Resepi kuah rojak di Malaysia ada bermacam – macam versinya. Ada versi ditambah gula Melaka dan ada pula yang dimasukkan petis udang.
Tapi tak dinafikan satu perkara, rasa kesemuanya sedap belaka.
Rasa manis masam buah – buah yang dipotong berserta sayur – sayur yang pelbagai. Digaul pula dengan kuah rojak yang pekat, pedas – pedas manis, semestinya cukup seronok untuk dinikmati.
Sekarang pun dah banyak kuah rojak yang dijual dalam bekas di pasaran. Tapi sekali sekala nak juga rasa kuah rojak buatan sendiri. Bolehlah ditambah garam gula ikut citarasa sendiri kan..
Kalau begitu, jom saya kongsikan 3 versi resepi kuah rojak yang tentunya sedap dan padu. Anda boleh pilih sahaja versi mana yang menjadi idaman hati.
Kuah Rojak Sambal Belacan
Uniknya resepi kuah rojak ini ialah terdapat sambal belacan, sambal yang tak asing lagi buat masayarakat Malaysia. Jom kita tengok macam mana nak buah kuah rojak yang sedap menggunakan sambal belacan.
Bahan – Bahan Sambal Belacan:
- 6 biji cili merah
- 3/4 inci belacan ( dibakar)
- 1 biji limau nipis ( kira – kira 2 ke 3 sudu besar jus limau nipis)
Cara – cara penyediaan:
1. Sambal belacan boleh disediakan lebih awal dan disimpan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.
2. Bakar belacan dalam kuali yang tidak melekat hingga hancur. Ini akan memakan masa sekitar 3 hingga 5 minit. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Belah cili merah dan buang biji sebanyak mungkin.
4. Masukkan belacan bakar dan cili ke dalam pemproses makanan dan mesin hingga tahap kehalusan yang anda diinginkan.
5. Kalau tiada pemproses makanan anda boleh menumbuk belacan dan cili dengan menggunakan lesung batu hingga mencapai tahap kehalusan yang anda mahu.
Bahan – bahan kuah rojak:
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar Hei Ko (petis udang )
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar sambal belacan
- 1/4 cawan kacang ( disangai dan dicincang halus )
- 1 sudu besar bijan
Cara – cara penyediaan:
- Campurkan kesemua bahan – bahan kuah rojak ke dalam mangkuk kecil. Gaul rata menggunakan sudu.
- Tuang kuah rojak ke atas campuran buah – buahan dan sayur – sayuran yang anda suka dan gaul rata.
- Taburkan kacang hancur dan bijan ke atas rojak.
- Hidangkan segera.
Tips:
- Sambal belacan sebaiknya dimakan dalam masa 2 hingga 3 hari.
Perlu di ingatkan belacan adalah ramuan yang sangat penting, tanpanya kuah rojak tidak akan mempunyai konsistensi berkaramel yang likat.
Kuah Rojak Mamak Style
Resepi kuah rojak Mamak Style secara asasnya terdiri daripada sayur-sayuran yang rangup seperti timun, sengkuang dan kacang.
Digabung pula dengan bahan – bahan lain seperti kentang rebus, telur rebus, tauhu dan pelbagai jenis gorengan.
Semua bahan ini digaul sebati bersama – sama dengan sos kacang manis dan pedas, Anda juga boleh memilih untuk menambah sotong.
Rojak ini biasanya dijual di jalanan atau di restoran mamak di Malaysia.
Bahan – bahan:
- 450 gram ubi keledek (dipotong dadu)
- Air
- 4 sudu besar minyak
- 1 1/2 sudu besar asam jawa + 50 ml air
- 75 g gula melaka ( bergantung juga pada berapa banyak air yang digunakan)
- Garam secukup rasa
- 100 g kacang (disangai dan ditumbuk)
- Kicap soya pekat ( untuk warna)
Bahan – bahan Kisar:
- 6 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili boh
- 1 sudu kecil belacan
Cara – cara penyediaan:
- Kukus ubi keledek dengan api kecil hingga masak. Kisar ubi keledek kukus dengan separuh jumlah airnya. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan ubi keledek dan lebihan air tadi.
- Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam secukup rasa. Kemudian, renehkan.
- Masukkan kacang dan kicap pekat sedikit untuk warna.
Kuah Rojak Singapore Style
Negara jiran kita pun terkenal dengan resepi kuah rojak yang sedap tau! Rojak di sana dikenali dengan tambahan gorengan istimewanya yang dinamakan sebagai You tiao. Ia juga dikenali sebagai Chinese doughnut.
Bahan – bahan:
- 2 sudu besar asam jawa
- 1 – 2 sudu teh cili (ditumbuk) ( cili dipilih mengikut rasa pedas yang anda inginkan)
- 1 sudu besar belacan ( dibakar dalam foil selama 20 minit)
- 2 sudu besar petis udang
- 2 – 3 sudu besat gula Melaka (diparut)
- 1/2 lemon ( diperah dan ambil jusnya)
- Kacang (disangai dan ditumbuk)
Cara – cara penyediaan:
- Rendam asam jawa dalam sedikit air hingga lembut. Saring ke dalam mangkuk besar (ia sepatutnya menjadi puri yang pekat).
- Masukkan bahan – bahan yang lain dan gaul hingga rata sehingga mendapat konsistensi kuah yang pekat.
- Rasa sedikit untuk mengetahui sama ada anda telah menambah cukup cili dan gula Melaka.
- Masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda mahu. Gaul rata dan salut semua dengan kuah rojak.
- Taburkan kacang tanah hancur.
Tengok resepi kuah rojak ini pun dah boleh tahu sedapnya macam mana kan. Kalau anda buat kuahnya dalam kuantiti banyak bolehlah disimpan dalam peti sejuk.
Menu rojak ini bagi saya bukan sahaja sesuai sebagai kudapan, tetapi juga sebagai menu utama. Kuahnya yang pekat dengan pelbagai buah dan sayur sudah tentu boleh mengenyangkan.
Variasi rasanya yang pedas dan masam manis pun dah macam nasi berlauk dah kan. Aapapun saya ucapkan selamat mencuba resepi kuah rojak yang dikongsikan tadi.
Semoga kuah rojak buatan anda enak hingga menjilat jari.
Sumber:
https://www.rotinrice.com/rojak-malaysian-spicy-fruit-salad/
http://www.vi-vian.com/?p=9182
https://www.sbs.com.au/food/recipes/rojak
https://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/resipi-kuah-rojak-homemade-sedap-pekat.html#
https://travelerdoor.com/2020/08/10/the-different-types-of-rojak-you-can-find-in-malaysia/
https://magazine.tropika.club/top-10-best-rojak-in-singapore/