Doa untuk anak memang tidak lekang dari mulut ibubapa. Anak merupakan salah satu amanah terbesar yang Allah percayakan kepada kita. Kita bukan sahaja perlu memberikan mereka dengan keperluan harian seperti makanan dan tempat tinggal, mendoakan kebaikan anak-anak juga adalah salah satu tanggungjawab ibubapa.
Nabi Muhammad SAW juga banyak memperingatkan kita untuk sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga kita melalui hadis-hadis.
Namun, sekuat apa pun kita menjaga kebajikan anak-anak, segalanya bergantung kepada Yang Maha Berkuasa untuk merealisasikan harapan kita terhadap anak-anak. Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa doa yang boleh kita panjatkan untuk memohon kesejahteraan anak-anak.
Doa untuk anak tidak tinggal solat
Solat fardhu termasuk dalam lima rukun islam, ini bermaksud ia wajib ditunaikan. Jadi, ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak solat bermula dari mereka kecil lagi. Ajarkan kepada mereka tentang pentingnya solat.
Di samping itu, kita boleh amalkan doa ini agar kita dan anak-anak tekun dalam menunaikan solat.
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbij-’alni muqimas-solati wa min zurriyyati, Rabbana wa taqabbal du’aa.
Maksud doa ialah “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” – Surah Ibrahim, 14:40
Doa untuk kesihatan anak
Nabi Muhammad membaca doa ini ketika melawat orang sakit. Anda boleh bacakan doa ini untuk anak yang sakit.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ ، أَذْهِبِ البَأْسَ ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahuma Rabban-nas, azhibil-ba’sa, isyfi wa anta asy-syafi, la syifa’a illa syifa-uka, syifa-an laa yughadiru saqama.
Maksud doa ialah “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkan penyakitnya. Sembuhkanlah dia sebagaimana Engkau yang menyembuhkan. Tidak ada penawar melainkan milikmu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit” – Sahih Al-Bukhari
Doa agar anak jadi soleh dan bersyukur
ibu bapa boleh amalkan doa ini untuk anak kita menjadi soleh dan sentiasa bersyukur.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alayya wa’ alaa waalidayya wa an satumala solihan tardhahu wa aslih lii fii zurriyyati inni tubtu ilaika wa inni minal-muslimin.
Maksud doa ialah “Tuhanku, izinkanlah aku mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ke atas kedua orang tuaku dan mengerjakan kebenaran yang akan Engkau perkenankan dan buatlah yang benar untukku keturunanku. Sesungguhnya, aku telah bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya, aku adalah orang Islam” – Surah Al-Ahqaf, 46:15
Doa untuk kejayaan anak
Nabi Ibrahim dan Nabi Zakariyya membaca dua doa ini untuk mendapatkan anak yang soleh. Anak yang soleh adalah suatu kejayaan kerana Nabi Muhammad berkata manusia yang mati hanya amalannya terhenti kecuali yang datang daripada sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh.
Doa itu itu adalah seperti berikut:
رَبِّي هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِنَ
Rabbi habli minassolihin
Doa ini bermaksud “Tuhanku, kurniakanlah aku anak dari kalangan orang-orang soleh” – Surah As-Saffat 37:100
رَبّي هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَة إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Rabbi habli milladunka zurriyatan toyyibatan innaka sami ud-dua ‘
Doa ini bermaksud “Tuhanku, kurniakanlah aku dari keturunan-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau adalah pendengar permohonan” – Surah Ali-Imran 3:38
Doa untuk anak yang degil dan keras kepala
Allah itu Maha Lembut, ibu bapa boleh amalkan doa ini untuk melembutkan hati anak-anak yang degil atau keras kepala.
Berkat rahmat kelembutan-Nya, anak anda akan lembut hati.
ٱللَّهُلَطِيفٌۢبِعِبَادِهِۦيَرْزُقُمَنيَشَآءُۖوَهُوَٱلْقَوِىُّٱلْعَزِيزِ
“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”
Doa ini bermaksud “Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” – Surah As-Syuura Ayat 19
Akhir kata, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Pohonlah doa kepada Allah agar dia merahmati kita untuk mendidik anak kita menjadi orang yang berguna. Allah itu Maha Baik dan Maha Mendengar doa-doa kita.
SUMBER: