Now Reading
5 Hotel Sungai Petani Untuk Bermalam!

5 Hotel Sungai Petani Untuk Bermalam!

hotel sungai petani

Kali ini kami bawakan 5 buah Hotel Sungai Petani sebagai rujukan jika anda merancang untuk bercuti di bandar terbesar di Kedah ini.

Sungai Petani adalah sebuah bandar yang indah di mana sebahagian besarnya masih mengekalkan alam semula jadinya. Terdapat banyak tempat yang boleh dikunjungi dan tidak jemu di Sungai Petani. Bandar ini juga dipenuhi dengan banyak tempat rekreasi yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Oleh sebab itu, banyak hotel-hotel di Sungai Petani ini telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan penginapan setiap pengunjung yang datang.

Hotel-hotel menarik di Sungai Petani:

Hotel Greencity

Greencity Hotel adalah tempat penginapan yang bertaraf 3 bintang di Sungai Petani. Greencity Hotel menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan menyediakan pelbagai kemudahan penting untuk menceriakan para pelancong yang datang ke hotel.

Semasa menginap di hotel yang mewah ini, para tetamu boleh menikmati Wi-Fi percuma di semua bilik, sarapan percuma dan perkhidmatan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi selama 24 jam untuk memenuhi keperluan tetamu dan memastikan percutian yang sempurna bagi para tetamu.

Greencity Hotel Sungai Petani sentiasa menyediakan pelbagai bilik dengan perabotan moden untuk menjadikan penginapan pengunjung adalah yang paling memuaskan. Greencity Hotel Sungai Petani hanya memerlukan masa 7 minit berjalan kaki dari tol Sungai Petani Selatan dan 3.5 km dari stesen kereta api Sungai Petani. Ia sejauh 42km dari tempat penginapan  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

T+ Hotel Sungai Petani

T+ Hotel Sungai Petani terletak di tengah-tengah Sungai Petani. Ia menyediakan bilik-bilik yang luas dan dilengkapi dengan penghawa dingin dan Wifi percuma di seluruh hotel ini. Bilik-bilik di T+ Hotel adalah berkonsepkan moden dan dihias indah demi kepuasan para tetamu yang menginap.

Demi hiburan dan keselesaan tetamu, mereka boleh menonton televisyen di bilik ataupun mandi menggunkan pancuran air mandi yang moden. Selain itu, tetamu yang datang dengan kenderaan tidak perlu risau kerana tempat letak kenderaan yang selamat sudah disediakan untuk tetamu di lokasi yang berdekatan.

T+ Hotel juga menyediakan surat khabar dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Jadi, anda boleh berurusan dengan pihak hotel ini pada bila-bila masa sahaja anda perlu. Sebagai maklumat tambahan untuk anda mengenai hotel ini,  ia terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Terminal Bas Sg Petani, Taman Jubli Perak dan Pasar Tani. Ia mengambil masa 1 jam menaiki kereta dari hotel ke Gunung Jerai.

Rock Wood Hotel

Rock Wood Hotel juga merupakan salah satu hotel yang menawarkan penginapan di Sungai Petani. Ia terletak dalam jarak 30 km dari Batu Ferringhi. Hotel ini sangat selesa untuk diduduki kerana setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan WiFi percuma.

Jadi anda tidak perlu risau jika cuaca panas ataupun jaringan internet anda tidak stabil selama berada di hotel ini. Ketika waktu lapang, anda boleh berehat menonton televisyen di dalam bilik ataupun duduk berehat di teres bilik. Untuk menyegarkan badan setelah berjalan-jalan di Sungai Petani, anda boleh mandi dengan tenang di bilik mandi peribadi yang disediakan untuk setiap bilik tetamu.

Selain itu, kaunter penerimaan tetamu di hotel  ini sentiasa beroperasi selama 24 jam. Jadi anda boleh berurusan dengan pihak hotel ini pada bila-bila masa sahaja.  Sebagai maklumat tambahan untuk anda, Sungai Petani terletak 3.7 km dari Rock Wood Hotel, George Town pula berjarak 27 km dari hotel, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula berada dalam jarak 42 km.

Park Avenue Hotel Sungai Petani

Park Avenue Hotel Sungai Petani terletak di Taman Sejati, Kedah. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi supaya para tetamu boleh tetap mendapatkan jaringan internet yang pantas setiap masa selama berada di hotel ini.

Selain menginap, para tetamu di hotel ini juga boleh melakukan aktiviti rekreasi di kolam renang yang disediakan bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Jika anda seorang peminat kopi atau teh, anda pasti akan sangat teruja kerana semua bilik yang berhawa dingin di hotel ini dilengkapi dengan bar mini dan alat membuat kopi/teh.

Bukan itu sahaja, hotel ini juga memiliki Piano Lobby untuk sesiapa sahaja yang suka bermain alat muzik tersebut. Sangat menarik bukan? Jadi, anda bolehlah menjadikan hotel ini sebagai salah satu pilihan untuk anda menginap di hotel Sungai Petani.

Big Banana Hotel, Sg Petani

Big Banana Hotel adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Sungai Petani. Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik mandi peribadi demi keselesaan para tetamu yang menginap.

Setiap bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan meja dan tempat duduk supaya tetamu boleh menggunakannya untuk duduk berehat sambil menikmati makanan ataupun menyelesaikan pekerjaan.

Perkhidmatan lain yang ditawarkan di hotel ini adalah setiap tetamu akan disajikan dengan hidangan sarapan pagi Asia setiap pagi. Selain itu, kaunter penerimaan tetamu di hotel ini sentiasa beroperasi selama 24 jam supaya tetamu boleh berurusan dengan pihak hotel ini pada bila-bila masa sahaja.

Maklumat tambahan untuk anda mengenai hotel ini, jarak Batu Ferringhi adalah 57 km dari Big Banana Hotel, Sg Petani dan lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu 57.5 km dari tempat penginapan ini.

Setiap orang pasti menginginkan tempat penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan banyak kemudahan bukan? Jadi anda bolehlah menilai dan melihat sendiri hotel di Sungai Petani yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda seperti yang telah dicadangkan kepada anda. Semoga penginapan anda hotel Sungai Petani akan menjadi penginapan yang terbaik dan memuaskan untuk anda.

Sumber:

https://www.propertyguru.com.my/kedah/sungai-petani

http://greencityhotel.com.my/

error: Content is protected !!