Warung Ambo merupakan restoran yang terkenal dalam kalangan penduduk Shah Alam dengan pelbagai makanan Kelantan yang sedap belaka.
Restoran ini mendapat dinilai oleh ramai orang di atas talian. Terdapat lebih 1600 pengunjung yang telah memberi penilaian purata 4.3/ 5 bagi restoran ini. Wah, nampaknya restoran ini sangatdigemari ramai.
Untuk ke sini anda tak perlu susah – susah hanya perlu gunakan aplikasi Waze sahaja. Masukkan lokasi dan ia akan membawa anda terus ke lokasi Warung Ambo ini.
Tapi anda kena datang awal. Restoran ini biasanya tidak putus – putus dikunjungi ramai. Melihat barisan pengunjung yang panjang merupakan perkara biasa sehari – hari di sini.
Jadi kalau anda tak mahu menunggu terlalu lama, anda boleh bersedia untuk datang lebih awal.
Tap kan apa yang menarik di sini? Jom saya kongsikan 5 sajian tradisi Kelantan yang enak di Warung Ambo.
1. Nasi Kerabu
Tak sah la kalau ke warung makanan pantai timur tapi tak layan sepinggan nasi kerabu.
Nasi kerabu di Warung Ambo ini sangat sedap serta mengenyangkan. Menu nasi kerabu di sini menyajikan anda nasi berwarna biru berserta 4 ketul lauk ayam, telur masin, keropok ikan dan juga ulam – ulaman.
Rasa lauk ayamnya sedikit berempah manakala sambalnya pula pedas dan penuh rasa.Letak sedikit sahaja terus terangkat.
2. Nasi Dagang
Nasi Dagang juga merupakan salah satu menu ikonik pantai timur yang disajikan di Warung Ambo.
Nasi dagang di sini dihidangkan dengan ikan tongkol, telur dan juga timun. Rasa ikannya pula sangat sedap manakala kuahnya sangat kaya dengan rasa lemak – lemak dari santan kelapa.
Hidangan tradisi ini sememangnya penuh dengan kelazatan dan tentunya membangkitkan selera.
3. Nasi Ambo
Nasi Ambo merupakan salah satu menu yang terkenal di Warung Ambo. Hidangan ini menyajikan anda dengan nasi putih bersama – sama dengan ayam goreng yang dicincang.
Lebih enak lagi, nasi ini dibanjiri dengan kuah gulai yang pekat dan juga sambal padu. Wah, penuh nikmat sekali.
Uniknya menu ini, ia dihidangkan atas daun pisang yang membangkitkan lagi aroma sajian yang tentunya cukup menyelerakan.
4. Colek Ambo
Kalau sebut sahaja makanan Kelantan, anda tentu mesti pernah dengar tentang colek kan. Menu ini tidak asing lagi di pantai timur.
Warung Ambo juga ada menyajikan hidangan ini dengan nama Colek Ambo. Jika anda memesan colek di sini, anda akan dihidangkan dengan pelbagai isi seperti bebola ikan, paru, ayam, udang, keropok keping dan keropok lekor serta banyak lagi.
Apa yang istimewanya di sini ialah kuah coleknya yang bukan sahaja basah membanjiri sebekas colek anda bahkan juga rasanya juga enak dan padu.
5. Kuih – Muih
Warung Ambo juga menyajikan pelbagai hidangan kuih – muih tradisi. Antaranya ialah:
- Pulut Mangga
- Sekaya Pulut
- Puding Karamel
- Apam Beras
- Pulut Pagi
- Nona Manis
- Permata Zamrud
- Roti Jala
- Lompat Tikam
- Puteri Mandi
Setelah menikmati hidangan berat nasi di Warung Ambo, anda bolehlah menutup hidangan anda dengan pelbagai pilihan kuih – muih yang enak di sini. Nak beli bawa balik sebagai kudapan pun boleh.
Restoran ini beralamat di No 38, Jalan Novelis U1/86A, Laman Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor.
Selepas ini kalau anda rindukan masakan Kelantan, anda boleh berkunjung ke sini untuk menikmatinya kepelbagaian menunya yang sedap belaka. Jangan lupa mencuba juga menu ikoniknya iaitu nasi kerabu. Menu ini wajib dicuba kalau anda berkunjung ke mana – mana kedai pantai timur.
Anda boleh ke sini untuk menikmati makanan tengah hari ketika waktu rehat pejabat dengan rakan – rakan anda ataupun untuk makan bersama – sama dengan keluarga tersayang.
*Gambar sekadar hiasan
Sumber:
https://www.jelajahmaya.com/makanan-kelate-di-warung-ambo/#.YP1fiI4zZPY
https://web.facebook.com/WARUNGAMBO/photos/pcb.2175266119171875/2175266085838545/
https://web.facebook.com/nornap85/photos/a.1000710070138039/1064488410426871/
http://mamatisya.blogspot.com/2017/03/restoran-warung-ambo-laman-glenmarie.html