6 tempat menarik di Kelantan yang anda perlu kenalpasti sebelum bercuti ke Negeri Kelantan. Majoriti penduduk Kelantan adalah orang Melayu dan negeri ini turut digelar sebagai ‘Buaian Budaya Melayu’. Hampir 93 peratus populasinya adalah terdiri daripada orang Melayu.
Orang Kelantan juga dikenali sebagai kelompok yang sangat menjaga adat dek kerana budaya dan tradisi mereka yang dipegang kuat sejak berkurun lamanya.
Bagi yang tidak tahu tentang asal usul nama Kelantan pula, “Kelantan” itu sendiri bermaksud “Tanah Kilat” melihatkan negeri itu adalah lokasi utama di mana kilat sering menonjolkan panahan ribut petirnya setiap tahun.
Untuk pengetahuan kamu lagi, negeri Cik SIti Wan Kembang ini juga adalah antara pengedar beras, getah dan tembakau terbesar bahkan, juga dikenali kerana ciptaan kraftangan berupa Batik, Songket, serta ukiran kayu artistik.
Kelantan juga menawarkan tapak pelancongan sebagai sebahagian aktiviti ekonominya. Untuk itu, ini 6 tempat menarik di Kelantan yang harus anda jejaki.
1. Pantai Irama
Jika dilihat pemandangannya, sudah pasti mengapa ia menjadi pantai kegemaran orang Kelantan. Pantai Irama berada di kedudukan yang menghadap Laut China Selatan, bunyi irama ombak di situ merupakan idea asal nama ‘Irama’.
Kemudahan awam seperti tandas, gerai, surau, dan wakaf juga ada disediakan. Untuk pengunjung kanak-kanak, taman permainan turut disediakan untuk mereka bermain. Kawasan di pantai ini juga sentiasa sibuk dengan gerai-gerai dan selain itu, ada pesta dan orang ramai yang berlari di sana pada waktu tertentu.
2. Pelayaran Sungai Kelantan
Pelayaran ini akan bermula di Medan Bakar Kedai Buloh (MIB). Dari MIB, ia bergerak di sepanjang Sungai Kelantan dan di pulau-pulau sekitar Pulau Suri.
Di Pulau Suri, anda akan menikmati kuih tradisional, minum air kelapa atau makan buah nipah. Selepas makan, anda berpeluang untuk mempelajari bagaimana mereka membaiki kapal dan kapal nelayan di sana.
Terdapat banyak homestay yang tersedia jika anda ingin tinggal di sana. Sekiranya tinggal di sana, cubalah memancing ikan atau udang di sekitar pulau.
Harga Tiket: RM20 (dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Alamat: Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu
Waktu Operasi: Setiap Hari | 8:30 am – 6:00 pm
3. Pasar Siti Khadijah
Perjalanan tidak lengkap ke Kelantan jika tidak ke Pasar Siti Khadijah. Ia terkenal sebagai syurga membeli-belah. Pelbagai barangan dijual di sini seperti pakaian, perhiasan, alat solek, dan makanan tempatan seperti perisa makanan, keropok, dodol, rempah, dan kuih kelantan.
Di pasar, terdapat juga kedai makan yang menyediakan pelbagai menu termasuklah makanan tradisional Kelantan.
Alamat: Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu
Waktu Operasi: Setiap Hari | 7:00 am – 6:00 am
4. Taman Negara Kuala Koh
Taman Negara Kuala Koh terletak di 3 sempadan yang melibatkan 3 negeri – Kelantan, Pahang, dan Terengganu. Ia terletak 96 kilometer dari Gua Musang, di sempadan negeri Kelantan. Keunikan dan keindahan flora dan fauna menjadikannya ideal untuk pelancongan dan penyelidikan.
Terdapat lebih daripada 300 spesies burung di sini. Jadi, ramai peminat burung berhenti di sini.
Peminat memancing juga mempunyai tempat untuk memancing di taman ini. Bagi jurukamera, memang lokasi yang menarik untuk menguji bakat fotografi anda. Pelawat lain boleh memilih untuk aktiviti hutan, berkayak, berkanu, dan berkhemah.
Alamat: Taman Negara Kelantan, Kuala Koh, Gua Musang
5. Muzium Islam
Dokumen dan artifak pengembaraan Islam di Kelantan dipamerkan di muzium ini. Jadi, adalah wajar untuk menambah pengetahuan, memahami dan mengetahui bagaimana Islam bertapak di Kelantan.
Muzium Islam juga mungkin ada kaitan dengan gelaran Serambi Mekah yang diberikan kepada negeri ini. Lokasinya di Kota Bharu, berhampiran dengan muzium lain dan Bank Kerapu.
Alamat: Jalan Masjid, Kota Bharu
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis | 8:30 am – 4:45 pm (Sabtu-Khamis)
6. Jeram Linang
Air terjun Jeram Linang tidak cukup tinggi, hanya 12 meter sahaja. Tetapi, air terjunnya yang sejuk dan segar selalu mengundang pengunjung dari mana-mana, terutama penduduk tempatan. Pada hujung minggu keadaannya agak sesak. Jadi, jika anda mahu berkelah di sini, anda harus elakkan memilih hari cuti.
Pada hari biasa, agak sunyi tetapi lebih damai. Sekiranya anda tidak mahu berenang, melihat pemandangan sekitarnya sudah cukup untuk memikat dan menenangkan hati anda.
Alamat: Hutan Simpan Ulu Sat, Pasir Putih
Selamat melancong semuanya!
SUMBER
https://www.malaysia-traveller.com/top-kelantan-attractions.html
https://cari-homestay.com/kelantan-places-of-interest-you-have-to-visit/