Now Reading
4 Cara Halau Tikus Tanpa Gagal

4 Cara Halau Tikus Tanpa Gagal

cara halau tikus

Walaupun tikus mempunyai keupayaan kemandirian hidup yang luar biasa dan kepintaran yang tinggi, masih ada cara halau tikus tanpa gagal.

Tikus domestik boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan kerana ia boleh menjalin hubungan dengan tuannya dan mempunyai personaliti tersendiri. Sebaliknya, tikus liar seperti Tikus Hitam dan Tikus Perang yang boleh dijumpai di serata bandar, merupakan ancaman besar bagi kesihatan awam.  

Melalui rekod kajian dan sejarah, tiikus didapati boleh menyebarkan berpuluh-puluh penyakit di seluruh dunia. Jika seekor tikus menggigit anda atau anda bersentuhan dengan najis, air kencing atau air liur tikus, anda berisiko mendapat jangkitan yang teruk seperti Salmonellosis, Hantavirus, Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis), Tularemia, Demam Lassa atau Wabak. Selain itu, anda juga boleh jatuh sakit sekiranya pepijat, hama atau kutu yang menghisap darah Tikus yang dijangkiti kuman, menggigit anda. Keadaan ini menyebabkan risiko penyakit seperti Demam Colorado Tick, Penyakit Lyme, Virus West Nile, Tifus, dan lain-lain.

Kekuatan tikus

Pada waktu malam, Tikus sering kali berkeliaran di restoran dan menyelongkar makanan sambil menyebarkan bakteria dan kotoran. Dalam keadaan yang jarang berlaku, Tikus juga akan menyerang manusia dengan menggigit mereka secara berulang kali untuk mempertahankan diri.

Gigi Tikus tumbuh secara berterusan dengan panjang sehingga 5 inci (12.7 sentimeter) setiap tahun. Tikus akan menggigit apa sahaja untuk mengasah giginya dari blok kayu hinggalah kepingan logam dan dawai elektrik di rumah atau dalam kereta justeru menyebabkan kerosakan ketara dan risiko kebakaran.  

Bukan itu sahaja, Tikus juga adalah pendaki yang mahir. Ia boleh masuk ke dalam celahan lubang, boleh hidup walaupun jatuh dari tempat tinggi (15 meter) dan boleh berenang selama beberapa hari tanpa lemas/tenggelam. Berikutlah beberapa sebab mengapa populasi Tikus perlu dikawal kerana ia boleh mengancam hidupan lain.

Tikus menunjukkan kehadirannya di sesuatu tempat melalui kewujudan tahi, air kencing, tanda gigitan pada barang-barang dan kemunculan Tikus yang hidup atau telah mati.

Tikus mempunyai bulu yang berminyak dan ia akan meninggalkan kesan berminyak pada permukaan yang disentuh. Kebanyakan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh mengesan kehadiran Tikus dengan cara merenung di dinding atau mempamerkan keseronokan secara tiba-tiba apabila mengesannya.

Tiada cara ajaib bagi mengawal tikus. Pakar Pembasmi Tikus biasanya menggunakan falsafah yang digelar Pengurusan Perosak Bersepadu (Integrated Pest Management) yang memerlukan mereka menitikberatkan pelbagai aspek seperti mekanikal, fizikal, kebudayaan dan pilihan produk kawalan kimia dalam usaha menghalau penceroboh yang tidak dijemput ini. Namun, prosedur itu bukanlah satu perkara yang mudah.

Menghalau atau mengawal populasi Tikus adalah sangat mencabar. Ini kerana biologi, tingkah laku dan ekologi haiwan ini perlu difahami dengan lebih mendalam bagi menghapuskannya secara menyeluruh di sesuatu kawasan. Malah, tikus boleh berkembang di kawasan yang kotor terutamanya di tempat yang mempunyai populasi berlebihan.

Jadi, kawasan seperti ‘bandar’ merupakan kawasan utama perkembangan Tikus oleh kerana askes yang mudah terhadap sampah dan bangunan berlubang.

Jenis Tikus

Tikus Bumbung (Tikus Hitam, Tikus Kapal)

  • Lincah dan Tangkas
  • Warna perut: Kelabu, Putih
  • Bulu berwarna hitam keabu-abuan atau hitam
  • Berat: 5-9oz
  • Ekor boleh ditarik hingga ke muncungnya dan berwarna gelapTail meluas ke moncong apabila ditarik, dinyalakan sempit dan seragam gelap
  • Kepala tirus
  • Telinga cukup panjang untuk mencecah mata jika dilipat.
  • Tinggal di atas tanah dan merupakan pendaki yang handal. Ia juga boleh mengembangkan sarang ke bawah tanah

Tikus Norway (Tikus Pembetung, Tikus Coklat, Tikus Rumah, Tikus ‘Wharf’, Tikus Air Dan Tikus Kelabu)

  • Besar dan tegap
  • Perut kebanyakannya berwarna kelabu
  • Berat 12-16 oz
  • Bulu badan kasar; bewarna kemerah-merahan ke perang abu-abu
  • Hidung tumpul
  • Telinga kecil dan tidak mencecah mata jika ditarik
  • Hidup dalam koloni, selalunya dalam tanah tetapi mungkin juga membuat sarang di dalam bangunan/rumah (biasanya di tempat yang rendah).

