Now Reading
5 Jenis Produk Kurus, Perbezaan Fungsinya serta Cara Menggunakannya

5 Jenis Produk Kurus, Perbezaan Fungsinya serta Cara Menggunakannya

produk kurus

Terdapat pelbagai produk kurus berbeza yang boleh didapati dan dibeli. Ini termasuklah pelbagai jenis pil, ubat dan suplemen semula jadi. Pengeluar produk kurus menyatakan bahawa produk mereka boleh membantu anda menurunkan berat badan atau sekurang-kurangnya membantu memudahkan anda menurunkan berat badan dengan beberapa kaedah lain.

Ia dilihat berfungsi dengan satu atau lebih mekanisma:

  • Mengurangkan selera, membuatkan anda rasa kenyang jadi anda akan mengurangkan pengambilan kalori
  • Mengurangkan penyerapan nutrien seperti lemak, membuatkan anda mengambil kalori yang sedikit
  • Meningkatkan pembakaran lemak, menyebabkan anda membakar lebih banyak kalori

Ini merupakan senarai produk kurus, perbezaan fungsinya dan cara menggunakannya:

1. Fat Burner (Pembakar Lemak)

Fat Burner adalah mana-mana suplemen diet atau bahan berkaitan yang dikatakan boleh membakar lebihan lemak pada badan anda. Sesetengah fat burner ini berlaku dengan semula jadi. Ia termasuklah kafein dan yohimbine.

– Cara menggunakannya

Masa terbaik untuk mengambil fat burner adalah ketika anda bangun pagi, 30 minit sebelum sarapan. Ini kerana metabolisme badan anda rendah ketika ingin tidur.

Dengan mengambil fat burner sebagai makanan pertama pada waktu pagi, ia menjadi pemangkin hari anda, membolehkan anda melakukan senaman yang lebih sukar.

Selepas anda mengambil fat burner pagi anda, tiba masanya untuk bersenam. Ia akan meningkatkan kesan pembakaran lemak.

Tetapi kebanyakannya tidak efektif dengan baik atau berbahaya dengan teruk. Badan anda secara semula jadi boleh membakar lemak dengan diet dan senaman. Menggunakan suplemen tambahan boleh menganggu metabolisme dan kesihatan anda.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan cara diet dan senaman. Cara paling efektif untuk lakukannya dengan melakukan pengurangan kalori atau mengambil sedikit kalori daripada perlu membakarnya dengan cara bersenam. Anda juga boleh mengambil fat burner semulajadi seperti kafein dan ekstrak teh hijau.

Seterusnya, berikut adalah satu contoh produk pembakar lemak.

N8 Thermo Burn Fat Burner Powder (400g)

RM 124.90

N8 Thermoburn adalah produk termogenik yang membakar lemak pada tahap sel. Ia selamat, dibuat dari bahan semula jadi dan berkesan. Kejayaan produk ini adalah melalui gabungan bahan semula jadi yang harmoni yang berfungsi secara sinergis untuk meningkatkan metabolisme badan dan penggunaan lemak semasa termogenesis. Thermogenesis adalah istilah untuk meningkatkan pengeluaran haba di dalam badan iaitu proses paling mudah meningkatkan haba adalah melalui proses membakar kalori dari lemak.

2. Fat Blocker (Penghalang Lemak)

Fat burner menyatakan bahawa ia boleh membantu membakar lemak anda, tetapi fat blocker membantu menghalang anda daripada menyimpan lemak sejak awalnya.

Fat blocker melakukannya dengan cara memperlahankan pelepasan gula daripada karbohidrat di dalam diet anda dan dengan itu menghalang kenaikan tahap glukosa mendahului tindak balas insulin.

Fat blocker menyasarkan untuk membantu anda memperlahankan penyerapan dan pencernaan karbohidrat meskipun pada akan datang. Lebih tepat lagi, fat blocker mengandungi bahan seperti ekstrak kacang buah pinggang yang dikatakan menghalang tindakan lipase – enzim yang mencernakan karbohidrat.

Seterusnya, berikut adalah satu contoh produk penghalang lemak.

– Cara menggunakannya

Jika anda ingin menghilangkan jumlah berat tertentu jadi anda perlu mengambil fat blocker dengan setiap makanan yang mengandungi lemak tepu.

Namun begitu, lebih baik anda melakukan cara biasa iaitu mengurangkan pengambilan kalori, mengelakkan makanan rapu dan perbanyakkan senaman! Anda juga boleh mengambil fat burner semulajadi seperti probiotik, makanan tinggi protein dan buah-buahan.

