Now Reading
5 Koleksi Resepi Periuk Magik Noxxa

5 Koleksi Resepi Periuk Magik Noxxa

noxxa

Di Malaysia, Periuk Noxxa sememangnya dikagumi sehingga ia dipanggil periuk ajaib ataupun periuk magik. Jika memasak nasi, periuk nasi biasa kebiasaannya akan meninggalkan kesan kerak nasi, tetapi jika menggunakan periuk magic Noxxa kesan kerak pada nasi tidak akan tertinggal.

Pelbagai hidangan juga boleh dimasak menggunakan satu periuk Noxxa seperti steamboat, pulut kukus berlauk, roti jala, ayam paprik, apam balik, dan sebagainya.

Disebabkan periuk Noxxa dapat memasak pelbagai jenis juadah, jadi kami akan kongsikan lima resepi yang anda boleh cuba masak menggunakan periuk Noxxa anda. Lihat resepi-resepinya di bawah.

RESEPI 1 – AYAM PANGGANG NOXXA

Bahan-bahan utama:

  • 1 ekor ayam – dibersihkan
  • 1 biji buah lemon
  • 2 sudu mentega

Bahan-bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • Sedikit herba campuran
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit oregano
  • 2 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan madu
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit lada putih
  • 3 sudu gula perang
  • Garam secukupnya
  • Sedikit mentega

Cara-cara penyediaan:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar. Kemudian, perahkan lemon. 
  2. Perap ayam selama 3 jam.
  3. Sapukan mentega pada bahagian dalam periuk Noxxa.
  4. Hidupkan periuk dan pilih stir fry. Setkan masa selama 4 minit.
  5. Balutkan ayam yang telah diperap dengan kertas aluminium dan masukkan ke dalam periuk.
  6. Pilih high pressure dan panggang selama 30 minit.
  7. Setelah 30 minit, sapukan minyak pada ayam atau boleh juga sapukan lebihan perapan ayam tadi supaya ayam tidak kering.
  8. Pilih high pressure dan setkan selama 1 jam.
  9. Selepas 1 jam, keluarkan ayam dan ia sedia untuk dinikmati.

RESEPI 2 – UDANG MASAK LEMAK KACANG BUNCIS NOXXA

Bahan-bahan:

  • 15 ekordang
  • 1 paket kacang buncis – dipotong serong
  • 1 mangkuk santan
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 biji bawang merah
  • 15 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan udang.
  2. Kisar bawang merah dan cili api bersama serbuk kunyit.
  3. Masukkan ke dalam periuk Noxxa dan masukkan serai yang sudah diketuk.
  4. Pilih stir fry. Masukkan udang yang sudah dibersihkan dan juga kacang buncis.
  5. Tutup periuk dan tekan high pressure, setkan pada 2 minit.
  6. Selepas 2 minit, lepaskan wap di dalam periuk dan tekan stir fry. Kemudian, masukkan santan dan juga garam.
  7. Keluarkan selepas 2 minit dan hidangkan kepada keluarga anda.

RESEPI 3 – KAMBING BAKAR NOXXA

Bahan-bahan:

  • 6 potong isi daging kambing
  • 6 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar madu 
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak zaitun
  • Garam secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan dahulu daging kambing.
  2. Perapkan daging kambing dengan mencampurkan semua bahan-bahan diatas.
  3. Selepas diperap selama beberapa jam, masukkan daging kambing ke dalam periuk Noxxa.
  4. Setkan periuk pada pressure dan tekan high pressure.
  5. Setkan masa selama 7 minit.
  6. Selepas 7 minit, lepaskan tekanan pada pemegang periuk Noxxa.
  7. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI 4 – AGAR-AGAR PANDAN NOXXA

Bahan-bahan:

  • 30gram agar-agar
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air pandan – hasil blend daun pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan santan – campur santan pekat dan santan cair
  • 1 biji telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan agar-agar, gula, air dan air pandan ke dalam Noxxa.
  2. Tutup dan tekan high pressure. Setkan untuk 6 minit.
  3. Selepas 6 minit, buka penutup periuk, kacau sedikit dan masukkan pewarna hijau.
  4. Dalam bekas yang lain, pukul telur hingga sebati. Masukkan telur yang dipukul ke dalam bekas yang berisi santan dan gaulkan.
  5. Masukkan santan yang telah dicampur dengan telur ke dalam Noxxa. Untuk mengelakkan telur menjadi masak, semasa anda tuang campuran itu ke dalam periuk, kacau dengan cepat.
  6. Tekan stir fry dan tekan on.
  7. Tunggu sehingga mendidih kuat sedikit dan matikan periuk Noxxa anda.
  8. Angkat periuk bahagian dalam Noxxa. Sendukkan isinya perlahan-lahan masukkan ke dalam loyang yang telah dibilas dengan air.
  9. Sejukkan di luar sebentar dan masukkan ke dalam peti bahagian bawah.
  10. Setelah beberapa jam dan agar-agar telah menjadi keras, keluarkan dan ia sedia untuk dinikmati.

RESEPI 5 – SINGGANG TULANG NOXXA STYLE KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging tulang rusuk lembu
  •  7 biji bawang merah – dicincang
  •  4 ulas bawang putih – dicincang
  •  1.5 inci lengkuas – dihiris
  •  1.5 inci halia – dihiris
  •  1 sudu besar biji ketumba – disangai dan dihancurkan
  •  4 keping asam gelugur
  •  5 biji cili kering – dibasuh bersih
  •  Air secukupnya
  •  Garam secukupnya
  •  1 inci belacan – sebesar ibu jari tangan

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan daging dengan betul.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan tekan high pressure. Setkan untuk 40 minit.
  3. Selepas periuk berbunyi, matikan suis dan biarkan injap turun sendiri.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan.

Periuk Noxxa sememangnya pelbagai guna kerana pelbagai jenis hidangan dapat dimasak menggunakan satu periuk. Periuk ini dapat membantu menjimatkan masa memasak dan sangat mudah digunakan. Gas memasak pun dapat dijimatkan kerana periuk ini hanya perlu menggunakan elektrik. Oleh itu, anda di rumah bolehlah memasak menggunakan periuk Noxxa dengan menjadikan resepi-resepi yang dikongsikan sebagai rujukan. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.wanisukarno.com/2019/06/20-resepi-periuk-noxxa-yang-sangat-mudah-cepat-dan-jimat-masa-untuk-tahun-2019-ini.html

https://www.wanisukarno.com/2019/06/20-resepi-periuk-noxxa-yang-sangat-mudah-cepat-dan-jimat-masa-untuk-tahun-2019-ini.html

error: Content is protected !!