Now Reading
4 Idea Menu Makan Malam Ringkas

4 Idea Menu Makan Malam Ringkas

menu makan malam

4 idea menu makan malam ringkas menggunakan resepi yang sangat mudah. Yang pasti menu yang diberikan sangat mengenyangkan.

Berikut adalah menu makan malam ringkas iaitu ayam goreng popcorn berempah, ikan bilis jawa, piza berempah dan syawarma ayam.

Antara menu makan malam:

Ayam Goreng Popcorn Berempah

Bahan utama perapan:

  • 500g isi daging ayam (potong bentuk jejari)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 butir telur (kacau dulu)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil ajinomoto
  • 1/2  cawan tepung jagung

Bahan kisar kasar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 tangkai cili hijau
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • 2 sudu kecil jintan putih

Bahan tepung salut:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil ajinomoto
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 bekas air sejuk
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula masukkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar kasar. Gaul bagi sebati.
  2. Kemudian perap bahan tadi selama 10 minit
  3. Sediakan bahan salut untuk menyalut bahan perapan tadi.
  4. Selepas salut bahan perapan tadi dengan tepung salut, celup sekejap ke dalam bekas air sejuk.
  5. Kemudian salut semula dengan tepung dan masukkan dalam minyak goreng yang panas.
  6. Pastikan api di pasang sederhana.
  7. Bila ayam tadi di goreng telah bertukar warna keemasan, anda boleh angkat ,tos minyak dan ketepikan.
  8. Lakukan berulang kali sehingga bahan utama habis digunakan.
  9. Jika tepung salut berkurangan. Anda boleh menambah semula tepung mengikut resepi tadi.
  10. Boleh la hidang panas-panas.
  11. Kalau nak sedap dan pedas, anda  boleh taburkan perasa ajishio lada hitam ke atas ayam yang digoreng tadi.

Resepi Ikan bilis sambal jawa

Bahan utama:

  • 2 cawan Ikan bilis (cuci sekilas)
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil perasa ajinomoto
  • 1/2 ulas bawang merah besar (hiris nipis-nipis)

Bahan tumbuk :

  • 25 tangkai cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Tuang minyak secukupnya untuk menggoreng ikan bilis.
  2. Goreng ikan bilis dengan api sederhana sehingga bertukar warna keemasan. Kemudian toskan minyak.
  3. Kemudian, tumis bahan tumbuk tadi dalam kuali yang sama. Tumis sehingga naik bau .
  4. Seterusnya masukkan air asam, gula, garam dan perasa ajinomoto. Kacau sebati.
  5. Bila sudah sebati boleh masukkan bawang besar. Kacau sedikit lagi.
  6. Tutup api dan angkat kuali tadi ke tempat lain. Kacau-kacau lagi.
  7. Agak-agak suam baru masukkan ikan bilis tadi. Gaul sekejap dan terus hidang.

Anda boleh makan Ikan bilis sambal jawa bersama dengan nasi panas-panas dan kicap. Anda juga boleh makan sambal ini dengan roti ,bihun goreng dan nasi goreng.

menu makan malam

Resepi Piza berempah

Bahan taburan piza:

Bahan kisar dan perap 10 minit:

  • 2 bungkus daging burger ramly
  • 4 sudu makan serbuk kari daging

Bahan tumis:

  • 10 ulas bawang putih (kisar kasar)
  • 2 ulas bawang merah kecil (kisar kasar)
  • Air secukupnya

Bahan akhir:

  • 1 biji bawang holland (di potong dadu)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu kecil Perasa ajinomoto

Cara penyediaan:

  1. Sediakan minyak untuk menumis bahan tumis tadi sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan perapan tadi. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan air sedikit jika terlalu kering.
  4. Kemudian, masukkan bahan akhir. Gaul rata.
  5. Tutup api dan ketepikan.
  6. Fokus seterusnya pada doh piza.

Pembuatan doh piza sangat cepat disediakan jika anda mempunyai “breadmaker”.

Hanya campak semua bahan dalam mesin tersebut. Tetapan mesin ini hanya untuk ‘Breadmaker Mugen’ .

Cara penyediaan ‘breadmaker’ :

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin tersebut
  2. Tekan tetapan no 9 ‘dough’
  3. Biarkan mesin itu menguli doh piza anda.
  4. Bila mesin dah siap uli doh, keluarkan.
  5. Cari loyang sesuai .
  6. Leperkan doh jadi bentuk piza.
  7. Ambil garfu dan cucuk semua tempat doh tu.
  8. Boleh la letak bahan taburan piza dan bakar guna oven selama 15 minit
  9. Siap di hidang.

Bahan peram:

  • 11g yis mauripan
  • 2 sudu besar gula
  • 200 ml Air suam
  • Kacau & Peram dalam 20 min. bagi buih betul-betul ala teh tarik begitu.