Cara Halau Tikus

Ada beberapa taktik yang boleh anda gunakan sebagai cara halau tikus. Langkah pertama dalam menghentikan tikus adalah untuk menjadikan habitatnya kurang sesuai untuk dibuat sarang. Tikus biasanya hidup tidak melebihi jarak 400 kaki (122 meter) dari sumber makanan utama. Oleh itu, jika anda dapat mengurangkan keupayaan tikus mencari makanan, maka ia akan jarang menceroboh rumah anda.

Uruskan Semua Sampah yang berkaitan dengan Makanan Di Rumah Anda

Cara halau tikus yang pertama ialah apabila anda meletakkan sampah di tempat pengumpulan sampah seperti di dalam tong sampah, gunakan tong kalis Tikus dan simpan semua sampah dan bahan kompos sejauh yang mungkin dari rumah.

Simpan semua sumber makanan atau makanan haiwan peliharaan dalam bekas kalis tikus juga. Buang najis haiwan peliharaan pada setiap hari. Selain itu, potong rumput tinggi dan kemas timbunan kayu dan sampah lain di sekitar kawasan rumah anda. Baran-barang seperti kayu adalah habitat yang sesuai bagi Tikus.

Hindari Tikus Dari Masuk Ke Dalam Rumah

Cara halau tikus kedua adalah dengan menutup setiap lubang dengan menggunakan alat yang tepat seperti dawai berat atau 1/4 inci ‘hardware cloth’. Anda juga boleh menggunakan mesh tembaga dan menyumbatnya ke dalam setiap lubang dan ruang yang kecil. Mesh boleh menggoda Tikus untuk mengasah giginya. Selesaikan prosedur ini dengan penebat ‘foam’ dan ‘caulk’. Pastikan tiada dahan pokok atau semak yang menyentuh dinding rumah anda terutamanya yang berhampiran dengan garis bumbung kerana tikus boleh memanjat dedaun dan mencari jalan masuk ke dalam rumah.  

Gunakan Perangkap Tikus

Cara halau tikus yang ketiga – Perangkap Tikus yang tidak membawa maut juga berkesan, tetapi ia akan meninggalkan cabaran pembiakan tikus ke kawasan baru di mana ia boleh menyebabkan kesukaran baru kepada individu lain.

Racun Tikus boleh membantu tetapi mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk berkesan dan selalunya berisiko untuk membunuh haiwan lain tanpa sengaja. Jadi, [erangkap tradisional mungkin merupakan solusi terbaik untuk menghalau Tikus. Pastikan anda mengumpannya dengan mentega kacang.

Perangkap tradisional ‘snap’ adalah pilihan terbaik anda. Anda boleh membeli perangkap tikus ini di kedai alatan pertukangan tempatan dan menggunakannya untuk mengumpan tikus. Bertentangan dengan kepercayaan popular, tikus tidak berapa suka makanan seperti keju dan sebenarnya lebih menyukai mentega kacang. Letakkan mentega kacang pada perangkap tikus. Jika masalah Tikus adalah di dapur, sediakan beberapa perangkap di bawah sinki atau di sebelah dinding. Apabila anda meletakkan perangkap di sebelah dinding, buatlah umpan dalam bentuk T di sebelah dinding, kerana tikus lebih suka berjalan tepat ke sebelah dinding dan bukannya kawasan terbuka. Jika anda meletakkan perangkap di loteng atau ruang bawah tanah, letakkan perangkap di tempat anda menemui najis tikus.

Menangkap Tikus mungkin mengambil masa selama beberapa hari dan anda mungkin perlu menukar strategi sebanyak beberapa kali untuk menyelesaikan masalah ini. Jika semua langkah yang dilakukan gagal dan Tikus semakin berleluasa, hubungi seorang profesional untuk memastikan kerja itu dilakukan dengan teliti.

Gunakan Racun Tikus

RTerakhir sekali, cara halau tikus keempat ialah dengan guna Racun Tikus. Untuk melindungi perkara tidak diingini daripada berlaku, gunakan umpan ‘tamper-resistant’ di tempat yang boleh diakses oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Selalunya, hanya satu dos racun ini sudah boleh membunuh Tikus. Racun Tikus datang dalam beberapa bentuk iaitu pellet, makanan dan blok.

Tahukah Anda?

Dalam habitat liar, Tikus akan mati pada usia 2 hingga 3 tahun. Namun begitu, ia boleh membiak selepas 3 bulan dilahirkan dan boleh melahirkan sebanyak 12 ekor anak Tikus sebanyak 6 kali dalam setahun. Maksudnya, dalam sebulan ia boleh mempunyai 2000 ekor keturunan. Dalam erti kata lain, sepanjang tempoh tiga tahun kehidupannya, 6000 ekor anak Tikus boleh dilahirkan dari sepasang tikus yang membiak.

error: Content is protected !!