Now Reading
3 Resepi Terbaik Nasi Arab Kambing untuk Dicuba

3 Resepi Terbaik Nasi Arab Kambing untuk Dicuba

nasi arab kambing

Nasi arab kambing popular di Timur Tengah. Cara penyediaannya juga mudah, semua di dalam satu periuk. Mungkin resipi mandi kambing termudah.

Hasilnya sangat luar biasa – nasi gebu yang dimasak bersama dengan kambing lembut dan sedap! Ini adalah juadah tradisional yang terdiri daripada nasi dan daging. Tiada ada sayur, pastinya menjadi kegemaran kanak-kanak.

Mandi ialah hidangan nasi dan kambing (ataupun ayam) di mana cara penyediaan memastikan jus daripada daging jatuh ke atas nasi. Hasilnya, anda hanya perlu perasakan sedikit sahaja kerana rasanya datang daripada daging yang enak.

Nasi Arab Kambing Mudah

nasi arab kambing

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmati panjang (direndam dan dibasuh)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 ke 2 daun salam
  • 1 lemon kering (pilihan)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 4 & 1/2 cawan air
  • 1.5kg bahu kambing bersama tulang (dibuang lemak)
  • Garam (untuk perasa)
  • 1 sudu teh serbuk jintan
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada 220°C.
  2. Dengan periuk besar dan boleh digunakan di dalam kethar, masukkan beras, kayu manis, buah pelaga, daun salam dan lemon kering dengannya. Tuangkan minyak zaitun di atas nasi. Tuangkan air juga di atas nasi tersebut.
  3. Tutup periuk menggunakan foil, dan pastikan ia ketat di bucunya dan tebukkan beberapa lubang dengan lidi pada foil tadi.
  4. Perasakan bahu kambing dengan garam, lada, serbuk jintan dan serbuk ketumbar dan sapu rata kesemua rempah pada daging tersebut. Letakkan daging yang diperasakan di atas nasi tadi.
  5. Letakkan pula kertas minyak pada daging, dan tutup dengan banyak aluminum foil supaya ia menutupi nasi dan daging.
  6. Masak selama 3 jam atau sehingga kambing masak sempurna dan boleh dicarik dengan mudah menggunakan garfu.
  7. Sendukkan nasi di atas pinggan, dan hidang bersama kambing di atasnya, ihiasi dengan kacang panggang dan kismis, ketumbar segar dan parsli jika suka.

Nota:

  • Juadah ini boleh dipadankan dengan selada hijau mudah, juga yougurt dengan pudina kering.
  • Mandi kebiasaannya disediakan dengan menggunakan ketuhar tandoori. Kabsa pula biasanya disediakan dengan cara biasa, dengan mengasingkan nasi dan protin.

Nasi Arab Kambing Gaya Melayu

nasi arab kambing

Bahan-bahan A:

  • 1kg atau 4 cawan beras basmati
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 3 biji bawang besar (didadu)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang daun ketumbar (boleh tambah lagi jika suka)
  • 3 batang daun kari
  • 3 helai daun pandan (dicarik kecil-kecil)
  • 4 sekawan
  • 3 sudu besar rempah mandy
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1kg kambing (dibasuh dengan tepung gandum)
  • Garam (untuk diperasakan)

Bahan-bahan B: sambal mandy

  • 6 biji tomato
  • 3 biji bawang besar
  • 10 batang daun ketumbar
  • 3 tangkai cili merah (boleh tambah kalau anda suka pedas)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 ketul kiub ayam
  • Garam (secukup rasa)

Cara penyediaan:

  1. Nasi arab kambing: tumis daun kari, bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan sedikit air bersama dengan kiub ayam.
  3. Tambahkan kambing dan masak sehingga ia agak kering (tutup dan kacau sesekali)
  4. Tuangkan 5 cawan air.
  5. Kemudian, taburkan daun ketumbar dan daun pandan. Kacau rata.
  6. Perasakan garam secukupnya ke dalam periuk.
  7. Tutup periuk sehingga ia masak sepenuhnya.
  8. Sambal mandy: kisar kesemua bahan (B) bersama-sama sehingga halus.
  9. Perahkan 4 biji limau nipis atau 1 biji oren Sunkist.

KAMBING PERIUK TEKANAN TINGGI

Bahan-bahan:

  • 1kg kepingan daging kambing (bersama tulang)
  • 3 cawan basmati (direndam selama satu jam)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan minyak zaitun
  • 1 biji bawang besar (didadu)
  • 4 biji kecil cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh lada putih
  • 3 batang kayu manis
  • 3 helai daun salam
  • 2 biji lemon kering
  • 1 kepingan kecil halia
  • 8 biji buah pelaga

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk tekanan tinggi pada api sederhana.
  2. Masukkan bawang besar sehingga layu. Tambah juga bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
  3. Tambah kepingan daging kambing. Kacau sehingga kepingan daging disaluti dengan bawang-bawang dan masa selama 10 minit.
  4. Tambah kayu manis, lemon kering, halia, buah pekaga dan daun salam.
  5. Selain itu, masukkan juga kari, lada putih, ketumbar dan jintan. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
  6. Masukkan tomato dan tuangkan air secukupnya untuk bahan-bahan tadi tenggelam.
  7. Kacau tomato dan masak selama 3 ke 4 minit sehingga sebati.
  8. Perasakan dengan garam dan set kan masa pada 20 minit. Setelah wap keluar, turunkan aapi.
  9. Apabila penggera berbunyi lepaskan wap dari periuk dan buka periuk.
  10. Masukkan nasi, tutup kembali periuk dan set kan pula masa selama 12 minit. Setelah wap keluar, turunkan api.
  11. Apabila penggera berbunyi, lepaskan wap dari periuk dan buka periuk bertekanan tinggi anda.
  12. Hidangkan juadah kambing anda dengan segera.

Rempah-ratus dan bahan lain di dalam resepi-resepi ini agak mudah untuk didapati apabila anda ingin membeli bahan masakan nanti. Dah boleh perlahan-lahan berhenti makan di restoran arab dan sediakan sendiri nasi arab kambing di rumah sampai tak perlu tengok resepi dah.

Sumber:

https://everylittlecrumb.com/lamb-mandi/

https://bidadari.my/resepi-nasi-arab-kambing/

https://www.tefal-me.com/en/recipe/Lamb-pressure-cooker-kabsa/r/340322

error: Content is protected !!