Now Reading
5 Idea Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Anak

5 Idea Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Anak

selamat hari lahir

Mengimbas kembali ke hari anak anda dilahirkan, ketika mereka pertama kali memasuki dunia. Ia sangat mengagumkan apabila anda memikirkan sejauh mana mereka telah sampai kehari ini. Hari lahir adalah hari untuk meraikan mereka dengan semua yang telah mereka lakukan dan capai selama ini. Jadi, untuk meraikan hari istimewa ini, berikan ucapan selamat hari lahir kepada mereka !

Untuk hari istimewa ini, kita berhenti sejenak dan mengingatkan diri untuk menghargai diri mereka. Apabila seseorang sangat penting bagi anda, seperti anak lelaki atau anak perempuan, agak sukar untuk mendapatkan kata-kata yang tepat pada hari yang penting.

Mari kami kongsikan 5 ucapan selamat hari lahir untuk anak anda!

“hidup ibu berupah sejak pertama kali kamu dilahirkan. ibu sentiasa bersyukur awak hadir kedalam hidup ibu. selamat hari jadi sayang !”

“selamat ulang tahun anakku ! semoga akan terus sihat sejahtera dan sentiasa menjadi zuriat yang terbaik untuk ibu dan ayah”

“anakku sayang, kamu adalah pelengkap hidup ibu dan ayah. semoga diberi umur yang panjang dan sihat sentiasa serta mampu membahagiakan ayah dan ibu”

“selamat ulang tahun anakku ! doa ibu dan ayah sentiasa mengiringimu disetiap langkahmu.”

“selamat hari jadi anakku. terima kasih kerana menjadi permata ibu dan ayah. dikaulah permata yang paling berharga untuk kami dunia akhirat”

Nota Kaki: Anda boleh menukar perkataan ibu menjadi nama panggilan anda sebagai ibu bapa contohnya mama/ayah/abah dan sebagainya manakala anda menjadi nama panggilan anak anda.

Apa yang perlu ditulis kepada anak anda pada hari lahir?

Tulis sesuatu yang menggembirakan, memberi inspirasi, atau sesuatu yang bijak untuk anak anda. Setiap ulang tahun yang dirai adalah peluang bagi ibu bapa untuk mengingati hari istimewa anak mereka dilahirkan.

Mencari kata-kata yang tepat mungkin agak sukar. Kadang-kadang lebih mudah untuk menulis sesuatu kepada kenalan daripada orang yang rapat dengan keluarga. Cuba memberitahu mereka bahawa anda berasa bangga apabila mereka mula melonjak dewasa.

Semoga bermanfaat!

SUMBER

https://www.huffpost.com/entry/35-birthday-wishes-for-daughters-and-sons-birthday_b_59f64bb0e4b06ae9067ab9b7

https://www.wishesalbum.com/birthday-wishes-for-kids

https://www.wishesmessagessayings.com/birthday-messages-to-son-or-daughter.html

error: Content is protected !!