Dengkuran tidur adalah amat mengacau, lebih-lebih lagi jika tidur dan waktu rehat pasangan anda terjejas. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah dengkuran ini tetapi terdapat cara-cara untuk megurangkannya.
Kurangkan berat badan anda
Dalam kajian yang dijumpai dalam jurnal Sleep and Biological Rhythms, bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, hampir 50% daripada mereka lebih cenderung untuk mengalami masalah dengkuran dalam tempoh empat tahun lebih cepat daripada mereka yang mempunyai berat badan yang normal. Ini kerana deposit lemak di saluran udara rongga hidung atas boleh menghalang pernafasan. Pengurangan berat badan sebanyak 2kg boleh membuat perubahan dalam mengatasi masalah dengkuran anda.
Tinggalkan dua tabiat buruk ini
Perokok tegar mempunyai kecenderungan dua kali untuk berdengkur daripada mereka yang tidak merokok, berdasarkan hasil kajian. Daripada hasil kajian, merokok mengganggu saluran pernafasan, yang mengurangkan aliran udara di hidung sekaligus menyukarkan untuk bernafas melalui hidung.
Alkohol juga tidak membantu mendapatkan tidur yang baik. Dalam satu kajian dari Jerman, lelaki yang mengambil alkohol sebelum tidur biasanya akan berdengkur lebih kuat dari mereka yang tidak mengambil alkohol. Dengan meminum alkohol, ia dapat melegakan otot-otot dan menghalang laluan udara di saluran pernafasan. Maka, hentikan pengambilan alkohol beberapa jam sebelum tidur untung mengurangkan dengkuran.
Tidur dalam cara posisi telungkup
Tidur dalam posisi telentang meningkatkan kemungkinan untuk berdengkur sepanjang malam. Posisi ini menjadikan laluan udara anda kurang stabil dan lebih sempit. Penyelesaiannya ialah tidur secara mengiring. Dalam satu kajian dari Belanda pula, mereka yang tidur dengan cara itu kurang cenderung untuk mengeluarkan dengkuran daripada mereka yang tidur secara telentang.
Sekiranya anda rasa amat susah untuk mengekalkan posisi itu semasa tidur, pakar-pakar mengesyorkan sesuatu yang dinamakan Posisi Tidur Peralihan Waktu Malam. Letakkan satu be peranti di sekitar leher anda sebelum tidur, ia akan bergetar apabila anda mula telentang dan intensiti getaran pada leher sebelum tidur. Peranti itu akan bergetar apabila anda telentang, dan meningkatkan getaran sehingga anda bangun dan kembali pada posisi.
Buat konsert di dalam kereta anda
Skor dengkuran penyanyi adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak menyanyi, menurut penyelidikan dari United Kingdom. Menyanyi boleh menguatkan otot-otot di lelangit lembut dan tekak atas, jadi mereka kurang cenderung untuk mengalami saluran pernafasan yang sempit.
Anda tidak perlu menjadi seperti Anuar Zain untuk mendapatkan skor dengkuran yang rendah. Para penyelidik menyarankan untuk menyanyi apa jua jenis nyanyian setiap hari boleh memberi manfaat. Jadi, sekarang anda ada alasan yang kukuh untuk mengadakan parti karaoke di dalam kereta.
SUMBER
https://www.healthline.com/health/snoring-remedies
https://www.webmd.com/sleep-disorders/features/easy-snoring-remedies
https://www.medicalnewstoday.com/articles/321174
https://www.helpguide.org/articles/sleep/snoring-tips-to-help-you-and-your-partner-sleep-better.htm