Now Reading
5 Produk Penjagaan Mata Freshkon Dan Alternatif Lain

5 Produk Penjagaan Mata Freshkon Dan Alternatif Lain

Freshkon

Freshkon produk penjagaan kesihatan dan kecantikan mata yang hangat di pasaran. Menawarkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan pelbagai pilihan warna mengikut citarasa anda serta menawarkan kanta lengkap yang sangat selesa untuk dipakai walaupun anda bermata sensitif. Nikmatilah warna-warni yang mengasyikkan dari Freshkon agar hari-hari anda lebih ceria dan segar. Mata yang cantik dan diri yang ceria mampu membuatkan anda lebih semangat dalam kehidupan.

FRESHKON ALLURING EYES DAILY

RM25.00

Nikmatilah inovasi baru keluaran Freshkon yang dapat memenuhi keperluan anda dengan memberikan penglihatan yang lebih jelas dan selesa. Proses pembuatan yang menitik beratkan tentang keselesaan pengguna menjadikan ia sangat sesuai untuk digunakan oleh pengguna yang mempunyai mata yang agak sensitif. Produk ini juga dapat digunakan selama sebulan sekali gus sangat menjimatkan anda.

Capai penampilan yang memukau dengan Alluring Eyes hari ini yang dapat membuatkan anda kelihatan memikat sepanjang hari.

BAUSCH + LOMB LACELLE GRACE DAILY

RM44.50

Baush and Lomb Lacelle Grace Daily diformulasikan untuk perawatan bagi pengguna yang menghadapi masalah rabun jauh. Produk ini juga sangat disyorkan oleh pakar mata untuk kegunaan seharian kerana teksturnya yang lembut, berkualiti dan terjamin selamat.

Penggunaan yang dari produk ini sangat digalakkan untuk ditanggalkan apabila masa penggunaan telah mencapai satu sehingga tujuh hari sebagai langkah pembasmian kuman yang ada didalam lensa.

FRESHKON COLORS FUSION

RM29.85

Inovasi terbaru dari Freshkon yang mengeluarkan 11 jenis warna yang menarik untuk digayakan untuk aktiviti harian anda. Ia mengandungi permukaan hidrofilik yang dapat memberikan keselesaan kepada anda.

Zon lensa optic yang lebih besar juga dapat membuatkan anda dapat pandangan yang jelas. Warna yang ada pada lensa juga tidak akan mempengaruhi kemasukan oksigen pada lensa. Kelebihannya mata anda akan tetap sihat, selesa serta cantik.

ALCON AIR OPTIX COLORS

RM45.00

Kanta lensa lengkap keluaran Alcon iaitu Alcon Air Optix Colors menawarkan hasil penampilan yang menawan dengan pelbagai jenis pilihan warna yang sesuai dengan perlbagai jenis warna mata orang Asia tidak kira warna mata anda gelap atau pun cerah.

Tekstur yang lembut membuatkan anda berasa selesa memakainya seharian tanpa menjejaskan aktiviti anda seharian. Anda dapat memberikan tumpuan yang fockus kepada kehidupan anda dengan bebas.

FRESHKON DAILY DISPOSABLE LENS (30pcs)

RM34.99

Kanta lengkap keluaran Freshkon dengan inovasi baru yang mempunyai hyaluronic acid untuk pelinciran ocular yang optimum. Freshkon Daily Disposable Lens mempunyai reka bentuk yang lembut supaya anda kekal selesa memakai lensa sepanjang hari walaupun aktif bergerak.

Kandungan air sebanyak 58% dan mempunyai penapis UV membuatkan mata anda sentiasa kekal lembap dan selesa tanpa memberikan kesan yang buruk. Ia juga mempunyai bungkusan dalaman yang mesra alam dan kepada pengguna.

BAUSCH & LOMB DAILY DISPOSABLE LENS (6pcs)

RM44.50

Bausch & Lomb Daily Disposable Lens merupakan lensa pakai buang pertama yang satu-satunya yang mempunyai teknologi High Definition Optics. Rekaan bentuk sfera dengan pelbagai daya mempunyai penglihatan anda jelas walaupun berrada didalam cahaya yang rendah.

Ia juga mempunyai Comfort Moist Technology dengan gabungan reka bentuk lensa yang nipis sekali gus dapat memberikan keselesaan sepanjang hari anda dalam waktu yang panjang.

FRESHKON 4 IN LOVE COSMETIC LENS

RM25.00

Sempurnakan kecantikan diri anda dengan kanta lengap kosmetik keluaran Freshkon 4 In Love Cosmetic Lens dengan rangkaian unik dan kesan yang berkilau. Kanta lengkap ini terdiri daripada 11 jenis warna menarik yang boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya anda.

Diinovasikan dengan teknologi baru yang membuatkan saiz mata anda kelihatan lebih besar dan peningkatan penglihatan serta nada warna yang dipertingkatkan juga membuatkan anda kelihatan semakin menawan dan juga selesa memakainya sepanjnag hari. Ia juga sangat sesuai untuk anda yang bermata kering dan sensitive kerana ia mengandungi hyaluronic asid untuk penghidratan yang optimum.

MAXIM BLUE BOX COSMETIC LENS

RM30.60

Diformulasikan menggunakan bahan-bahan yang tidak merengsakan dapat meningkatkan keselesaan anda ketika memakainya sepanjang hari tanpa menganggu aktiviti harian anda dalam waktu yang lama.

Maxim Blue Box Cosmetic Lens juga mengandungi Polymacon dengan kuantiti hanya 58% sahaja untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan mata anda. Ia juga sesuai untuk dipakai oleh anda yang bermata sensitif dan juga kering kerana ia mengandungi kandungan air sebanyak 42% H2O.

FRESHKON N-HENCE TORIC

RM89.00

Freshkon N-Hence Toric merupakan kanta lengkap yang boleh digunakan berbulan. Ia dirumus khas untuk anda yang mempunyai mempunyai masalah penglihatan iaitu rabun jauh.

Bentuk lekuk bahagian belakangnya yang stabil membuatkan ia kanta lensa yang unggul untuk keselesaan yang optimum untuk kegunaan sepanjang hari tanpa menganggu aktiviti harian anda. Ia juga direka khas untuk kegunaan yang lama. Anda boleh memilih kanta lengkap untuk sebulan atau yang lebih dari sebulan mengikut keperluan anda.

BIOMEDICS TORIC LENSE

RM100.00

Biomedics Toric Lense dirumus khas untuk anda yang mempunyai masalah penglihatan. Lensa ini dapat membantu anda menangani masalah tersebut kerana bahan-bahan yang ada di lensa iaitu astigmatisme.

Ia dapat mengekalkan ketepatan lensa walaupun mata anda bergerak yang turut boleh menyebabkan geseran berlaku. Pemakaian yang kerap boleh membaiki masalah mata yang anda hadapi secara beransur tanpa memberikan kesan yang buruk kepada anda.

error: Content is protected !!