Perkongsian kali ini khas untuk peminat makanan barat yang tinggal di Pulau Pinang. Kami akan kongsikan tentang restoran makanan barat yang sangat popular iaitu Pak Mat Western.
Sebenarnya, Pak Mat Western ni pernah tular di media sosial sebelum ini dengan keenakan daging kamping perapnya. Harganya adalah RM 35 untuk satu paket 500g. Kuantiti dalam satu paket tidak tetap kerana bergantung kepada saiz potongan kambing tu.
Bagi penduduk Pulau Pinang, adakah anda masih tercari-cari kafe manakah yang menghidangkan berbagai jenis makanan Barat yang enak?
Kami yakin Pak Mat Western Cafe yang cukup popular di Simpang Ampat ini pasti sesuai dengan citarasa anda! Mari kita menu yang wajib anda cuba semasa makan di cafe ini.
1. Signature Chicken Chop Fried Rice
Pertama sekali, anda kenalah pesan menu yang signature atau dicadangkan oleh chef di Pak Mat Western ini dulu iaitu chicken chop fried rice.
Ia merupakan hidangan yang mengenyangkan kerana ada nasi dan juga daging ayam chicken chop di dalam satu pinggan.
Harganya pula cuma RM10.90. Cukup murah kan, tidaklah koyak pula poket anda mahu membayarnya nanti sebab ia memang betul-betul sangat murah.
Semua orang suka sos black peppernya yang siap dengan ada mushroom dan lobak merah yang berketul-ketul lagi.
2. Signature Lamb Chop Padu
Daging kambing yang diperap semalaman dengan sos perapan istimewa dan dibakar dengan sempurna ini cukup digemari oleh ramai peminatnya.
Dagingnya dibanjiri pula dengan sos lada hitam yang pekat dan pedas yang dengan penuh murah hati, memang ‘padu’!
Roti garlic pula diletakkan sebagai hidangan sampingan lamb chop ini. Jadi, memang sangat kenyang lah walaupun jika anda cuma memesan satu pinggan ini sahaja.
3. Mix Platter, Hidangan Gabungan Paling ‘Meletup’!
Sajian Mix Platter ini merangkumi chicken chop, meatball dan sosej yang dibanjiri dengan sos lada hitam yang pekat dan sos keju di atasnya.
Hidangan ini memang besar dan mengenyangkan. Anda juga tidak akan jemu dengan satu pilihan makanan sahaaj di dalam pinggan kerana Mix Platter ini mempunyai pelbagai variasi makanan yang boleh anda dapati di dalamnya.
Walaupun saiz hidangan ini besar, kami yakin sepinggan pasti tidak cukup buat anda sekeluarga. Ini kerana hidangan ini memang terbukti cukup enak dalam kalangan peminatnya!
4. Beraneka Jenis Spaghetti, Buat Ramai Rambang Mata
Seperti western cafe yang biasa, pastinya spaghetti yang disediakan ialah Spaghetti Bolognese atau Spaghetti Carbonara sahaja.
Penggemar hidangan pasta pasti merasa bosan, bukan? Namun di Pak Mat Western Cafe, anda pasti akan teruja dengan kepelbagaian spaghetti yang disajikan.
Ada Spaghetti Napolitana, Spaghetti Meatball, Spaghetti Salt & Pepper Squid dan banyak lagi!
5. Nasi Kambing Pak Mat western
Menu nasi kambing ini antara menu yang paling popular dan enak di Pak Mat Western. Harganya cuma RM 8.90 sahaja, Murah dan mampu milik bukan?
Rasa kicap pedas pada rempah kambing ini sangat menyelerakan, maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan pengunjung di Pak Mat Western.
Bukan itu sahaja, daging kambing yang dihidangkan juga sangat segar dan nasinya punya mempunyai aroma yang menyelerakan. Sangat membuka selera!
6. Mushroom Soup dengan Garlic Bread
Menu ini sering menjadi pilihan walau ke mana saja anda pergi kan. Tetapi di Pak Mat Western, ia merupakan menu yang wajib dicuba!
Nampak simple, tetapi rasa mushroom soup yang pekat, dicicah dengan roti garlic yang lembut pasti akan menambat selera anda semasa menikmatinya. Kalau tak percaya, cubalah sendiri!
Harganya pula sangat murah, cuma RM5.90. Siapa yang taknak hidangan yang enak dan mampu milik pula tu. Mestilah wajib dicuba kan.
7. Cheezy Chicken Chop
Ini satu lagi hidangan yang enak di Pak Mat Western, sentiasa menjadi pilihan para pengunjung, iaitu cheezy chicken chop. Dihiasi dengan lelehan sos cheese di atasnya, siapa yang tak terliur kan.
Daging ayam yang lebut dengan gabungan sos black pepper dan sos cheese menjadikan hidangan ini antara pilihan utama peminat Pak Mat Western. Jadi, anda pun mesti cuba menu ini jika anda ke Pak Mat Western okay.
Harganya? Jangan risau, sangat murah dan mampu milik. Cuma dengan RM9.50, anda dapat menikmati hidangan lazat ini bersama-sama dengan keluarga anda.
Lagi satu kalau nak order nasi goreng atau apa-apa menu tomyam pun boleh juga tapi bukan di Pak Mat Western. Boleh order di kedai sebelah. Jadi, takda hal kot-kot nak belanja mak mertua yang tak pandai makan western sekali. Jangan lupa cuba ya menu-menu menarik ni di Pak Mat Western.
Source:
https://saji.my/pak-mat-western-cafe/
https://inspiringsharing.blogspot.com/2021/06/mencuba-kambing-perap-pak-mat-western.html
https://www.zaizamree.com/2015/10/tempat-makan-best-pak-mat-western.html
http://wanderlustdj.blogspot.com/2021/04/pak-mat-western-bukit-mertajam-pulau.html