Manfaat kesihatan diet keto dan diet rendah karbohidrat terlalu banyak dan salah satunya mengurangkan berat badan seseorang. Diet rendah karbohidrat telah menjadi satu topik yang kontroversi sejak berpuluh tahun dahulu. Ada pihak mengatakan bahawa diet ini boleh meningkatkan kadar kolesterol yang seterusnya menyebabkan masalah jantung. Ini boleh berlaku kerana adanya kandungan lemak yang tinggi dalam badan pengamal diet keto. Tetapi ini adalah tidak benar kerana kebanyakkan lemak yang terdapat dalam badan kita merupakan lemak yang ditukar daripada karbohidrat.
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kajian saintifik, diet rendah karbohidrat telah terbukti menyihatkan dan menjanjikan kebaikan kepada individu.
Jadi, mari kita ketahui 7 manfaat kesihatan diet keto ini.
1. Kurangkan selera
Kelaparan sering menjadi kesan sampingan serius bagi individu yang mahu berdiet. Ianya juga merupakan salah satu punca utama mengapa ramai yang menjadi sengsara dan akhirnya berputus asa dengan diet ini. Namun demikian, manfaat kesihatan diet keto adalah boleh mengurangkan selera individu secara automatik.
– Bagaimana ianya terjadi?
Kajian secara konsisten telah menunjukkan bahawa individu yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makan makanan berprotein dan berlemak yang lebih banyak akhirnya akan mengambil kalori yang lebin rendah. Ini kern lemak dan protein membantu menahan lapar. Jadi, anda secara langsung akan kurang berasa lapar dan ini adalah sesuatu yang bagus bagi mereka yang sedang berdiet.
2. Kehilangan lebih banyak berat badan
Mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah salah satu cara termudah dan paling efektif untuk mengurangkan berat badan. Ini adalah salah satu manfaat kesihatan diet keto yang sangat baik bagi mereka yang sedang berdiet.
Kajian memutuskan bahawa mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat lebih cepat kehilangan air berbanding mereka yang mengikuti diet rendah lemak dan kalori. Ini berlaku kerana diet rendah karbohidrat bertindak menyingkirkan air berlebihan daripada badan anda, menurunkan kadar insulin dan menyebabkan penurunan berat badan yang cepat dalam minggu pertama atau kedua.
Selain itu, dalam sebuah kajian yang membandingkan diet rendah karbohidrat dan diet rendah lemak, mereka yang mengurangkan pengambilan karbohidrat kadangkala kehilangan berat badan sehingga 2 atau 3 kali ganda berbanding kebiasaannya. Apa yang menariknya adalah kesemua ini dapat dicapai tanpa perlu menahan lapar seperti yang sering dilakukan apabila individu mula berdiet.
Seterusnya, satu kajian lain melibatkan individu dewasa yang gempal mendapati bahawa diet rendah karbohidrat ini ternyata ekektif selama hampir 6 bulan berbanding diet konvensional yang lain. Selepas itu, perbezaan dalam pengurangan berat badan antara kedua-dua diet dilihat tidak lagi relevan.
3. Kehilangan lemak daripada rongga perut anda
Tidak semua lemak dalam badan anda adalah lemak yang sama. Lokasi tempat penyimpanan lemak boleh menentukan bagaimana ia menjejaskan kesihatan dan meningkatkan risiko anda terhadap penyakit tertentu.
Dua jenis lemak yang utama adalah lemak subkutan (subcutaneous) yang berada di bawah kulit anda serta lemak visera (visceral) yang berkumpul di rongga perut dan biasa dijumpai pada lelaki yang gemuk.
Selain itu, lemak visera (visceral) juga berkumpul di sekeliling organ anda. Lemak jenis ini yang berlebihan dikaitkan dengan keradangan dan gangguan insulin.
Diet rendah karbohidrat adalah sangat ekeftif dalam mengurangkan lemak perut yang berbahaya ini. Malah, sebahagian besar lemak dikurangkan kerana diet rendah karbohidrat dilihat berasal dari rongga perut.
Dari masa ke masa, ini dapat mengurangkan risiko individu untuk mendapat penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Bukankah ini satu aspek yang mengagumkan kerana selain mengurangkan lemak, anda juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya pada masa yang sama.
