Susu Nestlé Omega Plus adalah satu-satunya susu berkalsium tinggi yang mengandungi acticol, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan menurunkan kolesterol dengan menyekat kolesterol daripada memasuki aliran darah. Dua gelas susu Nestlé Omega Plus sehari juga memenuhi 96% keperluan kalsium harian anda dan mengandungi keseimbangan Omega 3 & 6 yang betul.
Salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung adalah dengan menguruskan kadar kolesterol anda dengan menambahkan sterol tumbuhan ke dalam makanan anda. Pengambilan makanan seperti susu Nestle Omega Plus yang diperkaya dengan tambahan sterol tumbuhan dapat menyekat penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah. Sterol tumbuhan juga terdapat dalam biji-bijian, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu memakan sejumlah besar item ini untuk memberi kesan kepada kolesterol anda. Sebagai contoh, untuk mendapatkan 1.2g sterol tumbuhan setiap hari untuk mengurangkan kolesterol dengan berkesan, anda perlu makan 255 biji tomato atau 126 lobak merah! Cara yang lebih mudah untuk mendapatkan cukup sterol tumbuhan yang diperlukan untuk menurunkan kadar kolesterol anda adalah dengan minum susu Nestle Omega Plus dua kali sehari.
Nestle Omega Plus
RM24.50
Susu ini walaupun bertujuan untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah, ia juga baik untuk kesihatan tulang anda. Anda akan mendapatkan bekalan kalsium secukupnya melalui pengambilan dua gelas susu setiap hari seperti yang disarankan. Selain untuk tulang, ia turut membekalkan manfaat yang tinggi untuk kesihatan jantung dalam darah anda.
FERNLEAF Full Cream Regular
RM43.90
Susu yang tidak mempunyai gula tambahan ini dirumus khas untuk anda sekeluarga kecuali untuk kanak- kanak berumur 6 tahun ke bawah. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi dari New Zealand. Formulanya diperkaya dengan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi, vitamin D3 dan magnesium untuk meningkatkan penyerapan kalsium.
Manakala Vitamin A, B2 dan B12, penting untuk kesihatan mata, memberi tenaga dan produksi sel darah merah lebih lancar. Tinggi dengan kalsium dan protein, susu ini juga dapat menguatkan tulang serta gigi anda daripada mudah menjadi rapuh.
Dutch Lady Nutritious Full Cream Milk Powder
RM30.60
Susu tepung penuh krim untuk seisi keluarga anda. Ia membekalkan kuantiti kalsium seumpama dua ikat bayam yang lengkap melalui dua cawan hidangan susu ini setiap hari. Ia juga mengandungi 50 peratus tambahan kalsium untuk meningkatkan kesihatan tulang anda. Seluruh ahli keluarga anda boleh menikmati manfaat yang sama melalui 1 kilogram bungkusan susu yang enak ini.
ANLENE Regular Milk Powder
RM20.20
Anlene adalah di antara jenama susu formula dewasa yang terkemuka di Malaysia. Dirumus khas dengan protein, kalsium, magnesium dan zink yang tinggi untuk memastikan tulang, otot serta saraf kita sentiasa dalam keadaan yang sihat.
Ianya mengandungi 50% lebih nutrisi serta Movemax, kolagen, protein dan tinggi kalsium yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Susu ini juga dapat melindungi tulang, joint dan muscles anda agar kekal cerdas sepanjang hari.
Sesuai untuk peringkat dewasa berumur 19 tahun dan keatas, susu Anlene ini mengandungi kolagen agar kulit anda tampil lebih sihat dan bermaya. Bagi anda yang gemar ke gym, susu ini disyorkan terbaik buat anda untuk perlindungan otot. Amalkannya setiap hari dan rasai perbezaannya.
ENSURE Gold
RM87.00
Ensure Gold mengandungi HMB dan Triple Protein Blend untuk kekuatan fizikal yang baik. Selain itu, segelas susu ini sarat dengan 28 vitamin, mineral, antioksida dan karbohidrat untuk sistem pertahanan serta tenaga badan kita.
Susu yang dilengkapi dengan prebiotik ini, sesuai untuk memperbaiki sistem pencernaan. Tidak mengandungi lemak trans dan boleh diminum oleh semua peringkat umur kecuali bayi kerana formulanya tidak sesuai untuk si kecil.
Diuji secara klinikal, susu ini dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan anda dalam masa hanya 8 minggu sahaja. Kandungan HMB dan proteinnya mampu meningkatkan perkembangan otot serta menguatkan tulang. Terkandung 3 kali ganda Vitamin D yang meningkatkan kekuatan dan memberi tenaga agar anda dapat menjalani aktiviti harian dengan baik.
Marigold HL Low Fat Milk
RM8.60
Susu rendah lemak ini mengandungi 36 peratus lebih kalsium untuk kesihatan tulang dan seluruh tubuh anda. Susu ini menjadi pilihan bagi mereka yang menggemari susu tetapi sangat ingin mengurangkanpengambilan lemak dalam badan. Susu rendah lemak dan berkalsium tinggi ini boleh didapati dalam perisa biasa, coklat dan strawberi. Kandungan kalsiumnya yang tinggi sangat baik untuk membekalkan kalsium kepada tulang dan badan anda. Ia turut kaya dengan pelbagai sumber kebaikan lain dari sumber mineral dan vitamin yang paling bermanfaat untuk tubuh badan anda.
Goodday Pasteurized Milk
RM7.80
Susu berpasteur dalam kotak yang boleh diminum segera daripada peti sejuk. Ia boleh didapati dalam dua perisa iaitu susu biasa dan coklat.
Ia juga boleh membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh, mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman, menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan saraf.
HIGOAT Susu Kambing
RM17.90
Minuman susu kambing ini bukan sahaja sumber protein dan kalsium yang baik malah ianya juga tidak mengandungi gula tambahan. Susu kambing lebih baik dari susu lembu kerana ia bersifat alkali dan boleh meningkatkan daya kepekaan, fokus serta ingatan.
Ia juga boleh membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh, mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah, melancarkan sistem penghadaman, menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan saraf.
Sesuai untuk anda yang alergi kepada susu lembu, susu kambing boleh dijadikan sebagai alternatif bagi memberi kalsium buat tubuh badan. Susu kambing juga tidak mengandungi beta-lactoglobulin yang menyebabkan alahan seperti asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.