Mengalami keadaan batuk sememangnya bukanlah satu keadaan yang menyenangkan. Ia mungkin tidak begitu teruk jika anda berada di rumah, namun sekiranya batuk anda adalah agak serius dan anda perlu berada di tempat dengan ramai orang, ia sememangnya satu keadaan yang sangat janggal. Seperti contoh, pasti ramai yang pernah menahan batuk terutama ketika sedang bercakap atau membuat ‘presentation’ di hadapan kelas ataupun di tempat kerja. Di sinilah ubat batuk menjadi penyelamat anda!
Tetapi, masalah batuk ini bukanlah satu hal yang begitu serius kerana ia boleh dirawat dengan sendiri dengan pengambilan ubat batuk. Anda juga boleh mendapatkannya dengan mudah di farmasi ataupun berjumpa dengan doktor sekiranya batuk anda adalah lebih serius. Tambahan pula, biasanya ubat batuk adalah dalam bentuk cecair berbanding pil kerana ia dikatakan dapat melegakan keradangan di tekak dengan lebih baik. Ada juga yang disediakan dalam bentuk pil bagi memudahkan pengambilannya terutama jika anda berada di luar.
Sekarang, jom ketahui 6 jenis ubat batuk yang popular di farmasi-farmasi berdekatan anda.
Cap Ibu dan Anak
RM18.50
Anda mungkin pernah melihat iklannya di kaca televisyen dahulu dan sememangnya merupakan antara ubat batuk yang menjadi kegemaran ramai. Ini adalah ubat sirap yang tidak mempunyai rasa seperti ubat serta sangat sesuai bagi kanak-kanak yang tidak suka makan ubat. Dengan ramuan khas dengan bahan semula jadi yang digunakan, ia semestinya pilihan sesuai bagi mengurangkan dan melegakan batuk anda.
Prospan Cough Syrup
RM12.80
Ubat batuk ini mengandungi ekstrak ‘ivy leaf’ kering yang membantu mencairkan dan memudahkan kahak untuk keluar daripada tekak. Ia juga tidak menyebabkan mengantuk dan boleh digunakan oleh semua peringkat umur dengan kadar yang ditetapkan. Tambahan pula, ia tidak mengandungi kandungan gula tambahan ataupun alkohol.
WOODS’ Peppermint Adult Syrup
RM9.80
Ubat batuk jenama WOODS’ juga adalah antara ubat batuk yang sering digunakan untuk melegakan keadaan tekak anda. Ia mengandungi kandungan ‘Guaiphenesin’ aktif bagi setiap 5ml yang membantu melonggarkan kesesakan di dada dan tekak bagi membolehkan kahak keluar dengan lebih mudah.
HURIX’s Gamat dan Madu Plus Cough Syrup
RM13.50
Dengan kandungan gamat dan madu, kedua-duanya boleh membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak. Ubat batuk ini juga diketahui tidak mempunyai kontraindikasi lain tetapi sekiranya ada kemusykilan, dapatkan informasi lebih daripada doktor dan ahli farmasi berdekatan anda.
Strepsils
RM11.80
Ubat ini adalah dalam bentuk pil dan mempunyai beberapa perisa mengikut kesukaan anda. Tapi, bagi yang lebih spesifik untuk merawat masalah batuk, anda boleh memilih jenis yang mengandungi madu dan lemon (berwarna kuning) ataupun jenis yang khas untuk melegakan batuk dan sakit tekak (berwarna biru tua).
Ubat batuk Kelapa Laut Afrika
RM10.40
Ubat batuk ini juga sangat bagus dalam melegakan batuk dan mencairkan kahak. Dengan campuran berperisa enak, ia berkesan merawat masalah batuk anda yang berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti selema atau kerengsaan tekak.
Ubat Batuk Cap Kaki Tiga 180ml
RM4.58
Ubat Batuk Cap Kaki Tiga mengandungi Guaiphensin, ekspektoran yang membantu melegakan kesesakan di dada dan tekak anda kerana demam, menjadikannya lebih mudah untuk mengeluarkan kahak dari mulut.
- Dos
- Dewasa: 10ml-20ml atau 2-4 sudu teh
- 6-12 tahun: 5ml – 10ml atau 1 -2 sudu teh
- 2-6 tahun: 2.5 – 5ml atau ½ – 1 sudu teh
- Untuk diminum setiap 4 jam.
Ubat Batuk Takabb Cough Pills 80s
RM5.50
TAKABB Anti-Batuk Pil (Perisa Asli) adalah lozeng herba bebas gula yang diperakui HALAL
. Membantu menghilangkan kahak dan melegakan batuk serta sakit tekak.
Dos
7-12 tahun: 3 biji pil (300mg) untuk dihisap dan dicairkan di dalam mulut 4 kali sehari.
Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: 4 pil (400mg) untuk dihisap dan dicairkan di mulut 4 kali sehari.
Pil boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
Ubat Batuk Taisho Pabron Cough Syrup 120ml
RM11.50
Membantu mengurangkan kelikatan kahak untuk membuang & membersihkan kahak & melegakan batuk.
Tidak Mengantuk
Membuang Kahak
Melegakan Batuk
Bebas Alkohol & Bebas Gula
Rasa Lemon & Pudina yang Sedap
Hurix’s Cough Peppermint Plus 60ml
RM10.69
Digunakan secara tradisional untuk menghilangkan batuk, mengurangkan kahak, sakit tekak, selsema, demam, panas badan dan menghilangkan bau mulut (boleh membantu menghilangkan bau mulut setelah merokok atau minum.)
Ubat Batuk Himalaya Diakof Cough Linctus 100ml
RM15.90
- Diakof bermanfaat untuk batuk yang produktif dan kering untuk orang yang menderita diabetes mellitus.
- Sifat mukolitik dan ekspektoran mengurangkan kelikatan rembesan bronkus dan memudahkan ekspektasi. Tindakan antifussive periferal
- Diakof mengurangkan kerengsaan mukosa bronkus dan bronkospasme yang berkaitan.
- Selain itu, sifat anti-alahan, antimikroba dan penguat imun memberi kelegaan kepada batuk.
Breacol Cough Syrup For Adults 120ml
RM6.90
- Ubat Batuk Untuk Orang Dewasa
- Menenangkan Sakit Kerengsaan
- Membuang Kahak Tebal
- Melegakan Batuk
Woods’ Herbal Cough Syrup 60ml
RM7.20
- Kini dengan Active GTM
- WOODS ‘Peppermint Cough Syrup mengandungi bahan aktif Guaiphenesin.
- Guaiphenesin adalah ekspektoran yang bertindak membuang lendir tebal dan kahak dengan menipis dan memecah struktur kahak yang melekat pada dinding saluran udara anda. Setelah dilonggarkan, sistem anda menjadi lebih mudah dan cepat untuk mengeluarkan kahak.