Now Reading
6 Resepi Ikan Merah Yang Asli Dan Sedap

6 Resepi Ikan Merah Yang Asli Dan Sedap

resepi ikan merah

Ikan merah sangat biasa digunakan dalam hidangan seperti kari, asam pedas dan banyak lagi. Dengan warnanya yang menarik, ia menjadikan hidangan anda lebih berwarna berbanding ikan yang lain.

Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat yang sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau snapper family di mana menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi.

Malah, ia juga berkhasiat dan sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan badan.

Dalam artikel ini, kami telah kumpulkan 6 resepi ikan merah versi sihat yang anda boleh cuba di rumah selepas ini!

Resepi kari ikan merah

Kari, satu hidangan kegemaran bagi semua masyarakat walaupun boleh diolah dalam versi tersendiri. Jika anda perasan, kari di negara kita adalah berbeza dengan di Jepun, di India dan negara-negara lain tapi ia masih mempunyai asas yang sama, iaitu penggunaan rempah ratusnya.

Jom lihat resepi kari ikan merah seperti di bawah yang tidak menggunakan santan sebagai salah satu bahannya.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 1 biji bawang merah (dihiris halus)
  • 1 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu minyak kelapa
  • 2 sudu teh garam (garam bukit)
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari dan halba sehinggga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ikan merah dan air lagi. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan air asam jawa dan garam serta kacau dengan sebati.
  5. Biarkan ia masak seketika hingga ikan masak.
  6. Tutup api dan hidangan kari versi sihat anda siap dihidangkan!

Resepi ikan merah kukus

Hidangan kukus pastinya adalah cara baik untuk makan makanan secara sihat kerana ia tidak menggunakan minyak yang mengandungi banyak kalori. Jadi, jom lihat cara penyediaan ikan merah kukus seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 biji cili api (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 7 biji limau kasturi/ 4 biji limau nipis
  • Garam secukupnya (garam bukit)
  • Sedikit daun bawang (sebagai hiasan)
  • 1 biji tomato dipotong bulat (sebagai hiasan)
  • Daun salad (sebagai hiasan)

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan seketika.
  2. Lumurkan ikan sekali lagi dengan bahan-bahan yang dihiris dan dicincang (bawang besar, bawang putih, halia serai dan cili api) ke seluruh ikan.
  3. Perah limau nipis/ kasturi dan ratakan ke seluruh ikan.
  4. Sediakan periuk kukus berisi air mendidih.
  5. Paikkan periuk pengkus dan pinggan bagi mengelakkan air ikan terjatuh ke dalam air pengukus.
  6. letakkan ikan dalam bekas pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
  7. Setelah masak, angkat segera ikan dan hidangkan dalam pinggan.
  8. Tuang kuah yang terhasil bersama ikan.
  9. Jangan biar ikan dalam periuk kukus terlalu lama kerana ini akan menyebabkan ikan terlebih masak dan isi menjadi kering.
  10. Taburkan bahan hiasan untuk menjadikan ia lebih menarik.
  11. Hidangan ikan merah stim anda siap dihidangkan!

Resepi ikan merah 3 rasa

Resepi ini sebenarnya boleh digunakan bagi ikan-ikan lain juga seperti ikan siakap, ikan bawal atau ikan yang bersesuaian tapi kali ini, jom sediakan ikan merah 3 rasa pula. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 6 biji cili padi (dihiris nipis)
  • Sedikit garam (garam bukit) dan gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak (gunakan minyak sihat seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan sebagainya)

Bahan sos:

  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan garam dan sedikit kunyit pada ikan merah kemudian bakar dalam ketuhar atau air fryer anda dengan suhu yang bersesuaian sehingga masak.
  2. Keluarkan ikan dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan suhu sederhana seketika.
  4. Masukkan cili padi hiris dan goreng hingga sedikit layu.
  5. Masukkan bahan lain seperti bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
  6. Tumis hingga kekuningan dan agak garing.
  7. Masukkan bahan sos dan tambahkan air.
  8. Kacau hingga kuah masak kemudian masukkan garam dan gula.
  9. Sekiranya anda hendak kuah yang sedikit pekat, kacau sedikit tepung jagung yang dibancuh bersama air dan tuangkan dalam kuah.
  10. Kacau seketika dan tutup api.
  11. Tuang kuah di atas ikan dan hidangan anda siap dihidangkan!

Resepi ikan merah sambal petai

Siapa yang suka makan sambal petai tu angkat tangan? Apa kata kali ini cuba ubah hidangan sambal petai biasa yang selalunya menggunakan udang sebagai bahan utama kepada ikan merah pula?