Nutratech Orlistol – Carb and Fat Blocker

RM 250.00

Rumusan pil diet proprietari Orlistol adalah satu-satunya suplemen penurunan berat badan yang tersedia yang menghalang penyerapan karbohidrat dan lemak, yang membolehkannya melewati badan sebelum dapat dipecah dan disimpan untuk tenaga (sebagai lemak) yang mengakibatkan penurunan berat badan yang cepat untuk wanita dan lelaki. Semasa berdiet, Orlistol juga bertindak sebagai penekan selera makan yang kuat, menjadikan anda makan lebih sedikit sambil menyekat karbohidrat dan lemak yang anda makan, bertindak sebagai bantuan penurunan berat badan dengan ganda tindakan yang sangat kuat. Orlistol dapat membantu anda kehilangan 1 paun tambahan untuk setiap dua paun yang anda hilangkan melalui diet sahaja, dengan menyekat karbohidrat dan lemak daripada disimpan.

3. Pengganti Makanan (Meal Replacement)

Sebenarnya mengambil shake sebagai pengganti makanan adalah tidak cukup. Cara terbaik untuk menikmati shake sebagai pengganti makanan adalah dengan mengambilnya dengan snek sihat dan menjadikannya hidangan lengkap. Dengan cara ini, anda memberi tubuh anda semua nutrien yang diperlukan untuk anda bergerak sepanjang hari anda.

– Cara menggunakannya

Berdasarkan Wendy Brazilian, penulis The SuperfoodsRx Diet, anda perlu menyasarkan pengambilan kira-kira 325 hingga 400 kalori. Ia meliputi 15 – 25 g protein, 5 g serat dan 10 – 13 g lemak tidak tepu yang sihat. Kalau tidak, anda mungkin kelaparan sebelum waktu makan seterusnya.

Seterusnya, berikut adalah satu contoh produk pengganti makanan.

KITSUI Meal Replacement

RM 33.99

Diformulasikan dari beras perang, susu skim, gandum, kacang soya untuk meningkatkan metabolisme badan dan memberikan rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari dengan 15 pcs x 30gm. Sebagai pengganti makan tengah hari atau makan malam. Ia dapat membantu dengan kenyang dan membantu membakar lemak berlebihan. Menghalang atau melambatkan penyerapan karbohidrat dan lemak dalam sistem pencernaan. Tinggi protein dan serat. Kurang kalori dan gula. Ringkas, cepat, dan mesra diet. Dapat membantu mengawal berat badan berlebihan

4. Serbuk Protein (Protein Powder)

Suplemen protein adalah antara produk kurus paling popular di dunia. Ramai menggunakannya untuk pelbagai sebab, termasuklah untuk membina badan, menurunkan berat badan atau untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Memandangkan terlalu banyak pilihan yang ada, ia mungkin sukar untuk menentukan yang mana satu memberikan hasil yang optimum. Serbuk protein adalah sumber protein pekat daripada haiwan atau tumbuhan, seperti tenusu, telur, beras dan kacang pea.

Terdapat 3 bentuk umum:

  • Konstentrasi protein
  • Protein terasing
  • Protein hidrolisat

Hidrolisat menaikkan tahap insulin lebih daripada bentuk lain sekurang-kurangnya dalam protein whey. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan otot diikuti dengan senaman.

– Cara menggunakannya

Untuk mengambil serbuk protein, dengan mudah campurkannya dengan air atau cecair pilihan anda yang lain. Terdapat banyak jenama suplemen yang menjual shake protein yang sedia diminum.

Seterusnya, berikut adalah satu contoh produk serbuk protein yang boleh anda cuba.

Heal Berry Berries Whey Protein Shake Powder 15 Servings Pack

RM 84.90

Temui rasa terbaru kami yang ditambahkan ke dalam barisan protein shake kami. Ketahui jus segar beri asli yang sarat dengan antioksidan, yang juga mempunyai kombinasi dengan susu. Heal Nutrition adalah minuman kesihatan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi tanpa bahan aktif. Oleh itu, tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan diperlukan. Produk ini diperakui HALAL. Dimaniskan secara semula jadi menggunakan stevia. sesuai untuk Vegetarian. Penuh dengan anti oksidan. Bebas Gluten dan Bebas Soya.

5. Appetite Suppressant (Penekan Selera Makan)

Appetite suppressant adalah ubat atau produk kurus yang dicipta untuk mengawal rasa lapar dan membantu menurunkan berat badan anda. FDA telah meluluskan ubat ini dan hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor:

Liraglutide (Saxenda). Anda mengambilnya sebagai suntikan. Ubat ini menyebabkan kelaparan hilang dengan bertindak pada hormon yang menyebabkan rasa lapar.

Naltrexone (Contrave). Ia mengandungi 2 ubat dan akan mempengaruhi sistem ganjaran pada otak anda yang membuatkan anda tidak rasa seronok untuk makan sesuatu yang anda suka. Ia juga bertindak pada hipotalamus, bahagian pada otak anda yang melaraskan selera, suhu dan fungsi lain.

Phentermine (Qsymia). Kombinasi 2 ubat. Phentermine adalah perangsang yang membuatkan anda kurang lapar. Topiramate adalah ubat untuk sawan dan pening kepala, tetapi sebagai kombinasi dengan phentermine membuatkan anda rasa kurang lapar dan kenyang.

– Cara menggunakannya

Kajian menunjukkan ubat turun berat badan, termasuklah appetite suppressant berfungsi dengan baik apabila anda melakukan perubahan sihat pada cara makan dan tabiat senaman pada masa yang sama.

Penekan selera makan semulajadi

Individu yang mengikuti kaedah ini terbukti menekan selera mereka dan mengelakkan pengambilan berlebihan:

1. Makan lebih banyak protein dan lemak sihat

2. Minum air sebelum makan

3. Makan makanan tinggi serat

4. Bersenam sebelum makan

5. Minum teh Yerba Mate

6. Bertukar kepada coklat gelap

7. Makan halia

8. Makan makanan rendah kalori dengan banyak

9. Kurangkan stres

10. Berfikir sebelum makan

Kebaikan Produk Kurus

Merangsang diet

Produk kurus boleh memberi kebaikan kepada sesetengah individu yang tidak dapat menurunkan berat badan dengan senaman dan diet. Namun begitu, ia hanya disarankan pada individu dengan indeks jisim badan lebih daripada 30.

Mengambil suplemen di bawah pantauan doktor boleh membantu anda turun berat badan dan memberi anda peluang untuk mengubah tingkah laku dan diet yang diperlukan untuk penurunan berat badan jangka masa panjang yang berjaya.

Efektif

Kebanyakan produk kurus mendapat kelulusan FDA and ia menunjukkan hasil dalam tempoh yang pendek dibandingkan dengan senaman dan diet.

Membantu meningkatkan kesihatan

Penurunan berat badan seseorang membantu menurunkan tahap gula dalam darah, tekanan darah, meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan menurunkan tahap kolesterol.

Keburukan Produk Kurus

Kesan sampingan yang berbahaya

Kesan sampingan boleh berlaku dengan bentuk kesakitan fizikal seperti sakit perut yang teruk, cirit birit atau penambahan berat badan yang melampau apabila seseorang berhenti mengambil suplemen tersebut.

Jika anda dipreskripsikan suplemen kurus, anda perlu bertanya pada doktor anda tentang kesan berbahaya suplemen atau mencari kesan sampingan suplemen secara dalam talian sebelum mula menggunakannya.

– Produk kurus boleh mengganggu metabolisme semulajadi anda

Produk kurus berfungsi untuk mengawal selera seseorang dengan membuatkan anda kurang pengambilan kalori. Pada mulanya, ini solusi yang bagus untuk turun berat badan namun begitu, penurunan pengambilan kalori yang melampau boleh memperlahankan metabolisme anda.

Jika kadar metabolisme menurun, berat yang akan susut juga akan menjadi perlahan. Kemudian ia jadi sukar untuk anda menurunkan berat badan meskipun anda terus mengambil suplemen tersebut.

Seseorang perlulah berhati-hati tentang bagaimana produk kurus mempengaruhi kesihatan anda sebelum menggunakannya. Gaya hidup berubah dengan perubahan diet, senaman yang kerap dan pemeriksaan kesihatan yang kerap adalah kaedah menurunkan berat badan yang lebih sihat.

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/12-weight-loss-pills-reviewed

https://www.healthline.com/nutrition/best-time-to-take-protein#section3

https://www.healthline.com/nutrition/12-fat-burning-foods

https://www.healthline.com/nutrition/5-natural-fat-burners#section1

https://www.healthline.com/health/do-fat-burners-work#how-to-lose-fat-safely

https://www.weightlossfatloss.us/howto_fatblocker.asp

https://www.happyway.com.au/blogs/news/how-do-fat-burners-work

https://www.prevention.com/food-nutrition/a20491264/7-best-meal-replacements

https://www.healthguidance.org/entry/17709/1/what-is-a-fat-blocker.html

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320625#natural-ways-to-suppress-appetite

https://www.alzokar.org/pros-and-cons-of-losing-weight-with-supplements/

error: Content is protected !!