Bahan  adunan:

  • 500g tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 sudu besar susu krimer
  • 1 biji telur (kacau sampai berbuih)

Bahan hiasan dan taburan:

  • Daun sup (potong pendek-pendek)
  • 1 Cili benggala besar (hiris nipis-nipis)
  • 3 biji Tomato (hiris nipis-nipis)
  • 1 sudu makan biji ketumbar (kisar halus)
  • 1 sudu makan jintan putih(kisar halus)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos mustard
  • keju

Cara penyediaan:

  1. Kacau kesemua bahan adunan.
  2. Selepas 20 minit fermentasi bahan peram. Boleh la masuk ke dalam bahan adunan.
  3. Uli campuran adunan tadi sampai bahan-bahan tadi tak melekat di tangan..
  4. Biarkan mereka membesar dengan jaya(2x ganda) dalam 30 min mcm tu. Selepas tu uli adunan tadi dan bahagikan 4 bahagian.
  5. Rounding kan setiap 4 bahagian tadi. Gelek dan leperkan setiap doh menggunakan penggelek atau tangan tadi mengikut saiz loyang anda. Cucuk guna garfu atas permukaan piza tadi. Biarkan ia kembang dalam 40 minit begitu.
  6. Kemudian boleh masukkan bahan hiasan dan taburan ke atas permukaan base piza tadi.
  7. Panaskan oven dan masukkan piza tadi.
  8. 15 minit sahaja masa yang diambil untuk siap bakar.
menu makan malam

Resepi Syawarma Ayam.

Ayam syawarma

Bahan-bahannya:

  •  1kg ayam   (potong secara dadu ,ambil isi sahaja)
  • 6 ulas bawang putih(lumatkan)
  • 1/3 cawan minyak masak
  • Garam secukupnya
  • 1 ulas bawang holland
  • 2 sudu makan jus lemon

Bahan rempah:

  • 1 sudu makan Jintan manis     
  • 1 sudu makan biji ketumbar   
  • 2 sudu makan garam masala/ serbuk kurma/serbuk kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk cili/ 4 tangkai cili kering (sangan dan kisar kering)

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula bancuh rempah syawarma dalam mangkuk. Kacau bagi sebati.
  2. Potong ayam secara dadu. Buang tulang dan ambil isi sahaja. Basuh dan toskan.
  3. Masukkan rempah dan garam ke dalam bekas ayam tadi. Gaul rata.
  4. Tambah bawang holland, jus lemon dan minyak masak. Gaul bagi sebati.
  5. Selepas itu, perap dan simpan dalam peti ais selama 3 jam.(kalau tak nak peram pun tiada masalah)
  6. Kemudian, anda boleh masak sama ada guna oven atau guna kuali pemanggang.
  7. Jikalau anda guna oven, guna tetapan 425 degree dan bakar selama 30 minit.
  8. Kalau anda guna kuali. Letak  satu sudu makan minyak dan pastikan ia masak di atas api sederhana dan bertukar warna keperang-perangan.

Bahan untuk sos:

Sos bawang putih (toum):

  • 1 cawan bawang putih
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 cawan Minyak masak
  • 1 cawan jus lemon (2 biji lemon)

Cara penyediaan:

  • Kisar semua bahan di atas
  • Simpan dalam bekas dan tempat sejuk.

Bahan sos mayonis pedas:

  • 1 cawan mayonis         
  • 2 sudu makan sos cili

Bahan untuk sos pedas :

  • 12 tangkai cili kering sederhana pedas
  • 1 ulas bawang besar merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu kecil sos soya
  • 4 sudu makan cuka
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan jus lemon
  • Kisar dan lumatkan semua bahan di atas.

Siap.

Bahan hiasan:

  • Kentang goreng
  • Salad
  • Bawang merah besar
  • Tomato

Bahan untuk roti  :

  • 3 1/4 cawan  tepung gandum
  • 7g yis mauripan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 1/2 cawan  air suam
menu makan malam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas.
  2. Adun bagi sebati dan rehatkan 30 minit.
  3. Bahagi kepada 4 doh
  4. Bulatkan dan leperkan
  5. Kemudian, panaskan kuali atas api .
  6. Masukkan adunan tadi satu per satu dan angkat ke tepi.
  7. Siap untuk roti syawarma.
  8. Bolehlah letak kan sos dalamnya bersama bahan hiasan.

Kesimpulannya, selamat mencuba dengan menggunakan resepi 4 idea menu makan malam ringkas. Resepi yang paling anda rasa puas hati.

Sumber:

Https://feelgoodfoodie.net/recipe/lebanese-garlic-sauce/comment-page-1/

https://www.recipetineats.com/chicken-sharwama-middle-eastern/

error: Content is protected !!