Now Reading
3 Resepi Tomyam Putih Yang Harus Anda Cuba!

3 Resepi Tomyam Putih Yang Harus Anda Cuba!

resepi tomyam putih

Tomyam adalah hidangan Thai yang sering dipesan ketika memesan makanan di mana-mana restoran ataupun warung makanan. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi mengikut cita rasa masing-masing. Salah satu hidangan tomyam yang popular adalah tomyam putih. Di Malaysia, ada banyak jenis resepi tomyam putih.

Ramai yang menggemari hidangan tom namun tidak ramai yang pandai memasak hidangan tersebut. Sebenarnya, tomyam putih sangatlah mudah untuk disediakan, selain rasanya yang sangat enak dan isinya yang banyak.

Oleh itu, kami kongsikan resepi tomyam putih yang pastinya sedap dan menambah selera makan anda untuk anda cuba sendiri.

Jangan buang masa, ayuh kita sama-sama lihat dan cuba 3 resepi tomyam putih yang dikongsikan di bawah.

RESEPI TOMYAM PUTIH AYAM

Tomyam Putih Tanpa Pes - YouTube

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Kobis bunga
  • Lobak
  • Cendawan
  • Bawang holand
  • Bawang putih
  • Serai
  • Lengkuas
  • Lada kecil
  • Daun limau purut
  • Daun tomyam
  • Bawang besar merah
  • Air limau nipis
  • Sos sotong atau sos ikan
  • Susu
  • Air
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bahan-bahan bersama iaitu bawang holand, bawang putih, serai, lengkuas, lada kecil, dan bawang merah besar sehingga hancur.
  2. Ayam direbus bersama daun limau purut dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Setelah itu, masukkan air limau dan sos ikan atau ikan sos sotong.
  4. Masukkan sayur-sayuran ke dalam air rebusan sehingga lembut.
  5. Seterusnya, letakkan susu, daun tomyam, dan perasa ke dalam masakan.
  6. Kemudian biarkan sehingga mendidih.
  7. Setelah mendidih, tutup api dan hidangkan tomyam putih ayam anda.

RESEPI TOMYAM PUTIH CAMPUR

Resepi Tom Yam Putih Campur • Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • Air 1/2 liter
  • 1 kiub ayam
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 1 inci
  • Bawang holland 1/2 biji
  • Daun limau purut 3-4 helai
  • Cendawan tiram
  • Udang 5-10 ekor
  • Cili padi 6-10 tangkai
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Sotong 3 ekor
  • Garam secukup rasa
  • Tomato
  • Jus limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:

  1. Bahan-bahan serai, lengkuas dan bawang Holland dihiris nipis-nipis.
  2. Belah empat tomato dan limau nipis.
  3. Tumbuk kasar cili padi.
  4. Basuh cendawan tiram basuh dan carikkan sederhana besar.
  5. Rebuskan air sehingga mendidih.
  6. Setelah itu, masukkan kiub ayam, hirisan serai, lengkuas dan bawang holland kemudian renehkan.
  7. Masukkan daun limau purut yang telah buang tulang tengah.
  8. Seterusnya masukkan cendawan, udang, cili padi dan sos ikan thai.
  9. Kemudian masukkan sotong dan garam secukup rasa.
  10. Tutup api setelah mendidih dan masukkan perahan jus limau nipis secukupnya.
  11. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.
  12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

RESEPI TOMYAM PUTIH AYAM CINCANG DENGAN CENDAWAN TIRAM

Kenali 7 Jenis Tom Yam Thai Yang Boleh Korang Cuba Untuk Menu Berbuka |  Rileklah.com

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili padi 5 biji
  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 2 batang
  • Bawang putih 2 ulas
  • Daun limau purut
  • Jus limau nipis
  • Ayam dicincang
  • Sos ikan 1 sudu besar
  • Lobak merah 1/2 batang
  • Cendawan tiram 50 gm
  • Tomato 1 biji
  • Bunga Kobis 100 gm
  • Daun saleri
  • Susu Pekat manis 1/2 sudu besar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam ke dalam periuk
  2. setelah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan sayuran dan sedikit jus perahan limau nipis.
  4. Masukkan susu pekat manis.
  5. Setelah sayuran sudah empuk masukkan tomato kemudian biarkan seketika.
  6. Tutup api dan hidangan anda telah siap!

Dengan resepi-resepi tomyam putih yang telah dikongsikan ini, anda bolehlah mencuba memasaknya sendiri di rumah dan nikmati bersama-sama ahli keluarga yang lain. Pasti mereka gembira dan sangat suka. Tomyam putih yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber:

http://mohonclashh.blogspot.com/2015/03/tomyam-putih-ayam-ohsem-sangat.html

https://resepichenom.com/resepi/tomyam-putih-ala-restoran-thai/show

https://saji.my/resepi-tomyam-putih-yang-sedap-lagi-menyihatkan/

https://www.youtube.com/watch?app=desktop&v=1_Lpu8Lwq8M

https://resepibonda.my/resepi-tom-yam-putih-campur/

error: Content is protected !!