Sakit tekak biasanya berlaku kerana jangkitan virus disebabkan demam ataupun selesema. Biasanya, anda akan mengalami sakit tekak bersama batuk dan selesema sekali gus sekiranya anda demam dan kesihatan anda merosot.
Namun, bagi mendapatkan kelegaan yang cepat, individu biasanya mendapatkan ubat hisap yang boleh dibeli di farmasi berdekatan mahupun di kedai-kedai runcit tertentu. Ia bukan sahaja boleh dibawa ke mana-mana sahaja, malah ia juga murah.
Sekarang, jom lihat antara 6 jenis ubat tekak yang popular di farmasi Malaysia.
Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.
Strepsils Soothing Honey & Lemon 24s
RM11.56
Antara jenis ubat Strepsils yang baik untuk melegakan sakit tekak adalah ‘Strepsils Soothing’ dan juga ‘Strepsils Honey & Lemon’. Bagi yang mengandungi madu dan lemon, ini semenangnya adalah pilihan yang baik kerana kombinasi kedua-dua bahan antiseptik ini dapat melegakan sakit tekak anda dengan cepat. Jenis ‘soothing’ pula memberikan kelegaan dengan rasa yang sejuk pada tekak.
Dequadin Lozenges
RM8.50
Setiap satu pil Dequadin mengandungi Dequalinium Cloride, agen anti-bakteria dan anti-kuman yang menjadikannya efektif untuk melawan bakteria penyebab sakit tekak. Dengan perisa oren yang enak dan manis kerana diperbuat berdasarkan sucrose, ia pastinya menjadi pilihan ubat sakit tekak anda.
WOODS’ Peppermint Lozenges
RM2.60
Ubat WOODS’ sememangnya terkenal dalam kalangan individu walaupun memiliki perasa yang kurang enak. Namun, ia sememangnya dapat membantu memberikan kelegaan pada tekak yang meradang dalam waktu yang singkat.
Fisherman’s Friend
RM3.60
Ia bukan sahaja boleh melegakan sakit tekak, malah ia juga sesuai diambil ketika anda batuk. Walaupun rasanya tidak begitu enak, namun ia ternyata berkesan dalam melegakan sakit tekak. Bagi mereka yang tidak menyukai rasanya yang sedikit pahit, anda boleh minum sedikit air apabila mengambilnya.
Difflam Sore Throat Lozenges
RM16.60
Pembersih muka ini digunakan untuk menentang jerawat. Ia mengandungi tanah liat Bentonit untuk menyeimbangkan Ubat sakit tekak jenama Difflam mempunyai sifat anti-keradangan yang boleh memberi kelegaan pada sakit tekak termasuklah ‘pharyngitis’ iaitu keradangan di bahagian belakang tekak. Kandungan Benzydamine HCl dalamnya juga boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak di tekak anda. Anda boleh memilih jenis yang berbeza mengikut keadaan dan keperluan anda.PH dan bebas daripada wangian.
HUDSON’S Eumenthol Jujubes
RM6.79
Dengan formula khas di dalamnya, ia dapat memberikan kesan positif yang melegakan kesakitan dan menyegarkan tekak anda. Malah, ia juga menjadikan nafas anda berbau lebih segar daripada sebelumnya. Mempunyai dua jenis iaitu ‘Classic’ atau ‘Honey lemon’, anda boleh mencuba mana-mana yang anda suka dan sesuai dengan cita rasa anda.