Now Reading
7 Jenis Dadah dan Bahayanya

7 Jenis Dadah dan Bahayanya

7 Jenis Dadah dan Bahayanya

Terlebih dos dadah kini menjadi penyebab utama kematian yang tidak disengajakan di Amerika Syarikat. Sebenarnya, lebih banyak orang Amerika mati akibat tidak menyedari bahaya dadah berbanding dengan kemalangan kereta setiap tahun. Walaupun masalah itu tidaklah sebegitu hebat jika dibandingkan dengan negara ini, namun ia masih menjadi satu masalah yang dibimbangkan. Kesan buruk yang berlaku kerana jenis dadah yang berbeza boleh menyebabkan kematian sekiranya ia tidak dikesan dan dirawat lebih cepat.

Mari kita ketahui lebih lanjut tentang 7 jenis dadah dan bagaimana ia adalah sangat berbahaya bagi anda.

1. Heroin

Ditubuhkan pada tahun 1874 oleh C. R. Alder Wright, heroin adalah salah satu jenis dadah yang tertua di dunia. Pada asalnya, ia digunakan sebagai ubat penahan sakit yang kuat untuk merawat kesakitan kronik dan trauma fizikal. Namun, sekarang penggunaanya adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah. Sejak itu, ia menjadi antara salah satu bahan yang paling merosakkan di dunia, memberi kesan buruk komuniti dan memusnahkan keluarga.

Kesan sampingan heroin termasuklah keradangan gusi, peluh sejuk, sistem imun yang lemah, kelemahan otot dan insomnia. Ia juga boleh merosakkan saluran darah yang kemudiannya menyebabkan gangren jika tidak dirawat dengan cepat.

2. Kokain

Kokain, juga dikenali sebagai ‘blow’, ’coke’ dan ‘crack’ adalah perangsang kuat yang digunakan sebagai ubat rekreasi. Ia boleh menyebabkan risiko kesihatan jangka panjang akibat penggunaannya, termasuk penyakit jantung, darah tinggi, kegagalan organ, gangguan pernafasan, strok, penurunan berat badan yang tidak sihat dan kekejangan. Selain itu, penggunaan kokain melepaskan sejumlah besar dopamin di otak, memicu rasa euforia semasa digunakan. Penyalahgunaan kokain boleh menyebabkan serangan jantung, kekejangan, strok dan lebih serius lagi, kematian. Individu yang menggunakan kokain biasanya akan mengalami perasaan paranoia, kegembiraan, penurunan berat badan yang melampau, kegelisahan dan kemurungan.

Perasaan gembira yang dialami juga dapat menimbulkan kebergantungan emosi bagi mereka yang sedang melawan masalah kemurungan dan tekanan. Ini dapat mewujudkan rasa seronok yang membuatkan seseorang melupakan kesulitan seketika dan berasa seperti terlalu bebas. Namun, apabila sensasi itu hilang, individu itu akan menginginkan jumlah kokain yang lebih banyak dan lebih tinggi.

3. Morfin

Morfin adalah Narkotik sintetik jadual II yang berasal dari tumbuhan Opium. Ia merupakan sejenis Narkotik yang mempunyai risiko penyalahgunaan yang tinggi dan telah digunakan di hospital untuk membantu menghilangkan rasa sakit. Malah, morfin boleh didengus, disuntik atau dihisap. Biasanya, penyalahgunaan morfin mendorong kepada kesan euforia pada minda dan badan, menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan tahap kegelisahan.

Gejala penarikan seperti kemurungan dan loya boleh menyukarkannya individu untuk berhenti, dan apabila morfin digabungkan dengan bahan lain, ia dapat meningkatkan risiko berlakunya masalah dos berlebihan yang membawa maut.

4. Methamphetamines

Methamphetamine, atau Meth diklasifikasikan sebagai stimulan. Ia mempunyai bentuk seperti kristal yang berbeza dan tahap ketagihan yang sangat tinggi. Penyalahgunaan dadah jenis ini boleh menyebabkan ciri-ciri fizikal yang ketara yang boleh kekal. Antaranya termasuklah penurunan berat badan yang cepat, emosi yang berubah dan kerosakan gigi yang melampau. Penggunaannya boleh menyebabkan tahap dopamin yang tinggi di otak selama beberapa hari.

