Now Reading
5 Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit Kepada Ibu Bapa

5 Pilihan Susu Untuk Bayi Sembelit Kepada Ibu Bapa

Susu bayi masalah sembelit

Ibu bapa perlu celik masalah pembuangan bayi dan memilih susu untuk bayi sembelit agar bayi anda tidak menghadapi masalah sembelit.

Kebanyakan bayi tidak membuang air besar sekerap orang dewasa. Ia normal bagi mereka untuk tidak membuang air besar berhari-hari.

Namun demikian, ibubapa haruslah peka dengan keadaan bayi bagi memastikan bayi tidak menghadapi masalah sembelit. Ini antara pilihan susu yang bersesuaian untuk mengelakkan sembelit:

1. WILDAN Original

RM45.00

Untuk anak yang mengalami masalah sembelit boleh diberikan susu kambing yang membekalkan nutrien penting untuk pertumbuhan dan kesihatan serta meningkatkan kecerdasan minda bayi.

Malah susu ini membantu menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh bayi daripada sebarang jangkitan penyakit.

Selain itu juga, susu ini juga membantu melancarkan proses penghadaman untuk mengelakkan sembelit.

2. ENFALAC A + Gentlease

RM85.00

Susu ini sesuai untuk bayi dengan perut sensitif, kerana mengandungi kandungan DHA dengan penggunaan teknologi PHP yang membantu bayi mencerna dengan mudah serta mengelakkan sembelit.

Malah DHA memberikan nutrien seimbang dan baik untuk perkembangan otak. Ia juga membantu mengekalkan tahap kesihatan terbaik untuk bayi pada setiap hari.

Dengan menggunakan teknologi PHP (Protein Hydrolyzation Process) membantu mencernakan makanan dengan mudah serta mengurangkan risiko sembelit.

3. NESTLE Lactogrow

RM43.50

Dengan kebaikan probiotik, perut bayi sentiasa selesa kerana tidak mempunyai sebarang gula tambahan mahupun sukrosa.

Lactogrow dengan kandungan DHA yang tinggi bagus untuk perkembangan otak serta memberikan kalsium kepada tulang dan gigi serta 15 vitamin dan mineral.

Ia membantu memberi sokongan untuk pembesaran bayi yang lebih sihat dan kuat.

4. DUMEX Dupro Lactose Free

RM35.00

Susu Dumex Dupro Lactose Free diformulasi khas bagi bayi yang tidak mempunyai daya toleransi terhadap laktosa.

Ia mengandungi 5 zat penting yang diperlukan bayi seperti protein, DHA, vitamin A, karbohidrat serta kalsium yang tinggi.

Ia bertujuan untuk membantu bayi kesayangan anda yang mempunyai masalah sistem pencernaan dan menyebabkan anak sembelit ataupun cirit-birit. 

5. Similac Neosure

RM72.00

Rumusan khas untuk bayi pramatang yang memerlukan pelbagai nutrien untuk perkembangan tumbesaran serta membaikpulih sistem pencernaan. Ia mengandungi vitamin E, lutein serta DHA iaitu khasiat yang sama seperti susu ibu. 25% lemak daripada rantaian trigliseride memudahkan sistem penghadaman untuk penyerapan nutrisi.

error: Content is protected !!