Now Reading
7 Mitos kehamilan yang anda patut tahu!

7 Mitos kehamilan yang anda patut tahu!

7 Mitos tentang kehamilan yang anda patut tahu!

Dalam tempoh kehamilan, wanita hamil pasti biasa mendengar tentang banyak perkara termasuklah nasihat, pendapat malah mitos kehamilan juga. Namun, sejauh manakah kebenaran semua perkara itu boleh diterima atau adakah ia hanyalah ayat-ayat biasa yang anda akan dengar secara berulang kali semasa hamil?

Jadi, sekarang mari kita bincangkan ‘7 Mitos tentang kehamilan’ dengan mengetepikan asal usul dan budaya anda.

  1. Anda patut mengelakkan hubungan seks semasa hamil 

Melakukan hubungan seks sebenarnya tidak menjejaskan kesihatan si ibu yang sedang hamil. Ia adalah selamat untuk dilakukan ketika tempoh kehamilan kecuali jika doktor atau bidan anda mengatakan sebaliknya. Ini adalah kerana perhubungan ini tidak akan menyakiti bayi anda kerana zakar pasangan anda tidak dapat tembus melebihi faraj anda.

Bagi sesetengah wanita yang bertuah, hubungan seks mungkin berasa lebih baik berbanding sebelumnya kerana peningkatan aliran darah di bahagian pelvik. Namun, ada juga yang mungkin merasakan kesan yang berbeza (hormon boleh mengurangkan nafsu anda). Mencapai tahap klimaks ataupun hubungan seks itu sendiri kadangkala boleh mencetuskan kontraksi yang tidak berbahaya, namun ia bukanlah satu isu yang perlu dirisaukan.

Malah, ianya juga perkara biasa sekiranya keinginan anda terhadap seks berubah-ubah semasa anda hamil. Ini tidak menjadi satu masalah, tetapi ia juga adalah satu langkah yang baik untuk berbincang mengenainya dengan pasangan anda agar anda berdua mendapat persefahaman yang baik tentangnya.

  1. Anda akan mengalami keinginan yang pelik

Bertentangan dengan pendapat terkenal, bukan semua orang mengidam makanan-makanan pelik atau rawak semasa hamil. Para saintis tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai fenomena ini tetapi mereka berpendapat bahawa ia mungkin berlaku kerana beberapa faktor termasuklah peningkatan ‘Neuropeptide Y’ semasa kehamilan. Namun demikian, para pengkaji lain mengatakan bahawa keinginan semasa hamil ini biasanya kerana faktor psikologi si ibu itu sendiri.

Perubahan hormon mungkin memainkan peranan kerana ia boleh mengubah deria rasa dan bau anda serta mempengaruhi cita rasa anda terhadap makanan tertentu. Ada wanita yang mungkin mengidam makanan yang tidak disukai sebelum hamil. Malah, perkara sebaliknya juga boleh berlaku di mana wanita hamil tidak menyukai makanan kegemarannya lagi.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengidam akan benda yang tidak boleh dihadam seperti kekotoran, tanah liat atau sabun pencuci, segera berjumpa dengan doktor anda. Ini mungkin melibatkan keadaan ‘Pica’ dan boleh menjadi tanda bagi penyakit Anemia yang serius.

Keinginan berdasarkan penyakit ‘Pica’ yang lain termasuklah:

  • Mancis yang telah terbakar.
  • Batu.
  • Arang.
  • Ais.
  • Tepung jagung.
  • Ubat gigi.
  • Sabun.
  • Pasir.
  • Plaster.
  • Serbuk penaik.
  • Abu rokok.
  1. Anda perlu makan untuk dua pihak

Sebelum anda mengikuti petua “satu untuk saya dan satu untuk bayi”, anda mungkin sebenarnya telah tahu bahawa ini merupakan satu mitos sahaja. Walapun memang benar wanita hamil perlu meningkatkan pengambilan kalori mereka semasa tempoh kehamilan, pada masa yang sama mereka juga perlu mengelakkan makan secara berlebihan. Pengambilan makanan berlebihan ini boleh membahayakan si ibu serta bayinya terutamanya jika diet itu mengandungi kalori yang tidak bermanfaat.

Sewaktu hamil, sepatutnya anda memerlukan 300 kalori tambahan sehari. Jadi, secara asasnya anda perlu makan sebanyak satu dan 1/ 5 bahagian. Sekiranya anda makan sebanyak 2 bahagian, kesannya adalah bayi anda akan lahir dengan saiz yang lebih besar dan boleh mendorong kepada masalah yang lain. Justeru itu, pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting dalam tempoh kehamilan.

