Setelah ramai kehabisan alkohol,mereka memutuskan bahawa pembersih tangan dapat digunakan sebagai pengganti.
Sekiranya ada yang masih tidak jelas: pembersih tangan berasaskan alkohol bukanlah pengganti minuman beralkohol.
Parti yang dimaksud telah diadakan di kampung Tomtor di distrik Tattinsky, Yakutia, menurut Metro.
Tiga mangsa pertama adalah seorang wanita berusia 41 tahun dan dua lelaki berusia 59 dan 28 tahun. Mereka meninggal dunia pada 19 November.
Pada keesokan harinya, tiga lagi mangsa lelaki – berusia 28, 32, dan 69 – meninggal dunia. Mangsa terbaru pula meninggal dunia pada 21 November.
Dua lagi ahli yang telah minum ubat pembersih tangan, yang mengandungi 69 persen metanol, terakhir dilaporkan sedang berada di unit rawatan rapi.
Mempengaruhi Aktiviti Otak, Menyebabkan Kematian
Ini bukan kali pertama orang telah mengambil hand sanitiser atau ubat pembersih tangan sebagai bahan ganti minuman alkohol.
Dari 1 Mei hingga 30 Jun tahun ini, 15 orang di Arizona dan juga New Mexico di A.S. dirawat kerana keracunan setelah mereka menelan pembersih tangan berasaskan alkohol, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S.
Menelan pembersih tangan yang mengandungi metanol boleh menyebabkan keracunan metanol.
Simptom keracunan metanol termasuk loya, muntah, penglihatan kabur, dan sakit perut. Metanol boleh mempengaruhi sistem saraf utama, akibatnya menyebabkan perlambatan aktiviti otak.
Sekiranya tidak dirawat, pesakit boleh mengalami koma, mengalami kegagalan pernafasan atau peredaran darah, dan juga kematian.
SUMBER:
KREDIT GAMBAR:
www.allure.com/story/shiseido-americas-hand-sanitizer-coronavirus-relief
www.besthealthmag.ca/best-you/prevention/4-things-you-should-know-about-hand-sanitizers/