang merah, jus limai, kulit limau dan cili ke dalam satu mangkuk.
  2. Gaul untuk sebatikan rasa. Perasakan salsa tembikai susu dengan garam dan lada.
  3. Sembur pemanggang dengan semburan minyak sayuran pada api sederhana dan siapkan barbeku. Taburkan sedikit garam dan lada pada kedua-dua belah bahagian ayam. Panggang sehingga kulit garing dan keperangan, selama 5 minit.
  4. Potong ayam yang telah dipanggang kepada beberapa kepingan dan hidangkan di atas pinggan. Letak salsa tembikai susu anda bersama ayam panggang tadi. Sedia untuk dihidang.

Nota:

  • Untuk naikkan lagi rasa hidangan, semua salsa yang sedap memerlukan sedikit asid. Tetapi elakkan campur cuka balsamic dan cuka epal sebab dua-dua ada rasa yang kuat.
  • Bahan-bahan untuk salsa berketul perlu didadu dengan baik. Buah-buahan yang ada perlu sama saiznya, untuk kelihatan cantic, tetapi juga untuk memastikan setiap suapan ke mulut seimbang. Cili yang segar boleh dicincang selain didadu.
  • Teknik asas larutan air garam memerlukan 1/4 cawan garam kosher yang dilarutkan ke dalam 4 cawan air selama 30 minit. Selama 30 minit ini, dada ayam tersebut akan serap semua lembapan untuk tahan haba semasa memanggang dan tidak akan kering.

3. SAGU TEMBIKAI SUSU

Waktu memasak: 10 minit

Kalori: 367kcal

Bahan-bahan A:

  • 1 biji tembikai susu kecil
  • 1/3 cawan sagu atau bebola ubi kayu (dalam 50g)
  • 1 cawan santan (dalam 240ml)

Bahan-bahan B – sirap:

  • 1/2 cawan / 110g gula
  • 1/2 cawan /120ml air
  • 2 helai daun pandan (dicuci dan diikat)

Cara-cara:

  1. Rendam sagu di dalam air selama 30 minit.
  2. Potong tembikai susu kepada dua dan buang biji-bijinya. Skop isi tembikai susu tadi dengan skop aiskrim. Buang kulitnya dan purikan. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  3. Masak sagu di dalam periuk mendidih. Anda boleh tahu sagu dah masak bila bahagian tengahnya tidak gelap, kira-kira 7 hingga 8 minit. Ayak sagu yang telah dimasak dan letakkan di bawah air mengalir untuk hilangkan sisa-sisa kanji.
  4. Sediakan bahan (B) di dalam kuali kecil. Didihkan bahan tersebut sehingga gula larut. Nak buat sirap ni ambil masa dalam 4 minit. Matikan api dan keluarkan daun pandan.
  5. Di dalam mangkuk hidangan, masukkan puri tembikai susu yang telah disejukkan, sagu, dan santan. Tambah beberapa ketul ais dan sirap sebagai perasa. Skopkan ke dalam mangkuk hidangan kecil dan ambil beberapa biji bebola tembikai susu.

Nota:

  • Kalau anda ada santan segar atau santan tin sebagai pengganti, didihkan ia bersama seperempat sudu kecil garam dan sejukkan ia di dalam peti sejuk.

Masa zaman orang Mesir kuno, tembikai susu ni dianggap suci dan golongan elit sahaja dapat. makan. Tapi sekarang semua orang dapat rasa tembikai susu yang matang, lebih manis dan sedap berbanding jenis tembikai yang lain.

Sekarang anda sudah tahu cara-cara lain untuk nikmati tembikai susu. Bukan sekadar smoothie atau untuk dimakan begitu sahaja. Anda boleh jadi kreatif dengan resepi kali ini dan ubah mana-mana bahan atau cara ikut citarasa masing masing. Selamat mencuba!

Sumber:

https://specialtyproduce.com/produce/Honeydew_Melon_1705.php

Honeydew Sorbet

https://www.yummly.com/recipe/Grilled-Chicken-Breasts-with-Honeydew-Salsa-2460497

error: Content is protected !!