Now Reading
5 Menu Berpantang Untuk Ibu Baru!

5 Menu Berpantang Untuk Ibu Baru!

menu berpantang

Menu berpantang untuk ibu baru adalah sangat penting, makanan yang si ibu makan akan memberi kesan kepada anda dan bayi anda. Ia membantu badan anda pulih dan memberi tenaga yang si ibu perlukan untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Ketahui keperluan pemakanan anda supaya anda dapat kekal sihat semasa membesarkan bayi.

Berapa Banyak Yang Perlu Ibu Berpantang Makan?

Selang beberapa bulan selepas bersalin, kebanyakan ibu baru memerlukan antara 1800 hingga 2200 kalori setiap hari.

Mari kita cuba resepi lima menu berpantang yang mudah untuk disediakan di rumah.

RESEPI 1 – SALAD AYAM DENGAN EPAL DAN DELIMA

Salad ayam ini berfungsi untuk makan tengah hari atau makan malam dan boleh dihidangkan dengan roti gandum sebagai sandwich atau di atas sayur salad, tomato, dan timun.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ayam – direbus dan dicincang
  • 1 biji epal saiz kecil – dihiris dan dicincang
  • 1/4 cawan buah delima
  • 2 – 3 sudu besar yogurt
  • 1/4 bawang merah – dicincang
  • 1 sudu besar pasli segar – dicincang
  • 1 – 2 sudu teh cuka epal / secukup rasa
  • Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan sebuah mangkuk, masukkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
  2. Hidangkan di atas sayur salad atau di atas roti gandum.

RESEPI 2 – IKAN SIAKAP KUKUS HALIA

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakan – disiang dan dibersihkan
  • 6 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 inci halia – dihiris
  • 2-3 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3-4 biji cili api – diketuk
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Hirisan daun sup – sebagai hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan pengukus, isikan dengan air dan didihkan pada api sederhana.
  2. Lumurkan garam kunyit secukupnya pada badan ikan. Kemudian, letakkan ikan ke dalam bekas yang tahan panas atau tahan haba.
  3. Taburkan bawang dan halia yang sudah siap dihiris ke atas ikan.
  4. Masukkan bekas tahan panas yang berisi ikan tadi ke dalam pengukus, tutup pengukus dan kukuskan ikan separuh masak.
  5. Kemudian, buka penutup pengukus dan masukkan sos ikan, air sedikit, cili padi serta jus limau nipis. Tutup semula pengukus dan kukus hingga betul-betul masak.
  6. Setelah ikan siap dikukus, taburkan pula daun sup ke atas ikan. Biarkan ia mereneh sebentar.
  7. Keluarkan ikan, tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

RESEPI 3 – UBI KELEDEK DAN TEH HALIA

Bahan-bahan:

  • 2 keledek bersaiz besar – dicuci, dikupas dan dicincang
  • 45g halia
  • Segenggam kurma merah
  • 1 cawan longan kering
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 5 cawan air

Cara-cara penyediaan:

  1. Ini adalah hidangan satu periuk. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, dan biarkan mendidih selama 30 hingga 40 minit, atau hingga ubi keledek menjadi lembut.
  2. Perasakan dengan gula dan garam.
  3. Siap untuk dihidang.

RESEPI 4 – NASI GORENG HALIA

Bahan-bahan:

  • 200g nasi yang sudah dimasak
  • 2 biji telur – dipukul
  • 80g halia – dicincang
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Garam
  • Sedikit kicap

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak bijan di dalam kuali, dan masukkan halia ke dalamnya
  2. Tumiskan selama 1 minit.
  3. Masukkan telur yang telah dipukul, dan tumis hingga masak.
  4. Masukkan nasi dan gaul hingga nasi sebati dengan bahan-bahan tadi.
  5. Tambahkan sedikit kicap ke dalam nasi dan gaul lagi.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Apabila sudah siap, angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Sedia untuk dinikmati.

RESEPI 5 – SUP LOBAK PUTIH

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – ambil isi sahaja
  • 1 batang lobak putih – dihiris bulat
  • 2-3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2-3 biji bawang merah – dihiris
  • 1/2 inci halia – dihiris
  • 1 paket perencah sup sayur
  • 1 ketul kiub stok ayam
  • 3 cawan air
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan air, isi ayam, dan perncah sup sayur. Biarkan sampai mendidih.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan kiub stok ayam. Perasakan dengan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam. Kacau-kacaukan.
  4. Masukkan lobak putih. Renehkan sehingga lobak putih menjadi lembut.
  5. Tutup api dan hidangkan.

Pemakanan semasa berpantang harus dijaga dengan betul supaya badan si ibu kekal bertenaga dan sihat. Oleh itu, bolehlah cuba lima resepi yang telah dikongsikan ini. Semuanya amat mudah dan cepat untuk disediakan. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.parents.com/recipes/cooking/easy-dinner/quick-meals-for-new-moms

https://www.webmd.com/parenting/baby/nutrition-guide-new-moms#1

https://pemconfinement.com/simple-recipes-for-the-confinement-period/

https://pantangplus.com/menu-berpantang-44-hari/

https://www.marinabashah.com/2020/05/44-koleksi-resepi-menu-makanan.html

error: Content is protected !!