Dettol body soap juga mempunyai peranan yang sama dengan mandian gel dettol bertindak sebagai anti bakteria. Pernahkah anda menggunakan Dettol Body Soap sewaktu kecil dahulu? Kini, terdapat pelbagai jenis mandian di pasaran. Namun begitu, kebanyakan kita tidak semua yang serasi dengan sabun mandian jenis gel dan lotion.
Seperti yang kita sedia maklum, kegunaan bar soaps atau sabun mandi adalah untuk membersihkan badan daripada kotoran dan peluh disebabkan persekitaran yang tidak sihat. Antara kelebihan sabun mandi adalah membantu membersihkan badan, melembapkan kulit, memberikan kesegaran dan wangian yang berunsurkan aromaterapi.
Dan, sesetengah sabun mandi mengandungi bahan botanikal yang baik untuk mengurangkan pembiakan jerawat akibat bakteria dan melindungi kulit daripada kering yang terlampau. Cara penggunaan sabun mandi sangatlah mudah. Hanya perlu basahkan dengan air dan buihnya digosok dengan lembut pada badan.
1. Dettol Body Soap Original
Sabun Buku Anti-bakteria Original ini dirumuskan khas untuk membasmi kuman dan bakteria setiap hari. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, tidak mengeringkan kulit serta menjadikan kulit tetap bersih dan segar. Sesuai untuk semua lapisan umur tidak kira lelaki atau wanita.
2. Dettol Anti-bacterial Bar Soap 100g B3F1 (Instant Cool)
Terkenal dengan kesegaran menthol, ia membersih dan menyejukkan kulit anda untuk mengekalkan kebersihan dan meninggalkan anda berasa sihat dan segar.
Dengan fungsi sabun 2 dalam 1 ini, ia bukan sahaja mampu membunuh kuman tetapi juga dapat menghapus jerawat serta mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat.
Secara tidak langsung, dapat memberikan rasa sensasi yang sejuk daripada menthol pada kulit sehingga 12 jam.
3. Dettol Body Soap Fresh
Bahan-bahan yang terkandung dalam Sabun buku Dettol Anti-bakteria Fresh ini membantu mengekalkan kelembapan dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.
100% yakin dalam menghapuskan 99.9% kuman. Sabun Buku Dettol Anti-bakteria Fresh dengan sitrus menyegarkan dan memberi perlindungan Dettol yang dipercayai.
Jika anda menggemari wangian sabun untuk badan kekal wangi dan segar sepanjang hari, ini adalah pilihan yang terbaik. Wangian sabun ini boleh bertahan selama 12 jam dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif.
4. Dettol Body Soap Re-Energize
Sabun Buku Dettol Anti-bakteria Reenergise ini menggabungkan perlindungan Dettol dengan ekstrak mandarin yang membantu kulit mengekalkan kelembapan sambil melindunginya daripada kuman, untuk kebersihan dan perasaan bersih.
Sabun ini dapat membangkitkan aroma limau mandarin yang segar dan meningkatkan tenaga setiap kali mandi.
Sesuai untuk digunakan untuk seisi keluarga. Jika anda belum mencubanya, dapatkan dengan segera!
5. Dettol Body Soap Active
Sabun Buku Dettol Anti-bakteria Active menggabungkan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman dengan menthol untuk rasa bersih yang menyegarkan.
Ia membersih dan menyejukkan kulit anda untuk menggiatkan kebersihan dan meninggalkan anda berasa sihat dan segar.
Sabun ini sangat sesuai untuk anda yang cepat berpeluh dan berbau kerana ia meninggalkan rasa kesegaran sehingga 12 jam pada kulit badan. Selamat tinggal bau hapak!
6. Dettol Proskin Antibacterial Skincare Bar Soap
Berbeza dengan sabun buku yang lain, sabun buku Dettol Anti-bakteria Skincare dirumuskan khas dengan ekstrak bunga Sakura dan khasiat multi-vitamin lain yang membantu menjadikan kulit lebih lembut, licin dan sihat setiap hari.
Sangat mesra kepada mereka yang sering mengalami kulit kemerah-merahan dan tidak akan membuatkan kulit menjadi bertambah kering atau mengakibatkan iritasi.