Now Reading
6 Cara Terbaik Menggunakan LinkedIn

6 Cara Terbaik Menggunakan LinkedIn

linkedin

LinkedIn adalah platform rangkaian profesional terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu rangkaian media sosial yang paling berpengaruh, dengan 756 juta ahli.

Kita sering keliru dengan cara menggunakan Linkedin dengan betul. Artikel ini akan menerangkan 6 cara terbaik untuk menggunakan Linkedin.

Lengkapkan Profil LinkedIn Anda

Profil anda adalah perkara paling penting untuk anda. Semua pengguna LinkedIn yang berdaftar boleh melihat profil anda kecuali jika ada yang menggunakan mod peribadi. Anda juga boleh dijumpai dengan carian secara general jika anda tidak menggunakan mod peribadi. Carian luar tersebut tidak perlu berdaftar sebagai LinkedIn untuk mencari anda .

Sistem pencarian lebih mudah untuk mencari profil yang lengkap iaitu sebanyak 20 kali ganda lebih mudah berbanding profil yang tidak lengkap, maka sangat penting untuk melengkapkan profil anda.

Muat naik gambar anda yang berkualiti dan sangat digalakkan untuk memuat naik gambar yang telah ditangkap oleh jurugambar professional. Muat naik juga “banner” atau “Cover Image” yang menarik yang mencerminkan keperibadian dan profesion anda.

Letakkan industri dan lokasi anda di muka depan profil anda. Ringkaskan mengenai diri anda, apa yang anda lakukan dan apa yang anda boleh tawarkan. Letak juga contoh kerja-kerja yang pernah anda lakukan .

Letakkan juga posisi anda sekarang dan terangkan apa yang anda lakukan dengan posisi anda sekarang. Ceritakan mengenai diri anda dengan spesifik tanpa meleret dan perincikan segala kemahiran komunikasi anda dan contoh bagaimana anda melakukannya.

Tambahkan sejarah kerja anda sebelum ini, maklumat pendidikan, dan sekurang-kurangnya empat kemahiran atau bidang kepakaran.

Berhubung Dengan Pengguna LinkedIn yang Lain

LinkedIn membolehkan anda berkomunikasi dengan pengguna Linkedin yang lain sama ada individu atau organisasi profesional dalam industri anda. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengikuti perkembangan terkini, dan berkongsi maklumat dengan orang lain dalam bidang anda.

Anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja tetapi mereka mesti mempunyai akaun LinkedIn mereka sendiri untuk menggunakan laman web ini.

LinkedIn menyimpan connections yang anda telah buat dengan dan dipanggil sebagai My Network. Apabila anda membuat connections baru, anda mendapat akses bukan sahaja ke profil individu tersebut, tetapi juga kepada connections mereka yang ada untuk umum. Ini menjadi connection tahap 2. Ini membuka lebih banyak peluang rangkaian, kerana anda akan dapat invite mereka untuk berhubung terus dengan anda. Anda juga boleh memperkenalkan dua connections LinkedIn yang belum saling berhubung antara satu sama lain dan berkemungkinan mendapat manfaat darinya. Jumlah sambungan yang anda ada mempengaruhi kedudukan carian anda di LinkedIn. Paling terbaik adalah untuk menyasarkan sekurang-kurangnya 50 connection tahap pertama.

Mula bermesej!

Setelah anda berhubung dengan LinkedIn, anda boleh bermesej secara langsung dengan individu lain. Status aktif pengguna akan memberitahu anda sama ada pengguna yang lain itu online atau tidak. Smart Replies function membantu anda untuk membalas dengan ayat yang dicadangkan secara automatik seperti “Terima Kasih!” atau “Bila?”. Hal ini dapat memudahkan perbualan dengan lebih cepat dan produktif.

Jika anda mempunyai Akaun Premium, anda juga boleh menggunakan InMail. Hal ini dapat memberi kemudahan kepada anda untuk menghantar mesej secara peribadi kepada semua pengguna LinkedIn tanpa memerlukan introduction atau maklumat kontak tambahan.

Memberikan rekomendasi dan pengesahan

Connections anda boleh memberi rekomendasi dan pengesahan(endorsement) pada profil anda dan anda juga boleh melakukan perkara yang sama kepada connections anda. Rekomendasi ini umpama satu testimoni personal yang menunjukkan kemahiran anda. Kumpulkan sebanyak 5 hingga 10 rekomendasi ini dengan menggalakkan rakan kerja anda untuk melakukannya.

Minta juga untuk mereka highlight ciri-ciri atau pencapaian tertentu yang menarik daripada memberi komen yang biasa seperti “ seronok bekerja dengan anda”.

Pengesahan adalah pemberitahuan ringkas yang sahkan bahawa anda mempunyai kemahiran tertentu. Mungkin kesannya tidak la terlalu ketara, tetapi jika ianya dari rakan kerja dan mengesahkan bahawa anda mempunyai kemahiran kepimpinan, ia dapat membantu anda untuk menjadi lebih menonjol.

Gunakan LinkedIn Groups

Semua ahli LinkedIn boleh menubuhkan atau menyertai groups untuk membincangkan idea dan berkongsi berita industri. Ini boleh menjadi kaedah yang baik untuk mengembangkan rangkaian profesional anda.

Anda boleh menggunakan bar carian di bahagian atas halaman profil anda untuk mencari group menarik untuk anda sertai, atau anda dapat mencari group baru melalui group yang telah anda sertai. Setelah anda menjadi ahli group, anda dapat menyertai perbualan group, bertanya dan menghantar mesej kepada ahli lain.

Group LinkedIn boleh menjadi sumber maklumat, idea dan sokongan yang berharga. Kongsi pengetahuan anda dengan orang-orang dalam group anda, dan mereka mungkin akan bertindak balas dengan baik.

Buat Kandungan Menarik

Sama seperti rangkaian sosial yang lain, anda boleh menghantar kemas kini, gambar, dan pautan ke laman web lain, dan anda boleh berkongsi catatan dari pengguna lain. Tetapi pastikan bahawa catatan anda berguna, bermaklumat dan relevan dengan hubungan profesional anda.

Anda juga boleh merakam atau memuat naik video terus ke LinkedIn dari peranti anda. Ini membolehkan anda berkongsi pandangan dan pengalaman anda, atau untuk meningkatkan identiti jenama organisasi anda.

LinkedIn juga membolehkan anda menerbitkan artikel penuh, melalui Platform Penerbitannya. Artikel yang anda tulis akan muncul di profil anda. Artikel itu juga dapat dikongsi oleh pengguna lain, dan mungkin juga muncul dalam hasil carian orang ramai, akan tetapi anda tetap memiliki hak atas setiap konten asli yang anda terbitkan. Ini adalah kaedah terbaik untuk menunjukkan kepakaran dalam industri yang anda mahir.

SlideShare adalah pilihan lain untuk menyampaikan kandungan berkualiti tinggi. Ini disertakan ke dalam LinkedIn, dan membolehkan anda menghantar presentation dan infografik.

Kesimpulannya, LinkedIn memberi anda kemampuan untuk menunjukkan profil, kepakaran, dan connetion anda dan ianya bukanlah hanya sekadar profil yang akan menunjukkan profesionalisma kepada perekrut dan majikan tetapi juga untuk menunjukkan kredibiliti dalam industri dan menonjolkan pencapaian anda.

Sekian Terima Kasih.

Sumber:

https://www.mindtools.com/pages/article/linkedin.htm

https://www.linkedin.com/pulse/7-benefits-using-linkedin-sarah-rycraft/

error: Content is protected !!