Now Reading
5 Makanan Sihat Sebagai Sarapan Anda

5 Makanan Sihat Sebagai Sarapan Anda

makanan sarapan sihat

Mengambil makanan sihat sebagai sarapan mampu memberikan kesan positif bagi kesihatan anda. Banyak resepi di luar sana yang boleh membantu anda mendapatkan khasiat yang cukup sejak awal pagi. Ikuti senarai di bawah bagi mengetahui 5 makanan sihat yang anda boleh ambil pada waktu sarapan.

Telur rebus

Mengambil telur rebus pada waktu pagi sebagai sarapan dikatakan boleh membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan dan ia juga merupakan makanan sihat. Ia juga boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama berbanding makanan lain serterusnya membantu mengurangkan jumlah makanan yang diambil dalam sehari kerana anda akan selalu rasa kenyang. Ambillah telur sekurang-kurangnya 2 biji bagi mendapatkan khasiatnya.

Telur rebus boleh disediakan dengan mudah mengikut cara di bawah:

1. Rebus telur tersebut dalam periuk berisi air dan pastikan kedudukan telur tidak terlalu rapat antara satu sama lain.

2. Tempoh merebus telur boleh dibuat mengikut kesesuaian anda, iaitu:

• Lebih kurang 6 minit – telur separuh masak dan bahagian telur kuningnya masih lembik

• Lebih kurang 10 minit – bahagian kuning telurnya lembut dan berlemak

• Lebih kurang 13 minit – telur rebus masak sepenuhnya

 

Lempeng yang berkhasiat

Lempeng adalah satu makanan sihat yang mudah disediakan kerana menggunakan bahan yang selalunya ada di dapur kita. Pengambilan lempeng di waktu pagi sebagai sarapan membolehkan kita mendapatkan sumber protein yang cukup. Kita juga tidak perlu berbelanja banyak bagi menyediakan bahan masakan lempeng kerana ianya menggunakan bahan asas dengan cara penyediaan yang berikut:

Campur 1 sudu serbuk protein, putih telur, cawan pisang hancur, sedikit garam serta oat (jika anda suka) bersama dan masak pada kuali yang tidak melekit. 

Hiaskan lempeng anda dengan buah-buahan seperti ‘blueberry’ atau ‘strawberry’ agar ia kelihatan lebih menarik. Seterusnya, anda boleh cuba oat dibawah untuk ditambah ke lempeng anda.

Dasto Granola Crunchy Oatmeal 350g

RM 15.00

Kombinasi oat, badam, kismis, mangga kering, biji labu dan sedikit kelapa kering memberi rasa yg sungguh lazat. Ianya tinggi fiber, kalsium, zat besi dan rendah kalori. Menggunakan sirap nipah sebagai pemanis , ianya rendah dalam indeks glycemik, lambat diserap ke dalam darah. Sesuai untuk pesakit diabetes dan mereka yg menjaga berat badan. Oat ini adalah tanpa pengawet, perisa tiruan, pewarna tambahan, lemak trans dan kolestrol.

 

Sandwich telur bersama sayur-sayuran

Hidangan ini boleh dibuat menggunakan roti ‘bagel’ atau roti ‘wholewheat’ (gandum) bagi memberikan khasiat terbaik buat anda. Sandwich telur ini amat menyihatkan kerana terdapat khasiat seperti protein, karbohidrat, zat besi dan banyak lagi dalam satu hidangan sahaja. Anda boleh menyediakannya seperti ini:

Sediakan telur yang direbus atau dimasak tanpa minyak mengikut kesukaan anda serta sayur-sayuran bersesuaian seperti tomato, salad atau bayam.

Mula membina sandwich anda seperti biasa dan letakkan potongan buah avokado sekiranya anda mahu dan taburkan sedikit lada hitam sebagai perasa. Seterusnya, berikut adalah contoh roti gandum yang anda boleh gunakan.

Massimo Whole Wheat Loaf 420g

RM 4.40

Roti Massimo adalah roti berkelas dan berkualiti tinggi yang menggabungkan tradisi masyarakat Itali dalam membakar roti dengan teknik moden untuk memastikan ia sentiasa mengekalkan kesegaran dan rasa aslinya. Massimo 100% Wheat Whaf Loaf dipanggang sepenuhnya dari 100% tepung gandum dan mengandungi semua kebaikan semula jadi dari biji-bijian gandum. Dengan keyakinan 100%, Massimo memastikan tidak ada yang hilang semasa proses penggilingan gandum dan menaikkan roti. Inilah cara Massimo mengekalkan kebaikan nutrien gandum sepenuhnya dalam Massimo 100% Wheat Whaf Loaf.

