Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko penyakit jantung atau strok, atau jika anda mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari.
Kita biasa terbaca mengenai amalan yang boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung atau kardiovaskular ini. Tetapi, dengan mengubah cara hidup dan pengambilan ubatan ianya dapat mengurangkan risiko ini.
Malahan, jika anda pernah mendapat serangan ini juga tahu bahawa kebarangkalian untuk mendapat serangan semula adalah tinggi.
Berikut merupakan faktor-faktor risiko penyakit jantung dan bagaimana untuk mengurangkan setiap faktor risiko tersebut:
1. Kolesterol tinggi penyebab penyakit jantung
– Apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol tinggi?
Kolesterol adalah bahan berlemak yang terdapat di dalam darah. Jika terdapat banyak kolesterol “jahat”, ia akan meningkatkan risiko anda untuk dijangkiti penyakit kardiovaskular ini. Ia juga akan mengakibatkan kewujudan ateroma didalam dinding arteri sekaligus mengurangkan aliran darah ke jantung dan bahagian lain tubuh anda. Jika ateroma ini pecah, ia akan membentuk darah beku lalu menyekat bekalan darah ke jantung (mengakibatkan penyakit jantung) dan otak (strok).
Kolesterol dikenal pasti dengan melihat kadar kolesterol HDL (baik) dan kolesterol bukan-HDL (tidak baik). Kolesterol bukan-HDL adalah sepatutnya rendah dari 4 mmol/L (milimols per liter darah) dan jumlah kolesterol adalah tidak melebihi 5 mmol/L.
– Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kolesterol?
- Kurangkan pengambilan lemak tepu (mentega, keju, susi penuh krim, daging)
- Menggantikan lemak tepu dengan lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari, minyak ikan serta minyak kekacang
- Mengubah cara hidup yang lebih aktif dan mengamalkan pemakanan sihat
- Mengambil ubatan (statin) yang boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Jika anda menghidap penyakit kardiovaskular, pengambilan statin akan bantu mengurangkan risiko serangan akan datang walaupun dalam keadaan kolesterol anda rendah.
2. Berat dan ukuran pinggang
– Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan?
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (dan juga diabetes jenis-2). Salah satu cara untuk mengenalpasti sama ada terlebih berat badan atau obes adalah dengan mengetahui jumlah BMI anda. Biasanya, BMI 25 dan ke atas bermaksud berat anda berlebihan manakala BMI 30 dan ke atas dikategorikan sebagai obes.
– Adakah bentuk badan itu penting?
BMI bukan sahaja membuat perkiraan risiko. Jika berat badan anda berlebihan di kawasan tengah badan, ia boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan strok. Kesihatan anda dikira berada dalam risiko tinggi jika anda adalah lelaki dengan ukuran pinggang 94cm (37inci) dan wanita 80cm (32inci).
– Adakah etnik asal merubah risiko berkaitan dengan berat dan ukuran pinggang?
Ya. Sesetengah kumpulan etnik termasuk Asia Selatan, Afrika-Caribbea, orang Afrika, Cina dan Timur Tengah berisiko dalam menghadapi masalah kesihatan pada kadar BMI yang rendah berbanding masyarakat kulit putih.
Masyarakat dari Asia Selatan dan Cina digalakkan untuk mempunyai BMI di bawah 23 untuk mengurangkan risiko mereka menghidap diabetes jenis 2. Kaum lelaki dari Asia Selatan, Cina, kulit hitam Afrika dan Afrika-Caribbean pula berdepan dengan masalah diabetes yang teruk jika ukur lilit pinggang melebihi 90 cm (351/2 inci). Bagi kaum lelaki Eropah yang berkulit putih, ukur lilit pinggang 102cm (40inci) bermakna mereka dalam golongan yang berisiko.
Kaum wanita dari etnik minoriti pula berdepan dengan risiko yang sama jika ukur lilit pinggang mereka melebihi 80cm (31 ½ inci). Ukur lilit wanita Eropah berkulit putih melebihi 88cm (35inci) pula menyebabkan mereka mudah berisiko mengidap kencing manis.
– Bagaimana ukuran pinggang boleh mempengaruhi risiko?
