Mempunyai food processor di dapur membolehkan anda menyiapkan makanan dengan mudah dan mengurangkan masa penyediaan. Ia juga membantu mengurangkan kekacauan dan percikan yang selalu terjadi pada papan pemotong anda.
Seterusnya, food processor atau pemproses makanan adalah sangat sesuai untuk tugas yang lebih banyak tenaga kerja, seperti membuat doh. Ia mempunyai mangkuk campuran yang besar bagi memudahkan penambahan ramuan dan biasanya dilengkapi dengan pelbagai alat tambahan. Ini justeru memberi anda kemampuan untuk menghiris lobak merah, mencarik keju atau mencampurkan adunan.
Sebenarnya, ia serupa dengan pengisar biasa anda dalam pelbagai bentuk. Food processor biasanya hanya memerlukan sedikit cecair semasa digunakan, tidak seperti pengisar biasa yang memerlukan sejumlah cecair agar pisau dapat mengisar makanan dengan betul. Di samping itu, pemproses makanan juga lebih berguna kerana ia boleh digunakan untuk mengadun, memotong, memotong dadu dan menghiris, yang mana ini memungkinkan untuk penyediaan makanan lebih cepat.
Oleh itu, jika anda tertanya-tanya food processor mana yang hebat atau serba boleh untuk keperluan memasak anda, teruskan membaca artikel ini kerana inilah food processor terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia hari ini!

1. Kenwood FP120 Food Processor FP120
RM185.00
Sekiranya anda mencari food processor bersaiz mini di Malaysia, Kenwood FP120 adalah pilihan yang sangat berpatutan serta pada masa yang sama dapat menangani keperluan pemprosesan kecil setiap hari di dapur anda. Ia juga mempunyai motor 400W dan daya kerja 800ml, serta pelbagai alat pemasangan pisau untuk memotong, memarut, menghiris atau memukul bahan masakan anda.
Pisaunya juga dibuat daripada bahan keluli tahan karat yang tidak dapat dihancurkan serta tidak mudah berkarat atau mudah tumpul, menjadikannya sebaagi pelaburan tahan lama yang berkualiti.
Anggaran harga: RM180 +

2. Philips Daily Collection Compact Food Processor HR7320
RM299.00
Food processor ini direka dengan mempertimbangkan kawasan penyediaan di dapur yang lebih kecil tetapi masih mempunyai kemampuan untuk memproses makanan dengan baik. Dengan motor 700W dan cakera 2-dalam-1, pemproses makanan Philips ini boleh membantu anda membuat potongan dadu, potongan biasa dan bahkan menghancurkan bahan-bahan yang paling sukar seperti sayur-sayuran atau coklat!
Selain itu, ia juga boleh menguli doh agar anda dapat menikmati roti buatan sendiri dengan mudah di rumah sahaja!
Anggaran harga: RM 390+

3. Pensonic Multifunctional Food Processor
RM169.00
Sekiranya anda mencari pemproses makanan dengan bajet yang rendah, ini adalah produk yang sesuai untuk anda. Panasonic Food Processor MK-5087M merangkumi lima bilah yang boleh ditukar ganti di dalamnya dan dengan harga berpatutan, ini menjadikannya salah satu pemproses makanan terbaik di Malaysia. Ia juga dilengkapi dengan motor 250W dan kapasiti 1.2 mangkuk.
Terdapat banyak aksesori lain yang didatangkan dengan food processor ini yang merangkumi pisau penghiris, pisau menguli untuk doh, mesin pencincang, pisau penyedut dan ‘juicer’. Bahagiannya juga boleh ditanggalkan dan dipasang semula agar ia dapat dibersihkan dengan mudah. Selain itu, produk ini dilengkapi dengan motor berkuasa 500W.
Anggaran harga: RM 180+

4. Panasonic MKF800 Food Processor
RM839.00
Salah satu pemproses makanan pintar premium di Malaysia ini mempunyai 5 Menu Auto yang diprogramkan, semuanya menggunakan aturan yang berbeza untuk hasil yang ideal secara konsisten. Ini termasuklah mod ‘Chop’, ‘Mince’, ‘Frozen’, ‘Paste’ dan ‘Drainer’.
Apa yang luar biasa mengenainya adalah ia dilengkapi dengan 13 aksesori serbaguna untuk 33 fungsi yang berbeza, seperti membuat jus segar hinggalah menyediakan doh roti dan banyak lagi. Bilah ultra tajam ini juga dapat memotong bahan secara rata, membantu penyediaan yang memakan masa menjadi mudah dan cepat. Namun, harganya adalah lebih mahal berbanding jenis biasa tapi dengan segala kemudahan yang diberikan, ia pastinya berbaloi.
Anggaran harga: RM 850+

5. Tefal Easyforce D02461 Food Processor
RM359.00
Ini adalah pemproses makanan pelbagai fungsi dengan 6 aksesori yang membolehkan anda melakukan lebih daripada 25 fungsi memasak yang berbeza di hujung jari anda. Anda juga boleh menukar mangkuk untuk menjadi bekas pengisar juga!
Ia juga dilengkapi waranti 2 tahun juga. Serta, ia mengandungi beberapa ‘cartridges’ untuk menghiris, mencincang, mengemulsi dan memarut selain ciri istimewanya iaitu pisau pemotong keluli tahan karat! Anggaran harga: RM 360+

6. Giselle KEA0221WH Food Processor
RM198.00
Alat ini dilengkapi dengan motor 500W dan 9 aksesori yang boleh ditukar ganti untuk kemudahan dan penggunaan yang mudah. Ini merangkumi 3 bilah penghiris yang berbeza, mesin pencincang, bilah doh, ‘juicer’ sitrus, dan pemukul. Ini bermakna anda boleh mengaduk bahan, memotongnya, mengisar daging, membuat jus oren dan mengocok telur menggunakan satu mesin yang ringkas sahaja.
Selain itu, ia juga merupakan salah satu pemproses makanan paling popular di Malaysia dengan ciri dan harga yang berpatutan untuk semua orang.
Anggaran harga: RM 190+
KESIMPULANNYA,
Pastikan anda membeli alat yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda! Lihat fungsi dan tetapan yang ada dengan teliti! Sebilangan besar food processor ini boleh mencincang sayur dan daging, tetapi tidak semua model sesuai untuk penyediaan bahan ‘baking’ atau sebagai alternatif sebagai pengisar!
Oleh itu, pilih yang sesuai dengan kegunaan anda dan jangan hanya beli kerana harga atau jenamanya sahaja.