Now Reading
4 Cara Untuk Memberikan Ucapan Takziah

4 Cara Untuk Memberikan Ucapan Takziah

Kita selaku umat Islam diharuskan untuk mendoakan kesejahteraan seseorang itu dengan ucapan takziah yang membawa maksud yang begitu bermakna. Setiap insan pasti pernah merasakan saat kesusahan tidak kiralah ditimpa bencana atau kehilangan oang yang disayangi. Kita harus faham, Allah tidak akan menguji seseorang itu sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Dan sesungguhnya kita perlu percaya bahawa setiap perkara yang hidup pasti akan mati. Cuma, yang dapat membezakannya adalah cepat atau lambat. Ikuti artikel di bawah untuk mengetahui cara-cara untuk mengucapkan takziah.

# Cara Pertama

Mengucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun.

Salam takziah saya ucapkan kepada <masukkan nama si mati> yang telah kembali ke Rahmatullah pada <waktu pagi / petang / malam> tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman disisi Allah swt.

Membaca Al-Fatihah.                                    

Memberi ucapan takziah kepada keluarga si mati.

Mendoakan kebaikan buat arwah.
Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat peristirahatannya.”

#Cara Kedua

Mengucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun.

Mendoakan kebaikan buat arwah
Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Menyampaikan ucapan takziah buat <nama waris> seisi keluarga.

Memberi kata-kata semangat dan ketabahan buat keluarga arwah.
”Semoga Allah memberi ketabahan dan segala urusan dipermudahkan.”

Allahumma Aamiin.

#Cara Ketiga

Mengucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun.

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Mendoakan arwah
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”

Ucapan takziah buat keluarga arwah <si mati>.

Semoga roh arwah <si mati> sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

#Cara Keempat

Mengucapkan Innalillahiwainnailaihirojiun.

Membaca doa tersebut;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجَاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Maksud: “Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah aia, lindungilah aia dan maafkanlah dia. Muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya. Bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan. Sebagimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran. Dan gantilah rumahnya [di dunia] dengan rumah yang lebih baik (di akhirat). Serta gantilah keluarganya (di dunia) dengan keluarga yang lebih baik. Dan pasangan (di dunia) dengan yang lebih baik Dan masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu. Dan lindungilah ia dari seksa kubur atau seksa api neraka.”

Adab – adab dalam mengucapkan ucapan Takziah:

  • Menghindari perkara yang mengarut. Cara berpakaian dan cara seseorang itu berdandan menunjukkan apa yang seseorang itu rasa akan tetapi, janganlah berpakai terlampau glamor. Anda boleh berpakaian sopan dan bersesuaian semasa pergi melawat simati.
  • Menunjukkan rasa duka yang mendalam. Setiap orang yang mengucapkan takziah sepatutnya menunjukkan perasaan yang sedih serta raut muka yang bersesuaian seperti mendalami dukacita tersebut. Kita sebagai manusia seharusnya mempunyai nilai simpati antara satu sama lain.
  • Jangan banyak bercakap atau berbual dalam suasana duka. Jika ingin ucapkan takziah, anda boleh ucapkan takziah sahaja. Tidak perlu berbual kosong mahupun bercakap tentang perkara yang tidak sepatutnya. Begitu juga dengan tetamu lain yang datang, anda boleh membuat perkara lain yang lebih berfaedah seperti berzikir, atau membuat bacaan yaasin untuk simati. Hal ini bagi menghormati keluarga si mati yang sedang berduka dalam kehilangan ini.
  • Ketika sedang mengucapkan takziah kepada keluarga si mati, janganlah memaparkan senyuman. Ini adalah kerana, apabila anda senyum pada saat itu, ia dapat menimbulkan perasaan tidak suka atau salah faham daripada keluarga si mati. Jadi, alangkah baiknya jika mu’azziyin dan mu’azziyat menahan diri untuk senyum.

Akhir Sekali, pihak keluarga si mati perlulah percaya akan kematian yang berlaku dan apa apa sahaja yang berlaku, ada hikmahnya. Selain itu juga, kita perlu percaya kepada takdir, dan qada’ & qadar. Pada pandangan tetamu lain pula, kita perlulah menghormati keluarga si mati dan perasaan keluarga si mati pada waktu itu. Ucaplah takziah dengan adab yang betul.

 Sumber :

  1. https://therohani.com/contoh-ucapan-takziah-innalillahiwainnailaihirojiun/
error: Content is protected !!