Pixy adalah salah satu jenama yang popular di pasaran dalam mengeluarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan wanita. Terdiri dengan pelbagai jenis pilihan produk sesuai dengan keperluan masing-masing dan citarasa pengguna dari penjagaan wajah sehingga ke alat riasan wajah.
PIXY UV WHITENING TWO WAY CAKE
RM19.90
Formulasi terbaharu Pixy dari bahan terbaik untuk kesan asas yang lebih sempurna khas sesuai untuk kulit wanita Asia.
Ia memberikan kesan khas untuk menutupi segala cela yang ada di kulit tanpa memberikan kesan buruk kepada wajah anda. Selain itu, ia turut memberikan kemasan yang tahan lama walaupun anda bergerak aktif. Ia mengandungi natural whitening powder, vitamin c dan sunscreen serta spf 15 dengan secara tidak langsung ia akan memberikan 2 kali efek pemutihan pada wajah anda.
SILKY GIRL SILKY WHITENING 2-WAY POWDER FOUNDATION
RM10.40
Whitening 2-Way Powder Foundation keluaran silky girl merupakan bedak asas dua dalam satu iaitu ia boleh digunakan sebagai foundation dan dalam masa yang sama juga sebagai bedak asas. Ia dapat memudahkan pengguna untuk menjimatkan masa serta modal pengeluaran.
Ia diformulasikan dengan teknologi kecerahan berganda dengan bahan alami seperti ekstrak cress sprouts swiss garden yang dapat meratakan warna tona kulit anda serta memberikan kesan pemutihan dalam waktu yang lama dengan anti oksidan untuk memudarkan bintik-bintik hitam.
PIXY UV WHITENING BB CREAM
RM19.90
Produk yang mendapat sambutan hangat di pasaran keluaran Pixy iaitu UV Whitening 4 Beauty BB Cream menawarkan hasil solekan yang tahan lama sehingga 12 jam. Kini anda bebas melakukan aktivti harian anda tanpa perlu risau riasan anda luntur.
Ia diformulasikan dengan tekstur yang ringan memberikan anda hasil solekan yang cerah. Ia juga diuji secara klinikal dan bukan komedogenik membuatkan ia bebas dari bahan terlarang serta mengandungi spf 30 dan PA+++
WARDAH LIGHTENING BB CREAM
RM12.42
Inovasi terbaru dari Wardah iaitu A True Multitasker mempunyai sistem kecerahan tiga kali ganda dalam produk ini dapat membuatkan kulit wajah anda lebih cerah.
Ia membantu anda yang mempunyai masalah warna kulit tidak sekata, cela sekali gus menjadikan kulit anda lebih halus dan berseri. Wardah Lightening BB Cream diuji secara klinikal membuatkan ia selamat digunakan untuk pengguna yang mempunyai kulit sensitif.
PIXY MAKE IT GLOW BEAUTY SKIN PRIMER
RM28.90
Jadikan primer sebagai solekan asas anda untuk menutupi binti-bintik hitam, kulit tidak sekata dan kedutan. dengan Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer. Anda dapat menggunakan ia sebagai solekan asas untuk menjadikan hasil solekan anda lebih tahan lama.
Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer juga boleh dijadikan sebagai pelembap kulit segera sebelum memakai bedak asas sekali gus membuatkan riasan anda lebih tahan lama dan cantik. Ia juga mengandungi SPF 35 & PA +++
MAYBELLINE FIT ME LUMINOUS AND SMOOTH PRIMER
RM36.90
Kecapi impian anda mendapat kulit yang halus dan sempurna dengan formulasi khas dari Maybelline Baby Skin Instant Pore Eraser.
Ia dirumus khas menggunakan teknologi Instant Blur yang mempunyai tekstur ringan untuk mengurangkan penampakan pori terbuka untuk hasil solekan yang bertaraf professional dan tahan lama. Ia juga mempunyai bentuk hujung yang sempit untuk memudahkan aplikasi ke wajah dan sesuai untuk digunakan kemana-mana.
PIXY MATTE IN LOVE
RM27.90
Dengan kemasan matte dan mempunyai penutup lid tinggi dan tahan lama, Pixy Matte In Love dapat memberikan anda hasil solekan yang tahan lebih lama tanpa luntur.
Diperkaya dengan agen pelembap dan vitamin E Pixy Matte In Love dapat memberikan anda bibir yang sentiasa cantik dan juga lembap. Pixy Matte mempunyai lapan jenis warna yang sesuai digayakan untuk pelbagai jenis aktiviti harian.
ALHA ALFA MATTE LIPSTICK
RM58.90
Keluaran Alha Alfa dengan inovasi baru yang mempunyai bahan-bahan organik dapat membuatkan solekan anda lebih sempurna.
Alha Alfa Matte Lipstick mengandungi Fish Collegen memberikan anda bibir yang sihat serta dapat merawat masalah bibir hitam dan kering. Ia mempunyai warna yang kekal dan matte tanpa membuatkan ia merekah. Alha Alfa Matte Lipstick memberikan anda pelbagai jenis pilihan warna yang menarik ia 12 jenis warna.
PIXY UV WHITENING 4 BEAUTY BENEFITS CONCEALING BASE
RM19.90
Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits Concealing Base mempunyai dua fungsi iaitu foundation dan juga concealer. Anda tidak perlu mengeluarkan modal lebih kerana anda dapat menggunakan Pixy Concealing sebagai foundation.
Ia mempunyai tekstur yang ringan sekali gus dapat menutupi pori dan bitnik-bintik hitam dengan sempurna tanpa membuatkan solekan anda bercapuk dan membuatkan solekan anda tahan lebih lama sehingga 12 jam. Ia juga mengandungi SPF 35 dan PA+++
O.TWO.O MOISTURIZING LIQUID CONCEALER BASE MAKEUP FACE FOUNDATION
RM3.50
Diperkaya dengan bahan antioksidan membuatkan O.TWO.O Moisturizing Liquid Concealer Base Makeup Face Foundation sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitive tanpa memberika kesan yang buruk walaupun memakai kanta lengkap.
Ia memberikan penghidratan jangka panjang dengan segera membuatkan ia boleh dipakai sehingga 8 jam tanpa kesan bercapuk. Ia mengandungi bahan semula jadi yang boleh membuatkan kulit anda cerah, tidak berminyak dan kalis air.