Jom kita lihat cara penyediaannya yang mudah di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan merah
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 sudu cili kering (dikisar)
  • Sedikit garam (garam bukit)
  • Sedikit lakanto (pengganti gula)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil petai (dikopek dan dibersihkan)
  • 2 biji kentang (dibelah empat dan digoreng)

Cara penyediaan:

  1. Lumur serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan dengan rata.
  2. Masak ikan menggunakan ketuhar atau air fryer pada suhu yang sesuai.
  3. Setelah masak, keluarkan ikan dan biarkan ke tepi seketika.
  4. Kisar bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih dan cili kering.
  5. Panaskan minyak dalam kualiti dan tumiskan bahan yang telah dikisar itu tadi.
  6. Masak sehingga cili kelihatan garing dan masukkan sedikit air jika ia terlihat kering.
  7. Masukkan pula air asam jawa dan petai.
  8. Kemudian, perasakan dengan garam dan lakanto (pengganti gula).
  9. Masukkan ikan yang telah dimasak tadi dan masukkan kentang yang digoreng dahulu.
  10. Kacau hingga sebati dan kesemuanya masak dengan baik.
  11. Hidangkan lauk ikan merah anda dan makan dengan nasi ketika panas.

Resepi sup ikan merah

Menghirup kuah sup panas-panas terutama ketika tidak sihat atau cuaca sejuk pastinya sangat melegakan dan menghangatkan badan. Jadi, selain makan sup ayam yang biasa tu, apa kata kali ini anda cuba pula sup ikan merah?

Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 4 keping isi ikan merah
  • 3 biji tomato (dibelah empat)
  • 1 biji lima nipis (perah jusnya)
  • Sedikit daun sup (dihiris halus)
  • Garam (garam bukit) secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak (gunakan minyak sihat seperti minyak sayuran, minyak kelapa dan sebagainya)

Bahan tumis:

  • 1 bungkus sup bunjut ikan
  • 2 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 2.5 cm halia (dimayang halus)
  • 2.5 cm lengkuas (dimayang halus)
  • 3 biji lada hitam (ditumbuk)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan semua jenis bawang, halia, lengkuas, lada hitam dan sup bunjut.
  2. Kacau hingga wangi dan masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan ikan dan biarkan ia masak seketika.
  4. Tambahkan jus limau nipis.
  5. Tambahkan pula buah tomato dan perasakan dengan garam.
  6. Tutup api apabila tomato sudah masak dan kelihat lembut.
  7. Hidangkan sup anda dan taburkan daun sup yang telah dihiris sebagai hiasan.
  8. Hidangan sup ikan merah anda siap dihidangkan dan dinikmati ketika panas!

Resepi singgang ikan merah

Ikan singgang adalah seperti sup kerana ikan ini mempunyai kuahnya dan dimasak dengan kaedah merebus berbanding cara gorengan biasa. Ia biasanya terkenal dalam kalangan masyarakat di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Jika anda mahu cuba resepi baharu di rumah dengan cara masakan sebegini, jom lihat cara penyediaan singgang ikan merah seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 tangkai akar ketumbar (pilihan)
  • Garam (garam bukit) secukup rasa
  • Sedikit air

Cara penyediaan:

  1. Potong bawang merah menjadi 6 bahagian. Bawang putih dan lengkuas pula dihiris manakala serai dititik dan halia dan kunyit diracik halus.
  2. Basuh ikan dengan bersih dan gaul dengan garam bukit.
  3. Masukkan semua bahan termasuk air ke dalam periuk. Sukatan air hanyalah separuh daripada saiz ikan (air ikan akan keluar).
  4. Hidupkan api dan tutup periuk kemudian masak selama 7-10 minit.
  5. Apabila kuah kelihatan sudah menggelegak dan ikan terlihat sudah masak, tutup air.
  6. Hidangkan ikan anda bersama kuah dan taburkan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.
  7. Hidangan singgang ikan merah anda siap dihidangkan!

JADI,

Jika anda berkelapangan atau mencari idea baru ketika memasak, apa kata cuba resepi-resepi ikan merah ini? Ia bukan sahaja enak, tapi anda juga boleh cuba resepi sama pada ikan-ikan lain juga kerana kebanyakannya menggunakan bahan asas yang sama sahaja.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://keeprecipes.com/recipe/howtocook/resepi-sup-ikan-merah

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.

Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

SUMBER

https://cookpad.com/my/recipes/11142430-kari-ikan-sihat

https://e-rasa.blogspot.com/2017/06/resepi-ikan-merah-kukus.html

https://seripayaku.blogspot.com/2010/10/ikan-merah-tiga-rasa.html

https://cookpad.com/my/recipes/13445818-ikan-merah-masak-sambal-petai

https://cookpad.com/my/recipes/10849987-singgang-ikan-merah-yang-healthy

https://www.rasa.my/kurang-sihat-sup-ikan-merah-ni-boleh-hangatkan-badan-sedap-memang-tak-bau-hanyir/

error: Content is protected !!