Menurut kajian kohort (yang dieksperimen ke atas sejumlah besar orang ramai) pakar lebih memahami betapa berat badan dan bentuk tubuh boleh mempengaruhi risiko penyakit. Pengkaji mengambil kira kepada kesan obesiti dan cara hidup tidak aktif serta cara untuk mengurangkan kesan negatif tersebut.
– Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko?
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau ukuran pinggang yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko, mengurangkan berat badan sangat membantu. Buat perubahan secara perlahan-lahan untuk tempoh yang lama, misalnya mengurangkan bahagian makanan yang diambil dan aktif membuat senaman.
Sudah mencuba untuk membuat perubahan pada berat badan anda? Dapatkan nasihat daripada pakar bagi mendapatkan langkah mengurangkan berat untuk tempoh yang lama.
3. Diabetes Jenis 2
– Apakah itu kencing manis?
Lebih daripada 2.5 juta orang di Malaysia telah didiagnosis dengan kencing manis, tetapi anggaran 600,000 daripada jumlah tersebut tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit itu. Diabetes adalah suatu keadaan di mana jumlah glukosa dalam badan terlalu tinggi. Ia membuatkan anda berisiko tinggi mendapatkan penyakit kardiovaskular, ini kerana sebahagian besar paras glukosa yang tinggi boleh menjejaskan saluran darah.
– Apa yang boleh dilakukan pada penyakit kencing manis yang dihidapi?
Jika anda menghidap kencing manis, adalah sangat penting untuk mengawal glukos dalam darah, tekanan darah dan kolesterol. Amalkan pemakanan diet yang sihat, kekal aktif dan kawal berat badan membantu menguruskan menguruskan glukos dalam darah, tekanan darah dan kolesterol dan mengurangkan risiko mendapat penyakit koronari.
4. Apakah itu tekanan darah tinggi?
Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding arteri sewaktu aliran darah dalam keseluruhan badan. Tekanan darah tinggi (hipertansi) bermakna tekanan darah adalah sama atau lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan (140/90mmHg). Ia banyak dihidapi oleh kira-kira 30 peratus golongan dewasa. Semakin meningkat usia, semakin anda berdepan dengan risiko menghidap tekanan darah tinggi.
– Bagaimana mengetahui anda menghidap tekanan darah tinggi?
Tekanan darah tinggi bukannya satu penyakit yang boleh dikesan begitu sahaja, tetapi ia boleh merosakkan arteri, yang boleh meningkatkan risiko anda terkena penyakit dan strok. Dalam jangka masa panjang, jika anda tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan, jantung anda boleh berubah menjadi besar dan degup jantung menjadi kurang bermaya, seterusnya menyebabkan penyakit jantung serta kegagalan pada fungsi jantung.
Jika anda pernah didiagnosis dengan penyakit koronari, maka anda patut tahu yang anda perlu membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
– Bagaimana untuk mengurangkan tekanan darah?
Jika adan didiagnosis dengan tekanan darah tinggi, amat penting untuk anda:
- Mempunyai berat badan yang sihat
- Mengurangkan garam dan alkohol
- Aktif fisikal
- Mengambil ubat yang disarankan
5. Merokok menaikkan risiko mendapat penyakit jantung
Jika anda merokok, sebaiknya berhenti daripada merokok kerana ianya adalah langkah yang wajar diambil untuk melindungi anda dari penyakit jantung. Perokok mempunyai kebarangkalian lebih dua kali untuk terkena penyakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok.
Bahan kimia dalam asap rokok merosakkan arteri, memberi tekanan pada jantung untuk melakukan fungsinya dalam badan and dan membuatkan darah cepat beku (ini menggalakkan risiko serangan jantung dan strok). Risiko untuk penyakit yang tidak sihat akan berkurangan sebaik anda berhenti merokok, jadi masih belum terlambat untuk berhenti merokok mulai dari sekarang.
SUMBER
https://www.cdc.gov/heartdisease/risk_factors.htm
https://www.webmd.com/heart-disease/risk-factors-for-heart-disease#1
https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/understand-your-risks-to-prevent-a-heart-attack