Apa itu bundle? Bundle adalah pakaian terpakai. Kebanyakan bundle diimport dari negara luar macam UK, US, Korea, Jepun dan lain lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. JBR Bundle merupakan salah satu pembekal pakaian bundle.
JBR Bundle sangat terkenal dalam kalangan penggemar bundle. Sejak beroperasi pada 2007, perniagaan yang kini mempunyai 16 cawangan termasuk di Sabah itu diusahakan bersama rakan kongsinya. Itu antara hasil keberanian dan kreativiti pemilik JBR Bundle, Abdul Jabbar Bachtiar dalam mengukuh dan mengembangkan legasi perniagaannya.
Terbaru, JBR Bundle membuka satu ruangan khas yang menjual pelbagai barangan keluaran Jepun selain pakaian seperti permainan kanak-kanak, perkakas rumah, peralatan muzik dan basikal di cawangan terbarunya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
KENAPA BUNDLE LEBIH BAIK DARI YANG BARU ATAU COPY ‘ORI’
Mari kita lihat 3 sebab kenapa barang atau pakaian dari bundle adalah lebih baik daripada yang baru ataupun yang copy ori.
1. Jenama original
Semestinya barangan di kedai bundle adalah yang berjenama dan original.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan barangan ini datangnya dari Jepun, Korea, Indonesia dan Malaysia sendiri.
Untuk melihat keaslian pakaian tersebut, anda boleh melihat tag di bahagian leher dan sisi tepi bagi baju dan sweater, melihat tag di bahagian dalam untuk seluar termasuklah jeans dan track pant dan melihat tag serta cop jenama di bahagian dalam kasut.
Selalunya tag ini akan disulam dengan info dan jenama pakaian tersebut dan bukanlah hanya menunjukkan saiz semata-mata seperti yang terdapat pada barangan copy ori atau yang palsu.
Jika tiada langsung tag seperti senarai di atas (kecuali tertanggal dan terkoyak), maka ianya juga bukanlah original.
2. Berkualiti
Disebabkan barang bundle ini adalah original maka kualitinya juga adalah terbaik dengan pemilihan fabrik serta tambahan aksesori yang menarik. Ada perbezaannya antara barang bundle dengan barang copy ori.
Anda juga pasti lebih selesa memakai pakaian yang original dan berkualiti kan berbanding beli yang copy ori? Ini kerana barang bundle yang original sudah terbukti akan kualitinya yang baik.
Jadi, lebih baik anda beli pakaian yang bundle asalkan kualitinya terjamin.
3. Tahan lama
Ya. Disebabkan juga pakaian-pakaian bundle adalah original dan berkualiti, maka ianya juga tahan lama. Jika anda perasan di tag pakaian, ada baju yang dikeluarkan pada tahun awal 20an. Dan ada juga usia baju yang sedah mencecah usia lebih 2 dekad. Itu belum lagi jika melihat pada seluar jeans.
Tahun 70 dan 80an pun ada dan masih dalam kondisi terbaik. Ini kerana kebanyakan baju berjenama yang original ini menggunakan material terbaik dan tekstur yang unik dengan tujuan supaya ianya mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak atau reput.
Namun kadangkala, bagi kasut pula ianya tidaklah boleh dikategorikan sebagai tahan lama kerana ianya mempunyai tahap ‘wear and tear’ yang tinggi. Kalau sekadar untuk dipakai bersiar-siar sudah pasti tahan lebih lama.
5 LOKASI JBR BUNDLE YANG BOLEH ANDA KUNJUNGI
Disebabkan JBR Bundle adalah salah satu pembekal bundle yang terbesar di negara ini, mereka telah membuka banyak cawangan untuk para peminat bundle di luar sana mendapatkan koleksi pakaian mereka dengan harga yang berpatutan.
Mari kita lihat pula lokasi-lokasi JBR Bundle yang anda boleh kunjungi di sekitar negeri Selangor
1. JBR Bundle Bandar Sri Damansara
Alamat: 40, Jalan, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu beroperasi: sehingga 11.59 malam
2. JBR Bundle Shah Alam
Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu beroperasi: sehingga 12 malam
Nombor telefon: 03-3191 5676
3. JBR Bundle Hulu Langat
Alamat: Taman Kemacahaya, 43200 Cheras, Selangor
Waktu beroperasi: sehingga 11.59 malam
Nombor telefon:03-3191 5676
4. JBR Bundle Balakong
Alamat: 43200 Cheras, Selangor
Waktu beroperasi: sehingga 11.59 malam
Nombor telefon: 013-629 5755
5. JBR Bundle Kanchong Barat
Alamat: Jalan Sultan Alam Shah, Kanchong Darat,, 42700 Banting, Selangor
Waktu beroperasi: sehingga 12 malam
Nombor telefon: 013-629 5755
Nah. Inilah 3 sebabnya kenapa anda perlu membeli pakaian dan barangan bundle. Memang berbaloi dan menjimatkan jika anda rajin ‘selam’ kedai-kedai bundle yang berdekatan. Jangan lupa juga kunjungi lokasi-lokasi JBR Bundle yang kami kongsikan ya!
Sumber:
http://saljuieyana.blogspot.com/2020/01/jbr-bundle-damansara.html
https://www.fitrihadi.com/2020/01/5-sebab-beli-barang-bundle-lebih-baik.html