Sekiranya anda adalah penggemar air bubble tea yang semakin digilai ramai, pastinya anda mahu mencuba membuat versi resipi air bubble tea sihat anda sendiri di rumah. Ini adalah cara yang lebih murah dan anda juga boleh memilih bahannya mengikut kesukaan anda.
Bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan tetapi masih tidak mahu ketinggalan dalam trend air bubble tea ini, terdapat beberapa resipi air bubble tea yang sihat dan boleh anda cuba. Ini dapat memastikan bahawa anda tidak mengambil minuman yang terlalu banyak kalori seperti air bubble tea yang dijual di kedai.
Bubble Tea Matcha
Resipi air bubble tea sihat ini hanya mempunyai 150 kalori dan boleh disediakan dengan harga yang murah. Ia juga bagus kerana matcha merupakan bahan yang boleh melawan sel kanser, mencegah penyakit jantung dan diabetes serta membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan resipi air bubble tea sihat Matcha.
Bahan-bahan:
- 1 sudu serbuk matcha (teh hijau)
- 1 cawan susu badam (almond milk)
- 1/2 cawan ais ketul
- 3 titis cecair stevia untuk rasa kemanisan
- 1/2 cawan bebola ‘pearl’
Cara penyediaan:
- Kisarkan empat bahan pertama dalam pengisar sehingga menjadi halus. Bagi mendapatkan tekstur bebola ‘pearl’ yang sempurna, rebusnya selama 3 minit. Anda boleh membelinya di pasaraya sekiranya anda tidak mahu menyediakannya dahulu.
- Pastikan air sebanyak ½ cawan dikacau dengan 3 titisan cecair stevia.
- Tapis bebola ‘pearl’ dan masukkan ke dalam cawan dan tuang campuran yang telah dikisar sekali.
Bubble Tea Klasik
Resipi ini juga tidak terlalu manis jika dibandingkan dengan resipi air bubble tea yang biasa. Ia juga menggunakan jus buah dan teh hitam yang lebih berkhasiat dan kurang kandungan kalori. Jus buah dikatakan boleh membantu menjaga sistem imun kita manakala teh hitam pula bertindak sebagai antioksidan yang membantu menghalang kerosakan pada DNA kita. Mari ketahui bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan resipi air bubble tea sihat ini.
Bahan-bahan:
- 2 uncang teh hitam
- 1 cawan air panas
- 3 titis pemanis Stevia
- Ais ketul
- 1/2 cawan krim, santan atau susu mengikut piliha
- 1/2 cawan jus buah ikut pilihan (mangga, aprikot, raspberi atau mana-mana yang mempunyai rasa yang kuat)
- 3-4 sudu bebola ‘pearl’
Cara penyediaan:
- Rebus uncang teh dalam air panas. Perah uncang tersebut dan keluarkan ia daripada cawan yang anda guna. Kemudian, kacaukan bersama 3 pemanis Stevia.
- Isikan gelas dengan ais dan tuang campuran panas itu tadi.
- Campurkan dengan jus sekiranya anda suka.
- Tambahkan 3-4 sudu bebola ‘pearl’.
Bubble Tea Gula Perang
Resipi ini menggunakan gula perang berbanding gula biasa. Bahan-bahannya juga adalah sama seperti resepi minuman bubble tea yang lain. Gula perang dikatakan mempunyai kalori yang agak tinggi, jadi pastikan anda memasaknya hingga ia menjadi seperti karamel bagi mengurangkan kalori itu.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan gula perang
- 1-2 cawan air
- 1/2 cawan bebola ‘pearl’
- Susu segar
- 1 uncang teh pilihan
Cara penyediaan:
- Rebus ‘pearl’ selama 10 minit dan biarkan ia sejuk.
- Panaskan 1/2 cawan air hingga mendidih, tutup api dan masukkan gula perang dan kacaunya hingga melekit.
- Rendam 1 uncang teh pilihan dan biarkan ia suam sekitar 15 minit.
- Tapis ‘pearl’ dan masukkan ke dalam cawan.
- Tuang beberapa sudu gula perang agar ia tidak terlalu manis dan gaulkan mereka.
