Terengganu terkenal dengan pelbagai tarikan yang unik dan istimewa, khususnya pulau-pulau tropika di negeri ini.
Jika anda sudah membuat plan selepas pandemik ini berakhir di mana destinasi yang anda ingin lawat di terengganu? Atau anda masih tercari-cari destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.
Berikut kami senaraikan beberapa pulau menarik yang wajib anda lawati sekiranya pandemik ini berakhir.
1. Pulau Kapas
Pulau ini semestinya merupakan destinasi yang alternatif yang sesuai kepada Pulau Redang atau Pulau Perhentian untuk mengelakkan kesesakan.
Jarak pulau ini terletak hanya kira-kira 20-30 minit dari Jeti Marang di Kuala Terengganu menjadikan lokasi pulau ini begitu strategik dan senang untuk dikunjungi.
Difahamkan Pulau Kapas akan ditutup untuk pelancong pada musim tengkujuh iaitu pada November hingga Febuari dan boleh dikunjungi pada pada bulan April hingga Ogos.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini?
Salah satu sebab utama pengunjung melawat Pulau ini adalah untuk meneroka kepelbagaian hidupan laut yang terdapat di sekitar pulau kapas ini.
Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling atau selam skuba jika anda ingin meneroka kepelbagaian hidupan laut yang terdapat di situ. Anda juga berpeluang untuk berenang dengan anak-anak ikan yu di ‘Shark Bay’.
Bukan itu sahaja, masih banyak aktiviti-aktiviti lain seperti ‘jungle trekking’ atau bola tampar yang boleh anda lakukan. Lebih menarik, para pengunjung juga boleh merancang untuk melawat ke Pulau Gem, iaitu pulau kecil yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas.
2. Pulau Lang Tengah
Pulau ini terletak sekitar 22 kilometer dari pesisir pantai semenanjung. Untuk ke pulau ini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang bertempat di sekitar daerah Besut.
Menariknya tentang pulau ini, terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan di sini seperti aktiviti snorkeling dan penyelaman.
Para pengunjung juga dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan nuri, anak ikan yu serta koleksi batu karang yang berwarna warni.
Sekiranya anda berada disini, anda juga boleh melawat Pusat Konservasi Penyu di ‘Turtle Bay’. Tapi ia terletak di sebuah pantai yang terpencil yang diuruskan oleh sukarelawan yang juga bertanggungjawab menjalankan kajian di situ serta memelihara premis disitu.
Sekiranya anda bernasib baik iaitu anda juga dapat melihat waktu penyu mendarat, lebih menarik anda dapat melihat sarang dan mungkin juga beberapa anak penyu, tetapi ini bergantung pada waktunya
3. Pulau Gemia
Pulau Gemia juga adalah destinasi menarik untuk diterokai tetapi ia mungkin kurang popular berbanding pulau-pulau lain seperti Pulau Perhentian atau Pulau Redang.
Pulau Gemia ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Marang, ia mendapat namanya daripada pokok kundang atau lebih dikenali sebagai pokok Gemia oleh masyarakat disini, Terengganu.
Lebih menarik, pulau ini kaya dengan terumbu karang serta mempunyai pelbagai khazanah hidupan laut sekiranya anda melakukan aktiviti snorkeling disini.
Terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di pulau ini antaranya berkayak, snorkeling dan merentas hutan.
Perjalanan untuk ke Pulau ini mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki bot dari jeti Marang.
Bagaimanapun, pulau ini jarang dikunjungi oleh kalangan pengunjung di negara ini walaupun keindahannya tidak kurang hebat juga dengan pulau-pulau yang lain, namun ini agak terkenal dalam kalangan pelancong luar negara.
4. Pulau Rhu Hentian
Terkenal dengan air laut yang jernih di sekitarnya, para pengunjung boleh menyelami lautannya yang kaya dengan hidupan-hidupan laut seperti batu karang, siput, rumpai air dan pelbagai lagi spesis ikan lain.
Sekirangnya anda berada disini anda juga boleh menikmati pemandangan yang sungguh nyaman disekitar pulau ini.
Untuk menuju ke sini, anda diminta menaiki bot laju dari terminal pelancongan Kuala Besut yang mengambil masa hanya kira-kira 20 minit sahaja.
5. Pulau Rawa
Bukan di Johor tetapi di Terengganu mungkin namanya sahaja yang sama. Namun, keindahan pemandangan Pulau ini turut setanding dengan Pulau Rawa yang terletak di Mersing, di Johor.
Lokasi ini sangat sesuai untuk anda membuat aktiviti snorkeling dan menyelam.
Pulau ini mempunyai kualiti air yang paling jernih di Malaysia atau Laut China Selatan. Oleh kerana tidak ada pusat peranginan di sini, airnya tidak tercemar oleh sampah yang dilalukan oleh manusia. Ingat para pengunjung disini diminta membawa pulang sampah mereka sekirannya mereka pulang.
Air lautnya yang biru dan jernih itu juga menampakkan keindahan terumbu-terumbu karang yang terbentuk indah di dasar laut berdekatan dengan daratan pantai ini.
Pemandangan di sekitar Pulau Rawa ini begitu indah tanpa perlu bersnorkeling untuk melihat kecantikkanl panorama di dalam airnya.
Semoga pandemik ini cepat-cepat berakhir dan anda boleh melawat keindahan alam yang berada di Malaysia ini.
SUMBER: