Now Reading
5 Tips Untuk Mencipta Ruang Tamu Moden dengan Mudah!

5 Tips Untuk Mencipta Ruang Tamu Moden dengan Mudah!

Ruang Tamu Moden

Adakah anda mengimpikan ruang tamu moden yang tenang dan santai? Jika ya, teruskan membaca kerana perkongsian kali ini khas untuk anda.

Ruang tamu adalah ruang yang paling banyak kita gunakan dan merupakan tempat pertama yang anda nampak sejurus membuka pintu masuk. Di ruangan inilah yang menjadi tempat anda istirahat bersama keluarga tersayang, bekerja atau belajar dan juga tempat anda bersenam.

Oleh itu, agak bosan sekiranya anda mengekalkan ruang tamu dengan konsep yang sama bertahun-tahun. Jadi, untuk menghidupkan suasana ceria kembali, jom kami kongsikan 5 tips untuk menghasilkan dekorasi ruang tamu yang moden sesuai dengan trend semasa.

1. Perabot

Jika anda ingin mengubah susunan perabot, tunggu dulu! Pastikan anda rancang lebih awal atau melakarkan pelan supaya susun atur yang baru tidak menganggu pergerakan atau ruang yang sedia ada.

Ini kerana, penyusunan perabot akan memberikan kesan yang besar terhadap ruang, deko keseluruhan dan ruang cahaya masuk dari tingkap. Oleh itu, pastikan perabot anda berada dalam posisi yang betul dan strategik. Banyakkan research susun atur perabot di Pinterest dan sebagainya.

2. Permaidani

Ada terlalu banyak jenis pilihan untuk permaidani yang sesuai untuk ruang tamu, namun sebelum membeli, pastikan anda mengambil tahu saiz ukuran dan bahannya. Lagi baik jika anda mengukur ruang anda dan bandingkan dengan permaidani yang akan anda pilih.

Ini akan menentukan keseluruhan ruang kerana jika permaidani terlalu kecil, ruang tamu tak nampak seimbang dan mencacatkan pemandangan.Manakala, jika permaidani terlalu besar, bimbang deko anda akan menjadi lebih sarat dan tampak penuh.

Jadi pastikan anda mengetahui ukuran terbaik untuk ruang tamu anda dan cara susunan perabot. Semua perabot mestilah berada di atas permaidani dan tinggalkan ukuran kira-kira 10 -20 inci di antara tepi permaidani kawasan dan dinding bilik.

3. Seni

Ubah atau tambah seni ke dinding kosong anda sekarang!

Dinding kosong adalah tanda ruang tamu anda masih tidak lengkap. Bukan bermakna anda perlu mengisi setiap inci pada ruang kosong, tetapi jadikan dinding tersebut mempunyai seri. Ia merupakan elemen yang penting untuk menjadikan sesuatu sudut itu tampak menarik dan bergaya.

Justeru, apa yang anda boleh lakukan adalah ikut naluri anda seperti apa yang anda mahu dan tampilkan. Kemudian, dapatkan idea-idea untuk menyusun atur hiasan gambar seni dan ikut kata hati anda mana yang sesuai dan cantik.

Terdapat 5 langkah seni dalam susunan gambar iaitu:

  • Merancang susunan gambar
  • Pastikan ia berada di garisan yang betul
  • Buat kedudukan secara rawak
  • Hiaskan dengan elemen yang memukau dan menarik perhatian
  • Susunan simetri adalah susunan yang selamat.

4. Pencahayaan

Pencahayaan adalah elemen yang sangat penting dalam ruang tamu. Ini kerana, dengan pendekatan pencahayaan yang betul, anda boleh menyembunyikan kelemahan pada ruang tamu. Untuk gaya moden, lampu jenis candelier, lampu meja, dan dinding sconce yang mempunyai bentuk luar biasa sangat sesuai untuk menimbulkan elemen mewah.

Apa yang paling penting, jangan pilih jenis lampu yang sama untuk bilik yang berbeza-beza. ‘Mix & Match’ untuk menyuaipadankan dengan konsep moden.

5. Warna cat

Ramai tak tahu sebenarnya warna cat juga memainkan peranan yang penting. Jika anda beginner, Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah menentukan warna cat bagi setiap ruang di rumah. Warna cat juga boleh mempengaruhi emosi anda. Sebab ia boleh menjadikan ruang nampak luas, besar, ceria, tenang dan macam-macam lagi.

Oleh itu, anda perlu pilih warna cat yang membuatkan ruang nampak luas dan terang. Haa, jangan terkejut sekiranya ada tetamu anda yang perasan! Antara warna cat yang boleh dipilih untuk ruang tamu adalah:

  • Krim
  • Merah Anggur
  • Navy Blue
  • Kuning Lemon

Jadi, pastikan anda mengira bajet untuk membeli warna cat siap-siap dan barulah anda boleh menghias yang lain pula.

6. Ukur dengan betul

Tidak kira bahagian ruangan yang anda dekorasikan, baik permaidani, pencahayaan atau susunan perabot, pastikan anda mengetahui ukuran ideal mereka dan ukuran ruang di mana anda ingin meletakkan barang-barang perabot.

Jadi, senaraikan siap-siap panduan yang perlu dititikberatkan sebelum mula mendeko. Ini bukan sahaja boleh mengatur masa, malah anda juga akan melakukan dengan terbaik bersama orang yang tersayang.

7. Rak di Ruang Tamu

Jika anda tertanya-tanya apa jenis rak yang sesuai dengan ruang tamu, anda boleh cuba rak terbuka atau tertutup. Namun, untuk menonjolkan elemen tenang dan tak sakit mata memandang, anda boleh gantung rak ke ruang yang sedia ada.

Jangan lupa, pastikan warna rak dengan dinding seakan-akan sama. Ia akan melengkapkan elemen moden pada ruang tamu.

8. Gunakan Perabot Terpakai

Pilih perabot dan hiasan yang sesuai dapat menampung ruang anda yang lebih kecil dan membantu anda mencapai dekorasi yang anda inginkan.

Sekiranya ana mempunyai kemahiran bertukang, jangan sia-siakan, anda boleh mengecat semula atau memperbaiki perabot terpakai menjadi suatu objek yang aesthetic dan nampak mahal.

Kesimpulannya, terdapat begitu banyak idea menghias ruang tamu sehingga membuatkan rasa tergoda untuk mencuba semuanya. Pelbagai reka bentuk dan gaya kelihatan cantik dan mengagumkan. Tetapi anda harus ingat bahawa tidak semuanya sesuai dengan rumah anda.

Ruang tamu anda adalah salah satu ruang yang paling kerap digunakan di kediaman anda. Ia mesti menjadi ruang kesukaan anda yang paling selesa dan mendamaikan. Cuba lihat ruang tamu anda kembali dan cuba mengubahnya mengikut tips yang kami sediakan. Selamat mencuba!

Sumber:

https://knothome.com/blogs/ideas/living-room-design-5-easy-ways-to-have-a-fresh-and-modern-living-room

https://www.thespruce.com/beginners-guide-decorating-living-rooms-2213483

https://www.housebeautiful.com/room-decorating/living-family-rooms/g2310/small-living-room-decorating-ideas/

error: Content is protected !!