Now Reading
5 Resepi Masakan Panas Yang Paling Popular di Malaysia

5 Resepi Masakan Panas Yang Paling Popular di Malaysia

Masakan Panas

Malaysia semangnya kaya dengan pelbagai jenis menu hidangan masakan panas. Rakyat Malaysia sangat gemar memesan menu masakan panas ketika berada di mana-mana restoran.

Kelazatan makanan masakan panas ini pasti akan lebih sedap jika dimasak sendiri kerana lebih menepati cita rasa. Ramai yang gemar dengan menu masakan panas, tapi pasti ramai yang tidak tahu resepi yang digunakan dan cara memasaknya bukan?

Oleh itu, jika anda ingin mencuba memasak beberapa jenis masakan panas, anda boleh merujuk resepi yang akan dikongsikan untuk anda. Selamat mencuba!

Masakan Panas: Mee Goreng Basah

Masakan Panas

Bahan-bahan:

  • Mee kuning 1 bungkus
  • Bawang merah ditumbuk 4 biji
  • Bawang putih ditumbuk 2 ulas
  • Halia ditumbuk ½ inci
  • Sotong di potong bulat
  • Udang 12 ekor
  • Isi kerang yang telah direbus 200 gram
  • Sawi pak choy
  • Taugeh
  • Cili boh 2 sudu besar
  • Minyak masak 2 sudu besar
  • Sos tiram 1/2 sudu besar
  • Sos tomato 4 sudu besar
  • Kicap pekat 1/2 sudu besar
  • 3 cawan air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak untuk menumis semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Setelah naik bau, masukkan pula cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
  3. Setelah semua bahan ditumis dan pecah minyak, masukkan bahan-bahan mentah iaitu udang, sotong dan kerang dan kacau sehingga masak.
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
  5. Setelah semua bahan mentah benar-benar masak, masukkan mee kuning dan gaul sehingga sebati.
  6. Terakhir sekali, masukkan sayuran dan masak dengan api yang sederhana.
  7. Setelah semua perasa meresap ke dalam mee, angkat mee dan sedia untuk dihidang.

Masakn Panas: Daging Goreng Kunyit Ala Kampung

Bahan-bahan:

  • Daging 600 gm
  • Kunyit hidup ditumbuk 3 inci
  • Serbuk kunyit 2 sudu besar
  • Halia 2 inci dihiris nipis
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang besar 2 ulas
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili merah
  • Minyak secukupnya
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris daging dengan nipis kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
  2. Kemudian masukkan ke dalam kuali daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk dan masukkan sedikit air.
  3. Daging perlu direbus sehingga lembut sepenuhnya.
  4. Tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali setelah air rebusan daging kering kemudian masak seketika.
  5. Akhir sekali masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong kemudian masak sehingga sayur menjadi layu.

Masakan Panas: Yee Mee Sizzling

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Cendawan Shitake
  • bawang putih 6 ulas
  • cili kering
  • halia 2 inci
  • Kiub Pati Ayam
  • Kicap pekat
  • sos tiram 6 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Air  
  • Bancuhan tepung jagung
  • Minyak
  • Yee Mee
  • Sawi
  • Telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, tumiskan ayam yang telah dipotong bersama cili kering, bawang putih, halia, dan kiub pati ayam.
  2. Setelah menumis ayam, masukkan pula cendawan shitake, air secukupnya, sos tiram, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa kemudian masak dengan api yang perlahan.
  3. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan seketika.
  4. Terakhir sekali, masukkan Yee Mee, sawi, dan telur. Masak seketika.
  5. Setelah masak, angkat masakan dan siap untuk dihidangkan.

Nasi Goreng Paprik Ala Thai

Bahan Nasi Goreng:

  • 3 mangkuk nasi
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Cili kering blender 2 sudu kecil
  • Paste tomyam 1 sudu besar
  • Isi ayam
  • Sayur kubis
  • Minyak masak 2 sudu besar
  • Garam
  • Gula

Bahan Paprik Campur:

  • udang, sotong, hirisan isi ayam
  • bawang putih 2 ulas
  • daun limau purut 2 helai
  • sos tiram 1 sudu besar
  • cili giling 1 sudu besar
  • sos tomato 1 sudu besar
  • sayur-sayuran  
  • garam dan gula secukup rasa
  • cili padi 4 biji

Cara-cara Penyediaan Nasi Goreng:

  1. Pertama sekali, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Setelah naik bau barulah masukkan cili kisar dan sedikit air.
  2. Kemudian, masukkan ayam dan paste tomyam. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air dan kacau sehingga ayam masak.
  3. Setelah ayam masak, tambahkan perasa garam dan gula secukupnya dan biarkan sehingga bahan-bahan tumisan menjadi agak kering. Barulah masukkan nasi.
  4. Terakhir sekali, gaul nasi dengan sebati dan masukkan sayur-sayuran.

Cara-cara Penyediaan Paprik Campur:

  1. Pertama sekali, tumis bawang putih sehingga naik bau. Setelah itu, tumiskan pula cili giling sehingga garing.
  2. Setelah bahan tumisan garing, campurkan sos tiram, sos tomato, dan sedikit air kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan udang, ayam dan sotong dan gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
  4. Setelah semua bahan telah benar-benar masak, masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  5. Terakhir sekali, gaul semua bahan sehingga masak dan tutup api. Hidangkan paprik campur bersama nasi goreng dan telur dadar goreng.

Tomyam Thai Pekat

Bahan-Bahan:

  • Perencah tomyam 1 paket
  • Tomato 4 biji
  • Cili padi
  • Serai 3 batang
  • Daun limau purut 4 helai
  • Lobak merah 1 batang
  • Cendawan
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang besar 2 biji
  • Lengkuas 1 cm
  • Lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Sos cili dan sos tomato 2 sudu besar

Cara-cara Penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisar bahan-bahan iaitu bawang merah, serau, tomato, dan cili padi bersama.
  2. Setelah dikisar, tumiskan bahan tersebut bersama 1 paket perencah tomyam dan masukkan sedikit air.
  3. Kemudian, masukkan lobak merah bersama bahan yang sedang ditumis.
  4. Lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, dan garam dimasukkan setelah lobak benar-benar empuk.
  5. Jika anda ingin menambah lagi kesedapan masakan, anda boleh menambahkan lagi 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
  6. Setelah semua bahan-bahan telah mendidih, masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
  7. Terakhir sekali, barulah masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.

Demikianlah beberapa resepi masakan panas yang agak popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini. Dengan resepi yang dikongsikan, anda bolehlah mencuba memasaknya sendiri di rumah bersama keluarga anda. Masakan panas yang dimasak sendiri pastinya lebih sedap dan menepati cita rasa anda. Jadi, selamat mencuba!

Sumber:

http://resipitimur.blogspot.com/2017/05/ini-cara-buat-mee-goreng-basah-sedap.html

https://resepibonda.my/resepi-tomyam-thai-pekat/

error: Content is protected !!