Now Reading
5 Kelebihan Membaca Surah Ar Rahman Dalam Kehidupan

5 Kelebihan Membaca Surah Ar Rahman Dalam Kehidupan

Surah Ar Rahman

Surah Ar Rahman adalah salah satu surah Al-Quran yang indah. Ia merupakan surah yang ke-55 dan terdiri daripada 78 ayat. Yang paling penting, ia juga sering dibaca bagi mencari ikhtiar untuk keberkatan, penyelesaian masalah, dan pengampunan serta sangat bermanfaat untuk pedoman kehidupan duniawi dan akhirat.

Kelebihan Surah Ar-Rahman

Surah ini merupakan antara surah al-Quran yang hebat di mana ia mampu membantu kita mencari jalan keluar untuk semua penyakit dan kesukaran dalam rutin kehidupan kita.

Imam Ja’far as-Sadiq mengatakan bahawa pembacaan surah yang terdiri dari 78 ayat ini pada hari Jumaat setelah solat subuh membawa pahala yang besar.

Selain itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Abdullah Ibn Mas’ud (Radi Allahu Anhu) melaporkan bahawa Nabi (Sallallahu Alayhi Wasallam) berkata, ‘Segala sesuatu memiliki perhiasan, dan perhiasan Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.”

Kepentingan Rohani

Surah ini menyucikan hati daripada kemunafikan.

Sekiranya Surah ar-Rahman dibacakan pada siang hari, malaikat menyimpan ceritanya hingga terbenam matahari dan jika anda bacakan pada waktu malam, Allah SWT akan mengirimkan malaikat untuk berada di sebelah anda sehingga anda bangun.

Meletakkan hiasan surah di dinding rumah insyaaAllah mampu mengelakkan pelbagai masalah rumah tangga jika turut diamalkan bacaannya. Selain itu, Imam Ja’far as-Sadiq (a.s.) mengatakan bahawa seseorang yang membaca Surah ar-Rahman dan meninggal dunia dianggap sebagai syahid.

Ada pendapat juga mengatakan surah Ar-Rahman akan datang kepada kita sebagai makhluk yang tampan pada hari penghakiman.

Melalui amalan bacaan surah Ar-Rahman seseorang itu mampu memperoleh pelbagai jenis faedah, antaranya meninggal dunia dalam status syahid dan keampunan Allah, maka baca dan amalkanlah ia pada setiap hari.

Menyedarkan Manusia Akan Sifat Lupa

Ayat “fabiayyi ala irobbikuma tukadziban” diulang dalam surah ini untuk memebritahu bahawa pelupanya manusia.

Manusia terkadang lupa akan nikmat kurniaan Allah seperti kurniaan rezeki yang melimpah ruah, namun kita lupa dengan berfikir bahawa segala rezeki itu datang daripada titik peluh kita semata-mata. Oleh itu, surah ini dapat menyedarkan kita untuk kembali mengingati Allah s.w.t.

Pencarian Jodoh

Pembacaan surah ini juga boleh diamalkan untuk tujuan mencari jodoh dengan lebih cepat atau mencari jodoh yang lebih baik. Surah ini terkandung nama-nama indah Allah iaitu ar-Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Maksud Pengasih dalam surah ini juga bermaksud cinta kasih.

Oleh itu, tidak hairan lah jika surah Ar-Rahman ini dijadikan sebagai doa untuk mencari jodoh dengan cepat.

Menenangkan Hati Yang Cemas

Adalah termasuk dalam norma kehidupan manusia sekiranya berasa cemas atau gelisah disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti permasalahan yang dihadapi. Kadang-kadang perasaan gelisah itu hadir tanpa anda sendiri tahu akan punca kegelisahan tersebut.

Oleh itu, bacalah surah ini. Kasih sayang Allah yang tidak terbatas akan menenangkan hati anda yang cemas dan gelisah.

Menambah Ilmu Pengetahuan

Terdapat banyak ilmu yang diturunkan di dalam al-Quran termasuklah sifat-sifat Allah. Dengan mengamalkan surah Ar-Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih baik.

Melalui surah ini juga, kita dapat mengetahui bahawa ciptaan Allah tidak terhad kepada sesuatu yang tampak sahaja. Contohnya, wujud kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusia. Haiwan-haiwan juga tidak terkecuali dalam beribadah kepada Allah. Wallahu’alam!

SUMBER

https://alquranrecite.com/2020/06/17/significance-of-surah-al-rahman

https://www.thevocket.com/istiqamah-baca-alquran-setiap-hari/

error: Content is protected !!