Now Reading
6 Jenis Dettol Shower Gel Pilihan Keluarga

6 Jenis Dettol Shower Gel Pilihan Keluarga

Dettol Shower Gel

Dettol shower gel sememangnya rangkaian gel mandian yang popular untuk kegunaan keluarga. Pemilihan produk mandian (body washes) untuk kegunaan harian bagi seisi keluarga adalah sangat penting. Semestinya kita akan memilih produk mandian yang boleh membersih, melindungi dan merawat kulit.

Dettol sememangnya jenama yang terkenal dengan produk anti-bakteria yang menjadi perlindungan dari kuman. Oleh itu, berikut adalah 6 jenis gel mandian pilihan keluarga yang mungkin anda boleh cuba.

1. Dettol Shower Gel Original

Dettol shower gel

Gel mandian jenis ini mampu membunuh 99.9% kuman dan bersifat Anti-bakteria. 100% yakin melindungi daripada kuman setiap hari.

Gel Mandian Dettol Antibakteria pH-seimbang Original dengan haruman pine menjadi pilihan yang tepat bagi anda yang tidak sukakan aroma yang kuat dari rangkaian Dettol.

Bukan itu sahaja, gel mandian ini mempunyai formula pH- seimbang dengan perlindungan Dettol yang akan melembapkan kulit sehingga 8 jam.

Selain itu, sesuai untuk mereka yang eczema, sensitif atau badan yang cepat berpeluh kerana ia mempunyai sifat Antibakteria.

Bagi mereka yang mempunyai tona tidak sekata pada badan, kandungan Niacinamide dapat membuang sel kulit mati dan mencerahkan parut lama.

Sekaligus dapat membersihkan dan melindungi kulit anda untuk rasa bersih dan sihat setiap hari.

2. Dettol Shower Gel Instant Cool

Dettol shower gel

Menthol sejuk ini dapat merangsang deria anda dan meninggalkan rasa kesegaran dan kesejukan setiap kali mandi.

Gel mandian anda kini melindungi kulit daripada pelbagai kuman yang tidak dapat dilihat.


Gel Mandian Dettol Antibakteria Cool dengan formula pH-seimbang dan menthol memberikan 100% jaminan perlindungan daripada kuman setiap hari.

Dettol Cool Bodywash menggabungkan bauan daun pudina dan bergamot untuk memberi anda kelembapan dan menjadikan kulit anda berasa sihat dan lembut. Rasa segar!

Ia dirumuskan khas bagi perlindungan daripada bau badan selama 12 jam. Sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.

Bahan kandungannya juga ditambah baik dengan jaminan “Tak Melekit” dan Bebas Paraben & Triclocarban.

3. Dettol Shower Gel Fresh

Dettol shower gel

100% Yakin dilindungi daripada kuman dan bakteria. Gel mandian ini seakan sama dengan Gel Mandian Dettol Antibakteria Fresh. Apa yang membezakannya adalah dari segi warna botol dan baunya.

Dengan wangian sitrus yang menyegarkan, boleh menusuk deria anda dalam beberapa saat. Apatah lagi apabila anda menggunakannya ketika mandi.

Gel Mandian Dettol Antibakteria Fresh dengan formula pH-seimbang dan kesegaran sitrus memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman .

Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.

Sesuai untuk semua jenis kulit dan terutamanya kepada mereka yang sukakan wangian yang menyenangkan dan tahan lama sehingga 12 jam.

4. Lasting Fresh

Gel mandian ini diperkaya dengan ekstrak timun yang memberikan bauan baharu dan segar serta tahan lama.

Gel Mandian Dettol Anti-bakteria Lasting Fresh dengan ekstrak timun memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai dan memberikan anda kesegaran yang berpanjangan.

Ia juga dapat memberikan perlindungan, kesegaran dan kesihatan yang berpanjangan. Oleh itu, gel mandian ini sesuai digunakan untuk seisi keluarga tidak kira kanak-kanak atau orang tua.

Dengan mengandungi gabungan kandungan timun dan tembikai susu dapat menghalang kulit daripada kering dan mengekalkan kelembapan pada kulit. Jangan terkejut selepas pakai anda mendapati kulit semakin mulus dari kebiasaan!

5. Re-Energise

Lindungi daripada kuman dan bakteria segera dengan Dettol Shower Foam Reenergize Refill.

Dengan wangian sitrus mandarin bersama dengan zesty memberikan perlindungan dari kuman yang tidak dapat dilihat.

Bukan itu sahaja, selepas mandi anda akan dapati anda berasa sihat, segar dan kembali bertenaga.

Dipercayai oleh keluarga dan profesional perubatan selama beberapa generasi, Dettol adalah produk yang sesuai untuk setiap keluarga yang mementingkan kesihatan tubuh mereka. Formula seimbang pH akan menjadikan kulit anda lembap.

Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit dalam keadaan lembap dan segar.

Dengan aroma mandarin yang menyenangkan akan menjadikan pancuran anda lebih menyeronokkan terutama untuk anak-anak anda!

Jadi, anda boleh cuba jika anda adalah salah seorang peminat bau-bauan sitrus.

6. Dettol Shower Gel Skin Care

Adakah kulit anda mengalami kegatalan dan sensitif terhadap sesuatu bahan kandungan? Cuba gel mandian Dettol Skincare Anti-bakteria ini.

Gel mandian jenis ini menggabungkan kandungan gliserin dengan wanigan bunga Sakura yang melembutkan dan melembapkan kulit dengan baik.

100% diyakini bahawa ia mampu melindungi kulit daripada daripada kuman dan bakteria setiap hari.

Gel Mandian Dettol Antibakteria Skincare dengan formula pH-seimbang memberikan perlindungan Dettol yang dipercayai daripada kuman.

Ia lembut pada halangan kulit dan meninggalkan kulit berasa sihat dan segar.

Peringatan

Semasa menggunakan gel mandian Dettol, pastikan anda:

– Elakkan dari mata
– Jika bersentuhan dengan mata, bilas dengan air yang banyak
– Jika tertelan / ditelan, dapatkan pertolongan perubatan dengan segera dan tunjukkan bekas atau label ini.
– Gunakan mengikut arahan yang tertera pada botol mandian.

Rangkaian gel mandian Dettol ini juga boleh didapati dalam saiz 250ml 500ml 950ml dan isian semula 900ml. Ia boleh didapati di semua pasaraya di seluruh negara dan sesuai untuk digunakan oleh seluruh keluarga.

Setelah meneliti kesemua jenis gel mandi pilihan keluarga di atas, sudahkah anda tahu mana yang terbaik untuk melindungi dan melembapkan kulit anda dan seisi keluarga?

Jika ya, tekan butang untuk membuat pembelian. Semoga anda berpuas hati.

error: Content is protected !!