  1. Anda boleh tahu jantina bayi berdasarkan bentuk perut ibu hamil

Masyarakat selalu mengatakan pelbagai jenis teknik untuk meramalkan jantina bayi. Bayi lelaki biasanya dikatakan berada di bahagian bawah perut manakala bayi perempuan pula selalunya akan membuatkan perut itu nampak lebih lebar. Namun, hingga kini masih tiada perkaitan dan bukti daripada bidang sains bagi menyokong kaedah ini.

Malah, garisan pada kulit yang berkembang di bawah pusat juga bukanlah satu petunjuk tentang jantina bayi anda. Secara amnya, tiada cara yang membolehkan anda mengetahuinya dari bahagian luar rahim. Ia hanya boleh dilihat melalui ujian ultrabunyi yang mencipta imej bayi dan sekaligus mendedahkan jantina mereka. Namun, kadangkala ada juga yang tidak dapat dikesan kerana bayi anda menyorok atau “terlalu malu” berhadapan dengan kamera seperti yang selalu disebut oleh para doktor.

  1. Anda tidak boleh menyentuh kucing

Walaupun ia mungkin dilihat sebagai satu kenyataan yang mengarut, sebenarnya ada sedikit fakta yang anda perlu ketahui juga. Memelihara kucing adalah ‘okay’ sahaja buat ibu hamil dan bayinya namun apa yang berbahaya adalah kotak/kawasan pembuangan najisnya. Kotak/kawasan ini boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil ‘toxoplasmosis’, iaitu sejenis penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan semasa kelahiran. Justeru itu, wanita hamil seharusnya memakai sarung tangan semasa membersihkan kotak/ kawasan najis itu atau menyuruh orang lain untuk melakukannya. Selepas itu, mereka perlu membasuh tangan dengan bersih.

Seterusnya, wanita hamil tidak perlu mengelakkan pergaulan atau hubungan dengan kucing secara langsung selagi mereka mengikuti panduan yang betul. Sekiranya anda risau bahawa anda mungkin telah terdedah dengan ‘toxoplasmosis’ itu, berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan darah bagi mengetahui sekiranya anda kebal terhadapnya.

Jika anda memang sudah lama berada dengan kucing, anda mungkin sudah mendapatnya tanpa anda sedari. Dalam keadaan sebegini, tiada perkara yang perlu dirisaukan kerana ia tidak akan berlaku lagi dan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada bayi anda.

  1. Anda tidak boleh bersenam semasa hamil

Ramai wanita yang berhenti bersenam selepas mengetahui bahawa mereka hamil kerana biasanya, orang akan mengatakan bahawa “Bersenam ketika hamil boleh menyebabkan bayi anda tercekik”. Sebenarnya, apabila wanita hamil bersenam, janin mereka akan mendapatkan manfaatnya juga. Kajian menunjukkan bahawa janin bagi wanita yang aktif secara fizikal mempunyai kadar degupan jantung yang lebih perlahan tetapi bervariasi; kedua-duanya menunjukkan tanda jantung yang sihat. Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai berat kelahiran yang kurang dan mungkin juga menjadi seorang dewasa yang cerdik disebabkan oleh saiz otak yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan tertentu atau komplikasi sewaktu hamil, bersenam semasa hamil mungkin bukan merupakan idea yang baik buat anda. Jadi, bertanyalah kepada doktor tentang aktiviti senaman apa yang anda boleh lakukan.

Sekiranya anda tidak begitu aktif sebelum hamil, mulakan dengan senaman yang mudah dan tidak berat dahulu seperti berjalan. Kemudian, perlahan-lahan tingkatkan intensiti dan variasikan senaman yang anda lakukan.

  1. Bayi anda akan mempunyai banyak rambut sekiranya anda mengalami simptom pedih ulu hati

Terdapat bukti yang sangat terhad untuk membuktikan kesahihan kenyataan ini. Satu kajian kecil pada tahun 2006 menunjukkan bahawa mungkin memang ada perkaitan antara si ibu yang mengalami Pedih Ulu Hati dengan ketebalan rambut si bayi.

Para penyelidik mengatakan bahawa ini mungkin berlaku kerana hormon kehamilan (estrogen) yang memberi kesan kepada pertumbuhan rambut dan pergerakan otot yang asing daripada esophagus, atau laluan makanan dari perut.

Walaupun perkara ini selalu didengari semasa dalam tempoh kehamilan, mempunyai simptom Pedih Ulu Hati sebenarnya adalah perkara biasa dan terjadi lebih kurang dalam trimester ke-3 kehamilan. Jadi, mempunyai simptom sebegini tidak semestinya menunjukkan satu jawapan sahaja kerana ia juga boleh berlaku akibat pelbagai faktor lain.

SUMBER

https://www.webmd.com/baby/guide/top-7-pregnancy-myths#1

https://www.healthline.com/health/pregnancy/pregnancy-facts

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20046955

https://www.medicalnewstoday.com/articles/327231

error: Content is protected !!