Bubble Tea Strawberi Mangga
Gunakan buah-buahan sebagai gantian kepada manisan seperti gula atau madu untuk minuman lebih sihat. Memandangkan buah strawberi dan mangga yang dicampurkan sekali itu sudah manis, pemanis lain tidak diperlukan. Anda juga boleh mengguna buah-buahan lain sebagai pengganti buah strawberi dan mangga tetapi pastikan kuantitinya tidak terlalu banyak.
Bahan-bahan:
- 2 cawan susu
- 1 cawan buah strawberi
- 1 cawan buah mangga yang dipotong
- 1/2 cawan bebola ‘pearl’
Cara penyediaan:
- Kisarkan susu, strawberi dan mangga bersama.
- Sekiranya anda menggunakan buah yang segar, tambahkan ais ketul jika anda suka.
- Rebus ‘pearl’ selama 5 minit dan biarkan ia sejuk.
- Masukkan ‘pearl’ ke dalam cawan yang berisi campuran buah dan susu itu tadi.
- Kacau dengan sebati dan hidangan anda sudah sedia.
Berikut adalah contoh bahan-bahan yang anda boleh gunakan.
Chatramue Thai Green Tea Mix Halal 200g
RM 9.80
Teh susu hijau ChaTraMue ditanam secara eksklusif & menuai dari kawasan pergunungan yang sejuk di Thailand. Teh mengeluarkan aroma yang elegan bersama rasa manis dan rasa yang menyenangkan. Teh disajikan dengan susu yang boleh dinikmati sama ada panas atau sejuk. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat minuman jenis baru dan menu lazat lain seperti roti dan ais krim.
D’care Stevia Sweetener 10ml
RM 23.00
Stevia boleh digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setitis D’Care Stevia Sweetener adalah sama dengan kira-kira dua sudu teh gula. Kepelbagaian penggunaan Stevia Extra Sweetener adalah dalam kopi / teh/ minuman buah-buahan dan lain-lain, industri pembuatan makanan diet sihat dan industri pembuatan kek/kuih. Cara menggunakannya ialah tambahkan 1-2 titis ke dalam minuman anda. Setitis Stevia adalah sama dengan kira-kira dua sudu teh gula.
Lipton Uncang Teko Teh Adunan Antarabangsa Teh Hitam (80 Uncang)
RM 8.50
Hanya pucuk-pucuk daun teh yang berkualiti tinggi dipilih untuk adunan teh antarabangsa dalam Uncang Teko Teh Lipton. Setiap teko teh menawarkan hirupan yang segar, keenakan rasa aroma istimewa yang menawan selera. Dengan teknologi Penapis T-Max, hasil rendaman teh lebih sempurna dengan kepekatan yang hebat. Warna perang keemasan, lain daripada teh biasa. Uncang Teko Teh Lipton, senang disediakan dan pilihan tepat untuk rasa teh hebat. Ia juga sesuai bagi Teh-O dan Teh Tarik.
Gula Perang Radiant (500g)
RM 22.23
Gula Perang ini diekstrak dari getah atau bunga tanaman kelapa dan disejat menjadi gula kelapa. la tidak mempunyai kalori dan mempunyai mineral seperti Besi. Zink. Kalsium dan Kalium. Bersama dengan beberapa asid lemak rantai pendek. polifenol dan antioksidan yang juga dapat memberikan beberapa manfaat kesihatan. Mengandungi serat yang disebut inulin yang dapat memperlambat penyerapan glukosa dan menjelaskan mengapa gula kelapa mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada gula biasa. Pengganti gula tebu yang ideal. Rasa manisnya menjadikan gula perang ini sebagai pengganti gula yang sesuai dalam resipi untuk makanan yang dipanggang, bijirin, kopi, teh dan untuk pemanis minuman lain
SUMBER
https://blogs.webmd.com/food-fitness/20190329/is-bubble-tea-bad-for-you
https://www.healthline.com/health/food-nutrition/nutritional-value-of-boba
https://www.treehugger.com/how-to-make-healthy-homemade-bubble-tea-4868303