Now Reading
7 Kelebihan Diet Eat Clean

7 Kelebihan Diet Eat Clean

7 kelebihan diet eat clean

Kelebihan diet ‘Eat Clean’ dapat dilihat sebagai ‘makan secara bersih’ yang terdiri daripada buah-buahan, bijirin dan protein tanpa lemak.

‘Eat clean’ juga bermaksud mengelakkan makanan yang tinggi gula dan garam tambahan dan makanan yang diproses. Sebaliknya, mengamalkan memakan makanan ‘sebenar’ yang penuh dengan nutrien penting.

Dalam artikel ini, kami memberikan 7 kelebihan diet ‘Eat clean’ dan beberapa bukti berkenaannya.

1. Menurunkan berat badan

Penurunan berat badan boleh mengurangkan risiko keadaan kronik. Jika seseorang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, mereka berisiko tinggi untuk mengembangkan beberapa jenis penyakit, termasuk:

  • Penyakit jantung
  • Diabetes mellitus (tidak bergantung pada insulin)
  • Ketumpatan tulang yang teruk
  • Beberapa jenis kanser

Makanan sebenar seperti yang disyorkan dalam diet eat clean, terdiri daripada makanan yang tidak dirproses, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori berbanding makanan yang diproses. Seseorang yang sedang berusaha untuk Menurunkan berat badan perlu mengurangkan pengambilan kalori mereka tidak lebih dari jumlah yang diperlukan setiap hari.

Selain itu, serat adalah salah satu elemen diet bersih yang penting untuk menguruskan berat badan. Makanan bersumberkan tumbuh-tumbuhan mengandungi banyak serat yang boleh mengawal kelaparan dengan cara membuatkan anda berasa kenyang buat tempoh yang lama.

2. Mengurangkan risiko kanser

Diet eat clean yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, tanpa makanan yang diproses boleh membantu melindungi diri anda dari kanser.

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2014, para penyelidik menemui bahawa diet yang kaya dengan buah-buahan mengurangkan risiko kanser pada saluran gastrousus atas. Mereka juga menjumpai diet kaya dengan sayur-sayuran dan serat mengurangkan risiko kanser kolorektal dan diet kaya dengan serat mengurangkan risiko kanser hati.

Kebanyakan kimia yang ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan legum bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan yang boleh menyebabkan kanser. Sesetengah antioksidan ini termasuklah beta-karoten, likopena serta vitamin A, C dan E.

3. Menguruskan kencing manis

Mengamalkan diet Eat Clean boleh membantu individu yang mempunyai penyakit kencing manis untuk:

  • Menurunkan berat badan
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Mengekalkan tekanan darah dan paras kolesterol dalam julat yang ditetapkan
  • Mengelakkan komplikasi kencing manis

Pesakit kencing manis perlu mengehadkan pengambilan gula dan garam tambahan dalam diet harian mereka.

4. Meningkatkan kesihatan jantung dan pencegah strok

Sebanyak 80% `kes penyakit jantung pramatang boleh dicegah dengan melakukan perubahan gaya hidup seperti peningkatan tahap aktiviti fizikal dan mengamalkan diet Eat Clean.

Malah, terdapat beberapa bukti bahawa sayur-sayuran yang diambil dalam Eat Clean boleh mengelakkan pembekuan darah yang menyebabkan serangan jantung. Makanan berikut adalah penting untuk kesihatan jantung:

  • Badam
  • Kacang tanah
  • Kacang hazel
  • Biji bunga matahari
  • Sayur-sayuran hijau

5. Kesihatan yang lebih baik bagi generasi akan datang

Kebiasannya, kanak-kanak mempelajari tingkah laku sihat daripada individu dewasa di sekeliling mereka. Jadi, ibu bapa yang menjadi model dengan menunjukkan diet ‘et clean’ yang penuh dengan makanan sihat boleh mewariskan gaya hidup ini kepada anak-anak mereka.

6. Memperoleh emosi yang lebih baik

Pada tahun 2016, satu kajian menemui bahawa diet yang mengandungi banyak gula tambahan boleh meningkatkan simptom kemurungan dan keletihan.

Sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran penuh mengandungi kandungan gula yang rendah bahkan, tiada gula tambahan langsung. Justeru itu, mengamalkan diet ‘Eat Clean’ boleh membantu menguruskan emosi anda.

7. Memperbaiki kesihatan usus

Kolon dipenuhi dengan bakteria semulajadi yang memainkan peranan penting dalam metabolisme dan sistem pencernaan.

Sesetengah rantaian bakteria juga menghasilkan vitamin K dan B yang bermanfaat buat kolon. Rantaian ini juga membantu melawan bakteria dan virus dalam usus.

Diet tidak sihat yang kurang dengan serat dan tinggi gula serta lemak trans daripada makanan yang diproses boleh meningkatkan keradangan dalam usus.

Serat adalah probiotik yang baik untuk kesihatan usus. Biasanya, serat banyak terkandung dalam sayur-sayuran, bijirin, buah-buahan dan legum, yang merupakan makanan ‘bersih’.

Oleh itu, mengamalkan diet eat clean boleh membantu menyihatkan usus anda.

Sumber:

error: Content is protected !!