Salad yang menyihatkan

Mereka yang ingin mengurangkan kandungan karbohidrat dalam diet harian bolehlah cuba untuk mengambilnya pada waktu pagi sebagai sarapan. Mengambil salad bukan sahaja menyihatkan tubuh badan kita malah ia juga boleh mencegah sembelit, meningkatkan kesihatan jantung serta menjaga kesihatan mata kita. Ia adalah diet yang mudah disediakan dan menyihatkan dan resepinya juga boleh diubah mengikut kesukaan anda. Cara penyediaan salad sebagai makanan sihat ini adalah dengan:

Menggunakan beberapa jenis daun bagi memberikan tekstur yang unik dan rasa ‘crunchy’.

Perasakan dengan ‘italian seasoning’, lada hitam serta sedikit minyak zaitun.

Tambahkan potongan ayam bakar, buah-buahan, kentang atau sayur-sayuran seperti lobak dan tomato dalam kadar yang sedikit.

Seterusnya, berikut adalah contoh italian seasoning dan minyak zaitun yang anda boleh gunakan.

Simply Natural Organic Italian Seasoning 80gm

RM 14.60

Perasa itali ini dibuat menggunakan 100% bahan organik. Campuran herba dan rempah-rempah yang seimbang dan  dipilih secara berhati-hati untuk kesempurnaan. Menjadi kegemaran anda untuk menambah kelazatan hidangan pasta, perasa daging, dan rias salad buatan sendiri. Rasa semula jadinya adalah tanpa bahan kimia atau bahan tambahan.

Bestolio 100% Extra Virgin Olive Oil

RM 19.20

Alhatoglu Olive Oil Factory telah aktif dalam Industri Makanan Turki sejak tahun 1998. Kilang ini mempunyai kawasan seluas 10.000 m2 dengan kawasan pembuatan seluas 1.500 m2 dan terletak di Akhisar, Manisa, Turki. Mereka adalah pengeluar dan pengeksport minyak zaitun terkemuka di Turki. Mereka memberikan perkhidmatan kepada sektor minyak zaitun dan pelanggan dengan unit penghancuran, penyimpanan, dan pembungkusan yang tersendiri. Alhatoglu membuat pengeluaran mereka di bawah piawaian COI (Minyak Zaitun Antarabangsa) dan mempunyai sijil antarabangsa ISO, HACCP, STAR-K Kosher, HALAL, USDA Organic dan BRC Global Standard Mencapai Gred A.

 

Tortilla Wrap

Bukan sahaja menyihatkan, malah ia juga boleh menggantikan menu nasi yang selalu anda ambil pada waktu sarapan. ‘Wrap’ yang sihat ini senang dibuat dan boleh juga dijadikan salah satu menu semasa berkelah bersama keluarga. Menu ini sesuai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan kerana tidak mempunyai kandungan kalori yang tinggi berbanding makanan lain. Berikut merupakan resipe dalam menyediakan ‘wrap’ yang sihat ini.

Gunakan ‘wrap’ jenis ‘wholewheat’ sebagai asasnya. Sediakan bahan lain seperti sayur-sayuran mengikut kesukaan anda. Bungkus keseluruhan bahan itu bersama ‘wrap’ tersebut menjadi bentuk seperti silinder.

Tambahkan ayam atau tuna bagi menyedapkan lagi ‘wrap’ itu. Anda juga boleh meletakkan sedikit mayonis atau sos lada hitam bagi menambahkan rasa.

Seterusnya, berikut adalah contoh wholewheat wrap yang anda boleh gunakan.

Old El Paso Regular Soft Whole Wheat Tortilla Wraps

RM 25.00

Jadikan hidangan lazat anda dengan Old El Paso Tortilla dan Stuff ‘N’ Stuff wrap. Sangat mudah digulung dan enak rasanya. Tortilla Whole Wheat telah menjadi asas dalam masakan Mexico selama beberapa generasi. Tortilla Old El Paso diilhamkan dari jalan-jalan Mexico yang meriah, terbuat dari bebola doh segar dan dibakar hingga lembut menggunakan oven. Tortilla Whole Wheat Old El Paso mempunyai rasa tersendiri yang enak.

Jadi, adakah anda telah mendapat idea menyediakan menu sarapan yang sihat buat hari-hari seterusnya? Cubalah mengambil makanan sebegini bagi mendapatkan kesihatan yang lebih baik serta mampu membuatkan anda kenyang pada masa yang sama.

SUMBER

https://www.webmd.com/food-recipes/features/healthy-breakfast-ideas-and-recipes#1

https://www.healthline.com/nutrition/12-best-foods-to-eat-in-morning

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/food-and-nutrition/art-20048294

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326288

error: Content is protected !!