Now Reading
5 Kesan Buruk Bersenam Melampau

5 Kesan Buruk Bersenam Melampau

bersenam melampau

Pada hari ini, semakin ramai orang dilihat gemar bersenam bagi mengekalkan tubuh yang sihat. Akan tetapi, ada kesan buruk bersenam melampau.

Setelah itu, anda sudah boleh melakukan senaman dengan intensiti yang tinggi sedikit seperti berbasikal mahupun bersukan seperti main futsal, bola sepak dan badminton. Senaman harus dilakukan secara berperingkat agar otot pada badan anda tidak terkejut secara serta merta yang boleh mendatangkan kecederaan pada anda.

Namun begitu, ramai yang bersenam secara melampau tanpa mereka sedari. Rutin senaman itu seperti sudah sebati dalam diri menyebabkan mereka susah untuk berhenti dan mengurangkan intensiti senaman yang dilakukan.

Adakah anda tahu bahawa sekiranya kita bersenam melampau, ia adalah tidak baik bagi minda dan badan kita? Jadi, teruskan membaca bagi mengetahui ‘5 kesan buruk sekiranya anda bersenam melampau’.

Kesan Buruk Bersenam Melampau

Boleh menyebabkan masalah pada gigi

Kebiasaannya pasti ramai yang menyangka bahawa individu yang kuat bersenam pasti tiada masalah kesihatan apatah lagi ada masalah dengan gigi mereka. Namun, sebuah kajian yang telah dibuat mendapati bahawa risiko bagi mereka yang kuat bersenam melampau untuk mendapatkan masalah gigi adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak atau kurang bersenam.

Pakar pergigian di Jerman percaya bahawa perubahan fisiologi yang berlaku semasa individu melakukan aktiviti senaman secara berlebihan mampu menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi mereka. Ini boleh terjadi sekiranya terdapat perubahan pada komposisi air liur mereka secara mendadak. Justeru itu, adalah dinasihatkan bagi mereka yang suka bersenam melampau untuk melebihkan pengambilan air agar mulut dan tekak anda sentiasa basah.

Rutin senaman bertukar menjadi ketagihan yang salah

bersenam melampau

Keasyikan bersenam boleh menyebabkan ianya menjadi suatu ketagihan, sejurus mampu meletakkan anda dalam risiko untuk mendapat gangguan dalam rutin pemakanan anda. Walaupun senaman yang berlebihan tidaklah dikatakan menjadi punca utama sekiranya anda mengalami keadaan yang disebut ‘eating disorder’, namun ia boleh mendorong ke arah itu.

Masalah ini lebih banyak berlaku pada golongan wanita kerana mereka akan terus bersenam setelah makan kerana takut berat badan akan naik. Ini adalah situasi yang tidak baik kerana badan kita masih memerlukan kandungan baik yang ada dalam badan tersebut untuk berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan yang kurang atau tidak teratur hanya akan memburukkan keadaan kerana kita boleh jatuh sakit walaupun sering bersenam.

Boleh menyebabkan kecederaan yang serius

Mereka yang bersenam melampau dan melebihi had yang boleh diterima badan, berisiko untuk mendapatkan penyakit iaitu Rhabdomyolosis. Pasti ramai yang tidak pernah mendengar tentang penyakit ini, jadi mari kita baca dengan lebih lanjut. Rhabdomyolosis merupakan penyakit yang berlaku apabila tisu otot kita terkoyak ataupun rosak.

Kebiasaannya, individu yang terlalu kuat bersenam lagi mudah mendapatkan kecederaan sebegini. Apabila serat otot kita rosak, ia boleh mendorong kepada terjadinya degupan jantung yang tidak teratur. Selain itu, penyakit ini juga boleh membuatkan individu mengalami serangan jantung serta berpotensi untuk mengganggu proses-proses yang ada pada hati dan otak kita secara tiba-tiba.

Mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi

Sebuah kajian yang dibuat telah mendapati bahawa mereka yang bersenam melampau mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bersenam. Namun begitu, bagi mereka yang bersenam pada kadar yang optimum, itu adalah lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam langsung.

Masalah ini selalunya berlaku pada individu yang suka membuat larian pada kelajuan yang tinggi lebih tiga kali seminggu kerana badan mereka berasa terlampau penat dan dipaksa untuk melakukan kerja yang lebih tanpa rehat yang cukup.

Meningkatkan tahap stress dan perubahan hormon

Meningkatkan tahap stress dan perubahan hormon

Melakukan senaman tanpa kawalan atau bersenam melampau boleh meningkatkan risiko berlakunya stress dan perubahan hormon pada individu tersebut. Tahap kortisol iaitu hormon stres lebih cenderung untuk meningkat berbanding dengan mereka yang bersenam secara sederhana.

Selain itu, penurunan dalam pengeluaran hormon testosteron juga boleh menyebabkan kesudahan yang negatif kepada lelaki dan wanita. Anda akan berasa cepat tertekan dan mudah letih sekiranya senaman yang anda lakukan itu dilihat tidak memberikan kesan positif pada badan anda. Justeru itu, anda akan membuat senaman lagi dan lagi dengan pemikiran yang salah. Keadaan sebegini juga boleh menyebabkan penurunan sistem ketahanan badan yang seterusnya mendorong anda untuk mudah dijangkiti penyakit.

Tuntasnya, melakukan senaman itu adalah keperluan bagi setiap individu namun harus ada had yang ditetapkan. Walaupun ia memberikan banyak kebaikan kepada kita, namun sekiranya senaman-senaman tersebut dilakukan secara berlebihan, ia boleh juga mendatangkan kesan yang negatif seperti yang dibincangkan di atas. Oleh itu, bersenamlah dengan betul bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif.

SUMBER

https://www.healthline.com/health-news/why-too-much-exercise-can-be-bad-042514

https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000807.htm

https://www.huffingtonpost.com.au/2017/08/06/how-much-exercise-is-too-much_a_23064102

https://edition.cnn.com/2019/09/26/health/exercise-impulse-control-burnout-wellness/index.html

error: Content is protected !!