Now Reading
5 Cara Untuk Minum Air Dengan Secukupnya

5 Cara Untuk Minum Air Dengan Secukupnya

minum air mencukupi

Ianya adalah pengetahuan umum yang air merangkumi lebih 60 peratus daripada keseluruhan badan kita dan ia juga merupakan bahan kedua terpenting yang diperlukan oleh tubuh manusia selain oksigen. Tahukah anda bahawa orang dewasa perlu minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter yang bersamaan dengan lebih kurang 8 gelas .

Bagi kanak-kanak pula, kuantiti air yang diperlukan adalah berbeza mengikut umur, berat badan dan aktiviti yang mereka selalu lakukan kerana bagi kanak-kanak yang aktif bersukan, mereka memerlukan lebih banyak air berbanding kanak-kanak lain. Jadi, adakah anda minum air dengan secukupnya setiap hari? Mari ketahui 5 cara untuk minum air dengan secukupnya agar proses-proses yang berjalan dalam badan anda dapat bekerja dengan sebaiknya.

Tetapkan matlamat anda setiap hari

Setiap orang akan mempunyai matlamat yang berbeza bagi perkara ini dan itu bergantung pada keperluan air yang diperlukan oleh badan anda. Jumlah pengambilan air berbeza berdasarkan faktor umur dan jantina. Selain itu, sekiranya anda perlu membuat aktiviti seperti berjoging, mendaki atau sebagainya, pengambilan air anda haruslah lebih kerana cecair dalam badan anda akan mudah hilang melalui pengeluaran peluh. Untuk mengelakkan berlakunya dihidrasi, lebihkan pengambilan air untuk mengelakkan masalah itu berlaku.

Beli atau dapatkan satu botol air yang khas untuk diri anda sahaja

Apabila anda mempunyai botol sendiri, ia akan membantu anda rasa lebih seronok untuk minum air kerana anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Pastikan anda mengisi botol itu dengan air kosong sebelum pergi ke sekolah ataupun ke tempat kerja. Letakkan botol tersebut di tempat yang berdekatan dan senang dilihat oleh anda agar anda boleh sentiasa mencapainya dengan mudah semasa dahaga. Tandakan pada botol itu juga agar anda tahu berapa banyak yang anda sudah minum serta berapa banyak lagi yang perlu diminum.

Makan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi

Sekiranya anda bukan jenis yang suka minum air, gantikan makanan harian anda dengan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti sayur-sayuran serta buah-buahan. Anda juga boleh makan makanan yang berasaskan sup seperti sup ayam, tomyam dan sebagainya. Sayur-sayuran seperti timun, brokoli serta buah-buahan seperti tembikai, oren dan tomato merupakan antara makanan yang tinggi dalam kandungan air. Anda tidak perlu mengubah diet anda 100 peratus, cuma lebihkan pengambilan makanan sebegini kerana mereka bukan sahaja dapat menggantikan pengambilan air seperti biasa malahan mampu memberi kesan positif kepada tahap kesihatan anda juga.

Guna aplikasi untuk mengetahui kadar pengambilan air anda

Pada zaman yang serba canggih ini, banyak aplikasi yang sedia ada boleh membantu ada untuk ‘track’ kadar pengambilan air anda setiap hari. Aplikasi percuma seperti Waterlogged (iOS) dan Water Drink Reminder (Android) boleh membantu anda untuk mengawasi dan menganalisis pengambilan air anda. Jadi, anda tidak perlulah runsing sekiranya anda lupa untuk minum air pada waktu tertentu kerana aplikasi-aplikasi itu sedia membantu.

Pilih alternatif lain sekiranya anda tidak menyukai rasa air kosong

Ada segelintir individu yang tidak menyukai rasa air kosong kerana ia terasa terlalu ‘bland’ atau kosong. Jadi, anda bolehlah cuba untuk mengambil air lain seperti teh kosong ataupun jus yang dibeli atau dibuat sendiri. Memandangkan minuman sebegini mempunyai lebih perisa dan mempunyai warna yang lebih menarik berbanding air kosong, pastinya anda akan lebih terdorong untuk minum dengan lebih banyak. Pastikan minuman itu tidak mengandungi kadar gula yang tinggi supaya tidak mendatangkan masalah pada kesihatan anda.

Memandangkan terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kita minum air dengan secukupnya, tiada alasan yang boleh diberi sekiranya ada individu yang mengatakan bahawa dia tidak dapat minum air dengan secukupnya setiap hari. Kita juga yang akan mendapat manfaat sekiranya pengambilan air kita mencukupi jadi tidak rugi sekiranya kita mula ubah rutin kita sekarang.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/how-to-drink-more-water

https://www.cookinglight.com/healthy-living/easy-ways-drink-more-water

https://www.womenshealthmag.com/health/g19996713/drink-more-water-0/

https://www.healthymummy.com/5-ways-increase-water-intake

error: Content is protected !!