Now Reading
4 Resepi Ikan Kerisi Yang Sedap

4 Resepi Ikan Kerisi Yang Sedap

resepi ikan kerisi

Khasiat ikan kerisi adalah sama dengan ikan haruan iaitu menyembuhkan luka dalaman namun tidak setanding ikan haruan kerana kesan ini lebih kuat berbanding ikan haruan. Anda boleh menghasilkan pelbagai resepi ikan kerisi yang lazat untuk hidangan seisi keluarga.

Disebabkan ikan kerisi terdapat dalam pelbagai spesies, ia mudah didapati di Malaysia. Antara spesies ikan kerisi yang boleh didapati di Malaysia adalah ikan kerisi merah ros, ikan kerisi filamen merah, ikan kerisi perut kuning, ikan kerisi jalur lima, ikan kerisi emas dan banyak lagi.

Ikan kerisi kalau dibuat lauk, memang tak dapat disangkal lagi kesedapannya tau. Jadi, jom lihat resepi ikan kerisi dan cara penyediaannya di bawah ini. Pasti sangat sedap untuk dicuba.

RESEPI 1 – IKAN KERISI ASAM JAWA

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan kerisi (400 g) – dibersihkan
  • 10 biji bawang merah – dibelah dua
  • 7 biji cili merah besar
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 400 ml santan
  • 5 g halia – dicincang kasar
  • 3 cili padi
  • 1 tangkai serai – dihancurkan
  • garam
  • lada hitam
  • air
  • minyak sayuran
  • 300 g nanas – dipotong dadu
  • 2 cili merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 30 g kunyit segar
  • 6 biji bawang merah
  • Pes asam jawa
  • 10 g belacan
  • 2 biji asam keping
  • 1 sudu kecil ikan bilis
  • 400 ml air

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Dalam pengisar, kisar cabai merah besar, bawang putih, 15 g kunyit segar, bawang merah, ikan bilis dan belacan hingga sebati. Sekiranya campuran terlalu kering, anda boleh menambah minyak sayuran.
  2. Panaskan minyak dalam periuk di atas api yang sederhana, masak pes yang dikisar selama 5 minit sehingga wangi. Anda boleh menyesuaikan tahap kepedasan hidangan ini mengikut cita rasa dengan menambah atau membuang jumlah cabai merah besar.
  3. Masukkan bahan-bahan untuk membuat kuah kuah asam.
  4. Pada periuk yang sama, masukkan hirisan nanas, kunyit segar, pes asam jawa dan 400 ml air. Didihkan sehingga mendidih selama 10 minit.
  5. Masukkan ikan ke dalam periuk dan biarkan masak selama 12 minit.
  6. Setelah siap dimasak, pindahkan ikan kerisi asam jawa anda ke dalam pinggan dan hidangkan.

RESEPI 2 – IKAN KERISI GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan kerisi saiz sederhana
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • Minyak masak

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Gaulkan ikan kerisi yang telah diproses dengan serbuk kunyit, garam, dan serbuk kari.  
  2. Perapkan ikan kerisi selama 15 minit.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan ikan kerisi yang telah diperap tadi dan goreng sampai garing.
  4. Setelah garing, angkat dan sedia untukdinikmati bersama nasi. 

RESEPI 3 – ASAM PEDAS IKAN KERISI DENGAN FISHBALL

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 tangkai cili kering – rebus.
  • 3/4 bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 ekor ikan kerisi.
  • 2 batang serai – 1 kecil, 1 besar
  • Daun kesum
  • 1/2 sudu besar air asam jawa
  • 1/2 bungkus pes asam pedas
  • Bebola Ikan
  • Air
  • Garam

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar dan pes asam pedas bersama serai. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan garam.
  3. Tambahkan air dan tunggu sehingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan kerisi dan bebola ikan.
  5. Apabila ikan sudah masak, matikan api.
  6. Sedia untuk dihidang. Anda boleh meletakkan hiasan supaya nampak lebih menarik dan menyelerakan.

RESEPI 4 – IKAN KERISI MASAK KICAP

Bahan bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan kerisi – lumur garam kunyit dan digoreng
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 4 tangkai cili padi atau lebih (ikut kepedasan yang disukai)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • 1/2 cawan kicap lemak manis Jalen
  • Serbuk perasa
  • 2 biji bawang merah – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditimbuk
  • 1/2 inci halia – ditumbuk

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga wangi dan lembut.
  2. Setelah naik bau, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan cili kering kisar. Cili ini mesti direbus dahulu sebelum dikisar. Masak cili kisar sehingga airnya kering. Kacau sehingga cili masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan kicap agak-agak sampai tenggelam ikan. Kacau rata. Biarkan sehingga mendidih seketika.
  5. Masukkan ikan dan cili padi. Biarkan ianya merenih atas api yang perlahan. Anda boleh tambahkan sedikit air.
  6. Biarkan seketika sehingga kuah kicap meresap pada ikan.
  7. Bila isi ikan sudah masak, angkat dan hidangkan.

Senang saja kan nak masak ikan kerisi. Dengan berpandukan resepi-resepi yang kami kongsikan, pastilah lebih mudah. Makan lauk-lauk ikan kerisi dengan nasi panas pastinya sangat menyelerakan, lebih-lebih lagi ketika perut sedang lapar. Jadi, jangan lupa cuba resepi ikan kerisi yang telah kami kongsikan ya. Selamat mencuba.

SUMBER

https://asianfoodnetwork.com/en/recipes/cuisine/indonesian/ikan-kerisi-asam-jawa.html

http://cooking-engineer.blogspot.com/2012/09/kerisi-goreng-berempah-spicy-fried-sea.html

https://resipi-ayam.netlify.app/1623-recipe-delicious-asam-pedas-ikan-kerisi-fish-ball.html

https://www.aziekitchen.com/2021/05/masak-kicap-ikan-kerisi-yang-sedap.html

error: Content is protected !!