4. Kadar trigliserida menurun secara mendadak
Trigliserida adalah molekul lemak yang mengalir dalam saluran darah anda. Ianya sudah diketahui bahawa kadar trigliserida yang tinggi dalam darah selepas berpuasa selama semalaman adalah faktor kuat yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Inilah antara penyakit yang sangat ditakuti oleh semua orang memandangkan ia merupakan pembunuh utama di antara semua penyakit lain yang ada.
Salah satu punca tahap trigliserida yang tinggi adalah pengambilan karbohidrat terutamanya gula biasa. Apabila individu menghentikan pengambilan karbohidrat, mereka akan mengalami penurunan kadar trigliserida dalam darah secara mendadak. Ini adalah satu kebaikan berbanding diet rendah lemak yang selalunya menyebabkan peningkatan kadar trigliserida.
5. Peningkatan kadar kolesterol HDL ‘baik’
Kolesterol kita juga mempunyai dua jenis yang berbeza iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Lipoprotein dengan ketumpatan tinggi (High-density lipoprotein – HDL) sering dikenali sebagai kolesterol ‘baik’. Semakin tinggi kadar HDL berbanding LDL yang ‘jahat’, semakin rendahlah risiko anda mendapat penyakit jantung. Secara asasnya, kita memerlukan perisai yang baik untuk melindungi diri daripada penyakit.
Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kadar HDL ‘baik’ adalah dengan mengamalkan pemakanan diet yang berlemak dan rendah karbohidrat.
Dengan itu, ianya tidak mengejutkan sekiranya kadar HDL boleh meningkat secara mendadak dengan mengamalkan diet sihat dan rendah karbohidrat. Namun begitu, kadar HDL hanya boleh meningkat dengan sedikit atau boleh juga menurun jika individu mengikuti diet rendah lemak. Kerana itulah, pemilihan diet adalah penting kerana ia akan memberi kesan pada kadar kolesterol dalam badan kita.
6. Pengurangan kadar gula dan insulin dalam darah
Manfaat kesihatan diet keto adalah membantu individu dengan penyakit diabetes ataupun gangguan insulin. Kajian terdahulu telah membuktikan bahawa pengambilan karbohidrat boleh meningkatkan kadar gula dan insulin dalam darah.
Selain itu, ada juga pesakit diabetes (setelah memulakan diet rendah karbohidrat) yang berjaya mengurangkan dos insulin mereka sebanyak 50 peratus dengan serta merta.
Dalam satu kajian yang melibatkan pesakit kencing manis, 95% telah mengurangkan atau tidak lagi menggunakan ubat untuk merendahkan kadar glukos dan ini dapat dicapai dalam masa 6 bulan sahaja.
Jadi, sekiranya anda mengambil ubat berkaitan dengan masalah gula dalam darah, berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan dalam pengambilan karbohidrat anda. Ianya amat penting kerana dos yang diterima mungkin perlu dilaraskan untuk mencegah berlakunya hipoglisemia (hypoglycemia). Memandangkan setiap ubat mungkin mempunyai kesan sampingan tersendiri, sentiasa berwaspada dengan hal sebegini.
7. Berpotensi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi
Manfaat kesihatan diet keto adalah peningkatan tekanan darah tings atau disebut sebagai hipertensi (hypertension) merupakan satu faktor risiko yang penting bagi kebanyakan penyakit. Ini termasuklah penyakit jantung, strok dan juga kegagalan buah pinggang.
Tahukah anda bahawa diet rendah karbohidrat atau diet keto merupakan satu cara efektif bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi. Secara tidak langsung, anda juga dapat mengurangkan risiko akan penyakit berbahaya dan membolehkan anda hidup lebih lama.
Kesimpulannya,
Beberapa perkara seperti manfaat kesihatan diet keto telah mendapat tempat dalam aspek sains pemakanan.
Diet ini bukan sahaja boleh memberi kesan positif pada kadar kolesterol dan gula dalam darah anda, malah ia juga boleh mengurangkan selera makan anda yang biasanya menjadi satu masalah buat mereka yang gemar makan. Selain itu, ia juga membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih efektif serta mengurangkan kadar trigliserida.
Sekiranya anda ingin mencuba untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan anda, salah satu daripada diet ini patut dipertimbangkan dan diterapkan dalam pelan pemakanan harian anda.
SUMBER
https://www.diabetes.co.uk/keto/keto-diet-benefits.html
https://www.healthline.com/nutrition/10-benefits-of-low-carb-ketogenic-diets