Tambahan pula, Meth sudah banyak tersedia dan boleh dihasilkan daripada barangan harian beracun yang terdapat di rumah kita. Individu yang menyalahgunakan Meth boleh merasakan peningkatan degupan jantung, kewaspadaan, pergolakan, jangkitan kulit dan berisiko mengalami masalah dos berlebihan.

5. Kanabis/ Ganja

Kanabis (juga disebut sebagai ganja) mengandungi THC, bahan kimia yang boleh mengubah fikiran. Ganja adalah sah di beberapa negara untuk kegunaan perubatan dan/ atau kegunaan rekreasi. Namun, ia boleh menyebabkan banyak kesan sampingan, seperti mabuk, perubahan emosi, perubahan deria, perubahan persepsi masa dan masalah berfikir dengan baik.

Dengan penggunaan dos yang tinggi, ia boleh menyebabkan khayalan, halusinasi dan psikosis. Penggunaan ganja jangka panjang juga boleh memberi kesan kepada perkembangan otak dan menyebabkan masalah dengan pernafasan, mual dan muntah. Penggunaan kronik boleh menyebabkan ketagihan, dan individu yang mula menggunakan ganja sebelum berumur 18 tahun lebih cenderung mengalami gangguan penggunaan ganja. Menghentikan pengambilannya juga boleh menyebabkan gejala penarikan.

6. LSD

LSD (lysergic diethylamide acid), yang pertama kali disintesis pada tahun 1938, adalah halusinogen yang sangat kuat. Ia dihasilkan secara sintetik dari asid lisergik, yang terdapat di ergot, kulat yang tumbuh pada rye dan biji-bijian lain. Sebilangan orang mungkin menyedut LSD melalui hidung (mendengus) atau menyuntikkannya ke urat (sebagai suntikan). Ianya berbahaya kerana tiada cara tertentu untuk meramalkan jumlah LSD dalam sesebuah bentuk apa pun yang dimakan.

Seterusnyam, LSD adalah dadah yang boleh mengubah fikiran. Ia dianggap boleh menyebabkan kesan halusinasi khasnya melalui interaksi dengan reseptor serotonin di otak. Serotonin adalah neurotransmitter yang membantu mengawal tingkah laku dan emosi anda, mengawal pancaindera anda dan mengatur pemikiran anda. Kesan pengambilannya merangkumi halusinasi, persepsi visual yang berubah-ubah terhadap warna dan bentuk serta kegelisahan dan kemurungan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan degupan jantung yang cepat, peningkatan suhu badan dan tekanan darah tinggi.

7. MDMA

MDMA adalah ubat haram yang bertindak sebagai perangsang dan psychedelic, menghasilkan kesan yang memberangsangkan, serta penyimpangan masa dan persepsi serta peningkatan kenikmatan. Ia juga lebih banyak dikenali sebagai Ecstasy dan Molly. Di samping itu, MDMA merangsang pembebasan neurotransmitter seperti serotonin dari neuron otak, menghasilkan kesan seperti mabuk yang berlangsung selama 3 hingga 6 jam, tetapi tempoh tersebut boleh berubah mengikut individu.

Ubat terlarang ini memberikan kesan utamanya di otak pada neuron yang menggunakan bahan kimia serotonin, dopamin dan norepinefrin untuk berkomunikasi dengan neuron lain. Serotonin berkemungkinan besar bertanggungjawab terhadap perasaan empati, emosi yang meningkat dan pendekatan emosi yang dialami dengan ubat ini. Malah, dadah MDMA dapat menghasilkan kesan perangsang seperti rasa keseronokan dan keyakinan diri yang meningkat dan peningkatan tenaga.

SUMBER

https://www.addictioncenter.com/news/2019/08/15-most-dangerous-drugs/

https://www.rehabspot.com/drugs/the-top-10-most-dangerous-drugs/

https://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/from-krokodil-to-purple-drank-the-worlds-10-most-deadly-street-drugs-a6719541.html

https://www.drugs.com

error: Content is protected !!